Ujian setiap orang berbeza. Percayalah apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga bagi seorang ibu ini yang mengharapkan bayi yang dikandung sihat dan selamat dilahirkan. Namun andai kata, bukan rezeki kita, Allah Lebih Mengetahuinya.
Kisah yang meruntun hati ini adalah luahan ibu kepada anak syurga yang diberi nama Ayyash. Menurut Aina Rusli, kehilangan anak syurganya adalah kali ketiga selepas dua kali keguguran sebelum ini.
Kuat anak ibu!
1/ Mac/2022. Tarikh keramat buat ibu. Sepatutnya Ayyash dilahirkan. Namun, Allah sebaik-baik perancang. Pada usia kandungan 29 minggu Ayyash lahir kerana ibu mengalami komplikasi dari usia kandungan 21 minggu lagi. Kuat anak ibu, Ayyash.
Dari usia kandungan 21 minggu, doktor sahkan air ketuban ibu kering sehingga di tahap bahaya. Oleh kerana kandungan terlalu awal, doktor beri kata putus gugur buat ibu.
Dua bulan ibu di tahan di dalam wad kerana takut keguguran. Namun Allah lebih mengetahui. Ayyash tersangatlah kuat sehingga mampu bertahan sehingga 29 minggu.
Pada usia kandungan 29 minggu, ibu mengalami contraction dan tanda-tanda bersalin. Ibu terpaksa di bius tidur dan di ceaser kerana epidural tidak berkesan pada ibu dan kedudukan Ayyash yang songsang pada ketika itu. Selepas dilahirkan, ibu tak dapat dengar pun suara Ayyash sebab ubat bius masih ada dalam badan.
Masa ni, doktor dah bagitau babah keadaan Ayyash yang sangat lemah walaupun dah diberikan 100% oksigen. Babah azankan Ayyash dalam keadaan yang teramat sedih sebab babah tahu ibu nak sangat anak lepas 2 kali keguguran. Masa on call babah langsung tak cerita keadaan Ayyash. Babah cuma cakap yang rupa Ayyash macam ibu.
Paru-paru sebelah kiri tak berkembang
Esok tu pakar kanak-kanak nak jumpa ibu. Ibu yang tak tau apa-apa rasa excited nak jumpa anak ibu. Sampai NICU, ibu tak nampak perbezaan anak ibu dengan orang lain sebab Ayyash comel sangat.
Ibu datang dekat Ayyash ibu hulur jari ibu, Ayyash gengam walaupun tak erat sebab sendi Ayyash semua dah lemah.
Bila ibu cakap dekat Ayyash, sayang ibu datang ni, Ayyash terus senyum dan tahap oksigen Ayyash naik. Tapi bila doktor datang dan bagitau ibu yang Ayyash tak boleh survive sebab terlalu lama duduk dalam rahim ibu yang tak ada air ketuban sampai paru-paru belah kiri tak dapat berkembang. Ibu rasa nak jatuh terduduk.
Ibu, babah reda Ayyash pergi dengan tenang
Masa ni doktor minta ibu bagi kata putus untuk teruskan CPR bila oksigen drop atau bagi Ayyash pergi dengan tenang. Ibu minta doktor tunggu babah datang untuk buat keputusan. Masa ni oksigen Ayyash tiba-tiba drop. Semua doktor datang buat CPR, ibu tengok keadaan Ayyash yang kecil tapi ditekan-tekan sebab nak bagi CPR. Terus luluh hati ibu.
Bila babah sampai ibu terus cakap biarlah anak kita pergi dengan tenang. Doktor hentikan mesin oksigen dan benarkan ibu dan babah tengok Ayyash pergi. Allahuakbar tenang sangat keadaan awak masa tu sayang. Tak ada sikit pun kesakitan yang awak tunjuk. Tepat pukul 11.15 am, Allah ambil nyawa Ayyash, anak syurga ibu dan babah.
Semoga awak tenang di syurga bersama abang-abang awak ya sayang. Tunggu ibu dan babah di pintu syurga. ❤️
Sumber: FB Aina Rusli
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)