Betullah orang kata, rindu orang yang tiada adalah sangat sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Namun siapa kita untuk menafikan takdir Allah. Walaupun berat untuk menerima hakikat ini, hati tetap kena reda.
Seperti perkongsian seorang isteri ini di aplikasi Tik Tok atas akaun @nurrr377, kehilangan suaminya benar-benar dirasai lebih-lebih lagi dua anak perempuannya selalu bertanya dan merindui kasih seorang bapa.
Ubat rindu anak dengan memeluk baju terakhir suami
Disebabkan terlalu rindu, sebagai ibu dia hanya mampu memujuk anaknya dengan memberikan baju terakhir yang dipakai arwah suami. Momen ini benar-benar membuatkan sesiapa saja yang melihat sedutan video itu sebak.
Dalam video itu, anak sulung memeluk erat baju arwah bapanya sehingga tertidur. Walaupun masih kecil dan tahu ayah tak akan kembali lagi, tetapi kerinduan itu tetap sampai bila-bila.
Biarpun hanya sekadar baju, tetapi sangat bermakna bagi anak kecil yang belum benar-benar memahami walaupun selalu dibawa menziarahi pusara bapa.
Wanita dikenali sebagai Nik Nur Khuzaimah itu menyatakan baju tersebut tidak pernah dibasuhnya. Biarlah menjadi kenangan untuk dua cinta hati kami.
Dalam pada itu juga, disebalik kesedihan Allah Maha Adil kerana kedua-dua anaknya semua ikutu muka suami. Sekurang-kurangnya bila rindu itu datang, tatap wajah mereka terubatlah sikit.
Menurut Nik Nur Khuzaimah lagi, bukan tak terima takdir pemergian suami tetapi bila ada yang bertanya tak mahu cari pengganti lain ke sebab anak-anak begitu rindu kasih seorang bapa, jawapan saya mudah biarlah takdir menentukan segalanya.
Buat masa ini, tak terfikir lagi kerana fokus utama adalah untuk membesarkan anak. Lagipun kami berpisah bukan sebab bercerai hidup tetapi bercerai mati.
Ads
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-ratanya telah menzahirkan rasa sebak melihat anak kecil yang begitu merindui bapanya.
Mereka juga sempat menyedekahkan al-Fatihah buat allahyarham suami kepada pengguna TikTok itu dan mendoakan agar dirinya tabah membesarkan dua anak walaupun tanpa kehadiran seorang suami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Taman asuhan kanak-kanak (taska) yang sebelum ini ditutup ekoran wabak Covid-19 akhirnya dibenarkan untuk beroperasi semula berkuatkuasa serta merta.
Kerajaan membenarkan semua 7,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar di seluruh negara beroperasi semula. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 6,696 lagi taska dibenarkan beroperasi pada Selasa.
Sebelum ini katanya, kerajaan telah membenarkan 304 daripada 7,000 taska itu beroperasi.
Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah membentangkan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkemaskan berhubung operasi taska kepada Mesyuarat Khas.
“Mereka (pengusaha) boleh merujuk SOP yang saya sebutkan tadi melalui lawan web KPWKM dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci supaya mereka boleh memulakan operasi taska.
“Jadi, kita harap dengan pembukaan taska ini tidak timbul lagi isu ibu bapa yang bekerja tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga anak di rumah dan sebagainya.
“Jadi, tidak timbul lagi isu majikan yang mengarahkan ibu atau bapa bercuti tanpa gaji untuk menjaga anak-anak,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Selasa.
Mengenai SOP operasi taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) pula, Ismail Sabri berkata kerajaan bersetuju agar Kementerian Pendidikan menjadi penyelaras kepada pusat jagaan tersebut di seluruh negara.
“Ini kerana pengurusan tadika dan tabika di bawah penyeliaan pelbagai kementerian,” katanya.
Seorang kanak-kanak ditemui lemas oleh orang awam yang sedang mandi manda di sebuah hotel di Melaka.
(Followers Pa&MA dapatkan barangan harga murah di SINI)
Menurut saksi kejadian, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tiada di sekitar tempat kejadian. Lebih kurang 20 minit selepas kejadian barulah ibu bapa mangsa mengetahui tentang keadaan anak mereka akibat terlalu ramai pengunjung di situ.
“Kejadian betul-betul depan mata, mak & ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 min akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.”
Pada mulanya, lelaki tersebut menyangka objek yang berada di dasar kolam bahagian dewasa kerana air terlalu dalam namun setelah diperiksa rupanya ada seorang kanak-kanak yang sudah tidak sedarkan diri.
“Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas.”
Kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh orang awam dan diberi bantuan pernafasan selama 20 minit.
“Alhamdullilah 20min CPR dari orang awam anak kecil ini kembali sedar. Mungkin dia baru lemas 2-3 min sebelum di temui.”
Orang awam dinasihati agar memantau anak-anak yang masih kecil ketika percutian lebih-lebih lagi di kawasan kolam.
“Nasihat saya kepada kedua ibu & ayah. Mohon pantau anak-anak masing-masing ketika bermain air semasa percutian.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan kanak-kanak sekarang dalam era kecanggihan teknologi membuatkan anak seawal usia 4 tahun ada yang sudah pandai untuk mengakses telefon pintar orang dewasa.
Untuk memastikan keselamatan, Ibu bapa atau penjaga perlu memasang kata laluan untuk sesetengah aplikasi kerana anak-anak kecil tidak memahami apa-apa dan boleh menekan apa sahaja tanpa berfikir. Kadang-kala ia boleh mengundang ‘malang’ buat orang dewasa jika tidak memantau aktiviti si kecil ini.
Menurut perkongsian Cik Miya Azira melalui grup Anak Sepahkan Apa Hari Ini? di Facebook berkongsi cerita dan sekeping gambar dimana anak saudaranya yang berusia 5 tahun memesan makanan di aplikasi Food Panda sehingga mencecah RM1800++ kerana lapar.
Antara makanan yang dipesan termasuklah, Nasi beriyani gam 14 bungkus, daging Wagyu, Kebab Rice 4 bungkus dan banyak lagi.
Kejadian ini mungkin agak lucu tapi boleh menjadi mimpi ngeri sekiranya anak saudara dia menekan klik pada button Cash on Delivery (COD). Ikuti perkongsian ini.
Alkisah last week punya cerita. Anak sedara saya, main handphone saya, then dia order food panda! Order dari restoran mahal! Nasib baik food panda apps dalam phone bukan auto order. Kalau tak, RM1800++ makanan sampai kat rumah. Berderau jantung tacik dia…nasib baik anak sedara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya. Nak makan pizza.
Edited: pesanan untuk ibu bapa sekalian..hati-hati dengan anak vs apps food panda..ada yang (Cash on Delivery) cod je..hehehe
Jumlah makanan yang dipesan sebanyak RM1,821.32. Memang betul-betul lapar si kecil ni!
Rata-rata netizen terhibur melihat jumlah makanan yang dipesan oleh si kecil ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.