Kuat Semangat Jual Kuih Walaupun Sarat Demi Anak Dalam Kandungan. Isteri Mangsa Kebakaran Mahu Teruskan Kehidupan Seperti Biasa

Share

Suami kepada Puan Khatijah, Mohamad Suhaimi meninggal dunia, selepas lori dipandu terbabit kemalangan dan terbakar ketika dalam perjalanan menghantar bekalan minyak ke Lumut, Perak.

Video arwah yang cuba memadam api yang merebak keseluruh badan di lebuhraya tersebut selepas kemalangan juga turut viral.

Menurut beliau, dia ingin meneruskan kehidupan seperti biasa dengan menjual kuih di sekitar rumah dan fokus membesarkan tiga anak serta bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

Itu yang diharap Khatijah Abdul Karim, 36, selepas dia hilang tempat bergantung berikutan kematian suami, Mohamad Suhaimi Khamis, 38, dalam kemalangan ngeri di Kilometer 372 Lebuh raya Utara Selatan arah Utara dekat Slim River, semalam.

Wanita itu yang sarat mengandung tujuh bulan berkata, perlu terus kuat demi anak termasuk kembar, Mohd Ammar dan Mohd Amir, 9, dan Afikah, 8.

Katanya, dia sangat bersyukur apabila keluarga dan rakan terdekat tidak putus memberi sokongan dan semangat berikutan kejadian itu.

 

Buat masa ini Khatijah mengambil masa untuk memulihkan emosi dan akan menjual kuih seperti biasa selepas tenang.

“Selepas semua urusan selesai, saya akan menjalani rutin seperti biasa iaitu menjual kuih-muih di kawasan Taman Puchong Intan, Puchong bermula 12 tengahari hingga 6.30 petang.

“Ketika ini, itulah sahaja sumber rezeki saya dan anak-anak selepas ketiadaan suami,”

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya pada jam 8.30 malam semalam.

Sumber: Hmetro

Published by
NuFa