Jika anda ingin membantu anak menjadi seorang yang pintar, pastikan anak kuasai lima tahap perkembangannya. Menghantar ke tadika tidak menjamin anak menjadi pintar tetapi rangsanglah anak mengikut tahap perkembangnnya.

Potensi seorang kanak-kanak boleh dikenali pasti melalui pelbagai cara antaranya melakukan rangsangan perkembangan dirinya. Sesungguhnya rangsangan yang dilakukan kepada anak-anak perlulah mengikut kesesuaian usianya.

Ia bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak menghadapi masa depannya. Bagi anak yang berusia lima hingga enam tahun, tahap rangsangan perkembangannya berbeza dengan usia anak yang lebih kecil.

Apa yang pasti maklumat sebegini ini amat penting diketahui supaya anak-anak dapat didik dengan betul supaya dapat melangkah memasuki alam persekolahan sebenar tidak lama lagi.

Kuasai 5 Tahap Perkembangan Anak Pra Sekolah Barulah Boleh Bantu Anak Jadi Pintar

Terdapat lima bahagian rangsangan perkembangan anak bagi usia lima hingga enam tahun

  1. Pertumbuhan fizikal
  2. Perkembangan kognitif
  3. Perkembangan emosi dan sosial
  4. Perkembangan bahasa
  5. Perkembangan deria dan motor

Ibu bapa perlu melakukan rangsangan kepada lima tahap perkembangan anak. Faedah yang diperolehi ialah  

*Membantu anak mencapai pelbagai jenis kemahiran

IKLAN

*Meningkatkan kecekapan dan kecerdasan

*Melatih kestabilan emosi

*Bijak merancang pergerakan

*Prestasi akademik yang cemerlang

*Koordinasi dan kestabilan gaya tubuh yang sempurna

IKLAN

Kuasai 5 Tahap Perkembangan Anak Pra Sekolah Barulah Boleh Bantu Anak Jadi Pintar

5 tahap pencapaian perkembangan pada usia lima dan enam tahun yang mesti anak kuasai  

Setiap kanak-kanak tahap perkembangannya berbeza. Begitu juga bagi kanak-kanak yang berusia lima hingga enam tahun atau juga dikenali sebagai kanak-kanak prasekolah. 5 tahap perkembangan anak yang mesti anda tahu.

  1. Pertumbuhan fizikal

Pada usia ini anak anda mengalami kematangan struktur tulang dan juga sistem otot yang dapat digunakan untuk melakukan kegiatan-kegiatan seperti berjalan dan berlari. Malah inilah masa untuk anda melatih anak melakukan aktiviti kecergasan otot dan memberikan makanan yang bernutrisi seimbang untuk perkembangan anak anda.

2.Kemahiran kognitif

IKLAN

Ia merupakan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing -masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, meneroka, membentuk idea, merancang, mengira, menyelesaikan masalah, mencipta dan berimaginasi. Kemahiran ini penting untuk kelangsungan hidup seorang individu. Contoh perkembangan kemahiran ini termasuk menyatakan umur sendiri, faham konsep angka ’10’ dan belajar ekspresi diri melalui perkataan.

3.Perkembangan emosi dan sosial

Ia merujuk kepada kebolehan untuk memahami, mengurus dan melahirkan aspek emosi dan sosial dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dalam kehidupannya seperti pembelajaran, membentuk perhubungan, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan kehendak pertumbuhan diri kanak-kanak. Dengan perkembangan emosi sebegini kanak-kanak suka bermain dengan aktiviti yang melibatkan fantasi dan imaginasi. Dia akan merasakan dirinya seperti abang atau kakak yang boleh diharap untuk menjaga adik-adik, dan cenderung bermain dengan kanak-kanak yang sama jantina. Penting bagi kanak-kanak pada usia ini untuk mulai mengenali dunia luar untuk bersosialisasi dengan teman seusianya.

  1. Perkembangan bahasa

Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang baik lebih mudah mempelajari kemahiran membaca dan menulis. Malah kajian menunjukkan kanak-kanak dengan kemahiran seumpama ini lebih bersedia untuk menerima pelajaran dan kemahiran lain. Latih anak bertutur dengan tatabahasa yang betul dalam kebanyakan masa, boleh mengeja nama sendiri dan menulis beberapa huruf dan nombor, membaca beberapa perkataan mudah.

Malah  jika ingin mengetahui anak anda cerdas, anda harus melatihnya dengan  kegiatan seperti berbicara, bernyanyi dan memperkenalkan pelbagai perkara termasuk namanya.

5.Perkembangan deria dan motor

Membantu anak mencapai kemahiran deria dan motor supaya dapat seimbang dengan perkembangan dirinya. Perkembangan deria termasuk mengenali tekstur, bentuk dan warna, Manakala perkembangan motor pula merangkumi kawalan pergerakan motor kasar dan halus. Rangsang motor kasar seperti berlari, memanjat, berjalan atau melompat dan rangsangan melibatkan motor halus dengan kegiatan seperti menulis, mewarnai, menggunting, menampal, membutangkan baju dan mengikat tali kasut.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI