“Saya sentiasa berdoa wabak COVID-19 segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti dahulu,” kata seorang balu yang kematian suami akibat COVID-19.
Noradilah Rani, 33, berkata selepas kematian suaminya, Mohammad Yusof Haron, 34, pada 17 Mac tahun lalu akibat pendemik COVID-19, tanggungjawab membesarkan enam anak berusia setahun hingga 11 tahun digalas sepenuhnya.
Noradilah yang sebelum ini hanya seorang suri rumah berkata, beliau seperti menerima tamparan hebat apabila suaminya meninggal dunia akibat dijangkiti wabak itu.
Katanya, selain Allahyarham suaminya, beliau bersama empat anaknya, turut dijangkiti wabak itu, namun mereka kembali pulih selepas dikuarantin selama lebih dua minggu.
Berniaga kecil-kecilan sara 6 anak
Beliau kini berniaga ayam gunting dan minuman secara kecil-kecilan di Jalan Antoi, Kampung Melayu Majidee di sini, sejak Jun lalu, juga mahu bangkit bersama semangat baharu bagi membesarkan enam anaknya.
Ads
“Walaupun terasa perit kerana kini perlu menjadi nadi keluarga, saya akan terus berusaha meningkatkan pendapatan keluarga dengan sedikit bakat memasak yang dikurniakan Allah.
“Saya tidak menjangka wabak ini akan berlarutan sehingga dah genap setahun (24 Januari) dengan kehidupan kita sudah berubah mengikut norma baharu sepanjang masa.
“Selain berniaga ayam gunting dan minuman secara kecilan, saya juga akan mula menghasilkan biskut dan roti bagi jualan sebagai menambah pendapatan.
“Alhamdulillah, kerajaan Johor ada menyumbang oven dan pembancuh kuih dan roti bagi saya memulakan perniagaan membuat kuih dan roti.
Ads
“Saya juga bersyukur kerana permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sudah diluluskan bagi menambah pendapatan perbelanjaan membesarkan anak-anaknya,” katanya ketika dihubungi.
Suami pesakit Covid pertama meninggal dunia di Johor
Pada 17 Mac lalu, suami Noradilah, Mohammad Yusof, meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19 dan dirawat selama seminggu di Hospital Permai, Johor Bahru.
Mohammad Yusof adalah pesakit COVID-19 pertama meninggal dunia di Johor dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Surau, Kampung Dato’ Hajah Hasanah, di sini.
Ads
Sementara itu, Noradilah turut berharap masyarakat patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) terutama pemakaian pelitup muka.
Katanya, sebagai bekas mangsa yang pernah dijangkiti COVID-19 bersama empat anaknya, pengalaman berkenaan mengajarnya erti kesabaran selain memastikan SOP sentiasa dipatuhi.
“Saya masih fobia dengan wabak ini dan cukup menjaga anak-anak supaya tidak keluar rumah tanpa pemantauan atau sesuka hati,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang jatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium bulan lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan mengabaikan anak kandungnya.
Bagaimanapun, wanita berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak lelakinya berusia lima tahun tujuh bulan, telah mengabaikannya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak itu.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Jalan Lebuh Raya Selayang-Kepong di sini antara jam 9.40 hingga 10.48 pagi, 17 November lalu.
Ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.
Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar ikat jamin ditetapkan pada kadar rendah.
“Saya hanya seorang suri rumah, perlu menyara seorang lagi anak berusia empat tahun dan tidak mempunyai pendapatan malah suami saya pula bekerja sebagai penghantar. Sejak kehilangan anak, kesihatan saya tidak stabil jadi saya mohon mahkamah dapat beri ikat jamin yang rendah,” katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, hakim Nor Rajiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
“Mahkamah turut meletakkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan, sebulan sekali.
“Tertuduh juga dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan,” katanya sebelum menetapkan 13 Januari 2022 untuk sebutan semula kes.
Pada 17 November lepas, media melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak.
Susulan itu, polis menahan ibu saudara kanak-kanak malang itu bagi membantu siasatan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lumrah kehidupan rumah tangga, biasanya urusan kerja rumah termasuk bab menjaga anak-anak dipelopori oleh para isteri.
Memang kaum isteri paling hebat dengan pengurusan kerja rumah termasuk menguruskan anak tak kira sama ada isteri bekerja di pejabat mahu pun bergelar suri rumah.
Bagaimanapun kebanyakan para suami zaman sekarang sudah semakin prihatin dan ringan tulang untuk membantu para isteri membuat kerja rumah dan menjaga anak.
Lebih ekstra prihatin bila para suami memahami keperluan isteri untuk mempunyai masa sendirian atau me time berkualiti bagi melakukan perkara-perkara yang dia minat dan suka.
Percayalah, me time yang para isteri nikmati mampu memberikan mereka semangat baru selepas pulang kerana ketika me time, mereka dapat bergembira dengan apa yang dilakukan dan melupakan seketika kepenatan tugasan di rumah dan menguruskan anak-anak.
Tiada ruginya para suami membenarkan isteri mempunyai me time sekali-sekala.
Semuanya untuk kebaikan dan keharmonian rumah tangga sendiri.
Bukankah ada formula rumah tangga yang biasa kita dengar dalam memastikan kebahagiaan hidup berkeluarga itu bermula daripada isteri yang bahagia atau lebih popular orang putih sebut “Happy Wife, Happy Family”.
Di Sebalik Me Time Isteri
Menonton video yang dikongsikan oleh zaimzainiofficial di TikTok, bagaimana kehidupan yang dilalui seharian menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah bila isterinya tiada di rumah mengundang
Pengalaman yang dilalui oleh bapa dua anak ini boleh dijadikan pengajaran kepada para suami yang mungkin sebelum ini tak memahami tugas sebenar seorang isteri.
“Baru tiga jam Mia tak ada, dah huru-hara hidupku”
Menurut Zaim, dia tidak menyangka duduk di rumah menguruskan anak-anak dan kerja rumah lebih penat berbanding kerja di luar atau di pejabat.
Dia juga turut meluahkan rasa empati dengan para suri rumah yang sepanjang hari melakukan semua tugasan tersebut tanpa henti.
Sumpah tak sangka duduk rumah dengan anak-anak lagi penat dari kerj luar/ofis
Ni baru kejap, macam mana agaknya suri rumah yang hari-hari buat kerja rumah dengan urus anak-anak?
Justeru sebagai suami yang prihatin, Zaim menyeru para suami di luar sana agar memahami para isteri dan cuba mengambil inisiatif untuk merasa sendiri pengalaman bergelar suri rumah dan membenarkan isteri keluar menghiburkan hatinya tanpa ditemani suami dan anak-anak sekali-sekala.
Zaim turut meminta maaf kepada isterinya kerana sebelum ini pernah mempertikaikan apa yang dilakukan oleh isteri sepanjang hari berada di rumah.
“buat suami-suami tolonglah faham isteri dan rasalah buat kerja rumah seharian
kasihankan isteri kita yang membantu kita sedangkan uruskan rumah tangga tanggungjawab suami buakn isteri tau. bantulah
Sorry sayang i pernah cakap “sayang penat buat apa je kat rumah?”
Rata-rata para isteri yang menonton video itu bersetuju dengan perkongsian tersebut kerana barulah para suami merasai sendiri pengalaman yang sama macam isteri.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link INI
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak pemergian arwah Siti Sarah, ramai yang sentiasa nak tahu perkembangan anak-anak arwah. Lagi-lagi mengenai anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan arwah sebelum dijemput ilahi.
Terbaru, dalam perkongsian di instagram Shuib Sepahtu dia ada memuat naik perkembangan Ayash yang begitu disayangi oleh abang dan kakak. Beruntung sungguh Ayash ramai yang sayangkannya walaupun tak sempat rasa kasih ibu.
Dalam satu video pendek itu, kelihatan Ayash sedang menangis tetapi dipujuk dan ditepuk oleh abang sulung, Uwais Al Qarni. Kelihatan Uwais tidak kekok dan begitu setia di sisi adiknya.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai peminat Shuib memuji tingkah laku Uwais yang saling tak tumpah wajahnya dengan Allahyarhamah Siti Sarah itu. Malah nampak anak sulung pasangan ini agak pemalu orangnya.
“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan.”
“Anak sulung yang boleh diharap.. moga-moga dia menjadi anak soleh dan berguna pada masyarakat dan agama… Sejuk mata memandang muka dia . Sebiji mak dia…”
“Alhamdulillah… anak ibu yaaa habis muka ibu dia”
“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibu nya Siti Sarah, allahu..Tengok Uwais terubat juga rasanya rindu Shuib pada arwah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak, walau bagaimanapun hidup mesti di teruskan ,Al fatihah buat arwah Siti Sarah, semoga Allah mencucuri rahmat ke ats rohnya dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleha.”
Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Ogos 2021 yang lalu setelah beberapa hari ditidurkan akibat kekurangan oksigen disebabkan oleh penyakit wabak COVID-19.
Pemergian Siti Sarah telah meninggalkan empat orang anak yang kini di bawah jagaan suaminya, Shuib Sepahtu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...