Siapa je yang tak kenal dengan Nur Tiara Zinnirah atau mesra dipanggil Tiara kan? Anak kepada pasangan Achey dan Anne ini selalu menjadi perhatian ramai kerana perangainya yang lucu. Ada saja perkara yang dibuat, yang tak tercapai dek akal.
Tak berapa lama dulu Tiara mencuit hati ramai dengan gelagatnya yang memakai gigi palsu nenek, rambutnya tersangkut di tiang gol dan banyak lagi tetapi kali ini lain pula. Anne memuatnaik sebuah video di mana Tiara menarik wagon trolley yang diduduki seorang lelaki.
Bukan sekadar tarik biasa ya, tapi Tiara mampu menggerakkan wagon trolley tersebut dalam jarak yang agak jauh.
“Kuatlah ek dia tarik, berat aku 60kg lah ek.”
Tonton video ini;
Bukan sekadar membuat pusingan di kawasan sekitar, akhirnya Tiara tinggalkan lelaki tersebut! Namun, dia berpatah balik dan meminta supaya dirinya pula yang ditarik. Kuatnya Tiara mampu tarik orang dewasa, selamba pula tu!
Ramai yang terhibur dengan keletah Tiara terutamanya part dia lari tinggalkan abang yang ditarik. Terdiam sekejap abang duduk dalam wagon trolley tu, mujur Tiara patah balik. Semoga Tiara terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik okay!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susah Senang Bersama. Kereta Bocor Masuk Air Hujan, Anak Tomok Tutup Guna Lampin
Kagum dengan cara didikan Tomok pada isteri dan anak-anaknya yang tidak membiasakan hidup dalam keadaan mewah walaupun berkemampuan untuk beri yang lebih baik pada keluarga.
Malah anak-anaknya juga diajar untuk hidup bersederhana dan sentiasa menghormati orang lain. Pujian juga patut diberi kepada isterinya, Ayu Abas yang pandai mendidik dan sentiasa mengutamakan pendidikan anak.
Terbaru dalam video yang dikongsikan Tomok dan mendapat perhatian ramai apabila dia dan keluarga tetap setia menggunakan kereta pertama miliknya, Perodua Kancil menguruskan kehidupan seharian.
Bagaimanapun, baru-baru ini kereta tersebut ‘meragam’ dan telah dihantar ke bengkel untuk membaiki beberapa kerosakan termasuk penghawa dingin.
Agak menyentuh hati apabila kereta yang baru sahaja dibaiki, tiba-tiba mengalami kebocoran pada tingkap ketika penyanyi berusia 37 tahun itu memandu dalam hujan.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail dilihat mengambil kereta di bengkel sebelum menjemput anak sulungnya Arrianshah Akid pulang dari sekolah.
Sewaktu dalam perjalanan pulang selepas mengambil anak sekolah, hari hujan dan anak keduanya Andrashah Iman menjadikan kain lampin sebagai penghadang setelah tingkap penumpang sebelah kanan dimasuki air hujan.
“Alamak! Dia bocor pula, baru nak happy-happy. Bocor ke dik? Nanti ayah betulkan,” katanya.
“Ayah! Air banyak (masuk dalam kereta)” mengadu si anak.
Rakaman video itu meraih 245,000 tontonan selain pelbagai komen pengikutnya yang terharu melihat pengorbanan keluarga berkenaan yang sanggup melalui susah senang bersama-sama.
Tomok mendirikan rumah tangga dengan Rahayu Abas pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua orang anak lelaki tersebut serta seorang cahaya mata perempuan bernama Siti Khadijah.
Kredit: Instagram Tomok
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belajar Berjam-Jam, Tapi Satu Apa ‘Tak Masuk’ Kepala. Nak Ajar Anak Jangan Dipaksa!
Bila disuruh belajar seperti membaca atau mengira, anak tidak menunjukkan minat. Pening juga dibuatnya. Tak lama lagi nak masuk darjah satu. Dahlah silibus susah sekarang! Secara umumnya pembelajaran seseorang kanak-kanak berbeza mengikut tahap usianya. Kebiasaannya daripada usia 2 sehingga 7 tahun kanak-kanak akan mula membina kebolehan dalam dirinya.
Artikel Menarik: [“Dengar Cakap, Esok Bawa Jalan.” Kerap Berjanji Tak Buat, Kita Ajar Anak Menipu]
Pada tahap ini dia akan mula mencari sebab dan berfikir merujuk kepada dirinya sendiri. Kemudian selepas 7 tahun barulah dia melihat persekitaran luar daripada dirinya. Ini bermakna jika ingin mengajar anak dengan mudah terutama yang memasuki pra sekolah, berikan contoh-contoh yang mempunyai kaitan dengan diri mereka.
Artikel Menarik: [Seawal Setahun Rajin Rangsang 7 Deria Ini, Impian Nak Anak Bijak Boleh Tercapai]
Misalnya, kanak-kanak yang lebih kecil memahami untuk belajar konsep abjad, nombor dan warna berbanding perkara-perkara abstrak seperti tatabahasa, pantun dan sebagainya. Seterusnya ikuti 7 panduan yang ibu ayah terlupa nak buat supaya mudah untuk mengajar anak belajar.
1.TEMPOH MASA
Kanak-kanak hanya mampu memberikan tumpuan untuk jangkamasa yang pendek. Oleh yang demikian, sewaktu anda membuat aktiviti dengan anak anda, misalnya menggunakan flash card, ataupun membuat gerak kerja tertentu menggunakan buku atau kertas, pastikan anda berhenti sebentar untuk rehat ataupun tukar kepada aktiviti yang lain apabila anak anda dilihat mula bosan atau menunjukkan kenakalannya.
2.PENGULANGAN
Lakukan pengulangan supaya pembelajaran yang diajar diingati dengan mudah. Biarkan mereka mengulang sesuatu aktiviti, tajuk atau set perkataan. Di samping itu, penyediaan kerja rumah (homework) dapat membantu anak anda mempelajari pembelajaran dengan cepat. Wujudkan jadual supaya ia dilakukan secara rutin dan konsisten.
3.KENALI PERSONALITI
Bagi kanak-kanak yang mudah mesra, dia mampu bersosial dengan baik dan boleh belajar sesuatu bahasa dengan cepat kerana mereka hendak berkomunikasi. Kanak-kanak jenis ini tidak takut untuk membuat kesilapan. Belajar secara berkumpulan dengan kanak-kanak lain mungkin lebih baik baginya.
Manakala bagi yang jenis pendiam, tidak suka melakukan kesilapan dan tidak akan memulakan sesuatu perkara atau tindakan sehinggalah mereka mendapat kepastian. Bagi yang jenis pendiam, ia lebih perlukan privasi, keadaan yang lebih senyap dan tenang untuknya mempelajari sesuatu bahasa.
4.KETAHUI MINAT ANAK
Apabila anda memahami dan tahu mengenai hal ini mudah untuk melakukan pembelajaran. Persoalan seperti Apakah kepekaan mereka yang paling utama? Adakah mereka sukakan gambar-gambar atau membaca? Jika ya! Galakkan anak anda menggunakan lukisan, gambar, peta dan gambarajah sebagai sebahagian daripada bahan pembelajaran mereka.
5.BACA KUAT
Sejak kecil lagi anak suka mendengar anda membaca buku cerita sebelum tidur. Oleh itu, tidak mustahil ada segelintir kanak-kanak suka mendengar kepada penerangan dan membaca dengan kuat. Malah mungkin cara nyanyian dan lagu.
6.ANAK AKTIF
Anak anda seorang yang lincah dan bertenaga. Sukar untuk mengawalnya supaya duduk diam seketika. Jika mempunyai anak sebegini boleh menggunakan permainan (game) untuk menggalakkan mereka bergerak dan juga menari bersama si manja.
7.SUASANA CERIA
Untuk menarik minat anak, ia perlu dilakukan dalam suasana yang seronok dan tidak memberikan tekanan (stress-free). Galakkan anak anda untuk menuruti kehendak dan minatnya sendiri. Sebagai contoh, jika anak anda meminati badminton, berikan dia bahan bacaan berkaitan dengan badminton. Cara ini menarik minat anak-anak untuk membaca dengan pekara yang dia suka.
TIP MUDAH
- Berikan pujian dan galakan
- Jangan kritik apabila anak buat silap
- Sediakan bahan bacaan yang diminatinya
- Ruang pembelajaran
- Sediakan jadual pembelajaran di rumah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Simpati Dengan Adik Arfan Yatim Piatu Sekelip Mata, Datin Rebecca Sedia Menjaganya
Walaupun diuji dengan kehilangan kedua ibu bapa sekelip mata dalam kemalangan baru-baru ini, nampaknya rezeki adik Muhammad Arfan Ziqri sentiasa ada apabila ramai yang bersimpati dengannya.
Di usia dua tahun ujiannya begitu besar untuk ditanggung malah dia juga masih belum mengerti apa-apa melainkan hanya mencari ibu dan ayahnya setiap kali rasa rindu.
Namun dalam perkongsian di instagram Datin Rebecca Nur Al Islam, dia menyatakan kesudiannya untuk menjaga anak yatim piatu ini.
Rebecca menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) berkata, dia mahu menjaga Arfan sekiranya tiada waris berbuat demikian.
“Kalau tiada waris yang boleh menjaga anak ini, please Mummy Becca Nak Jaga… #ComelnyaAwakSayang,” tulisnya.
Sebelum ini pun Rebecca turut mengambil anak angkat dari keluarga yang kurang berkemampuan. Memandangkan dia memang sukakan anak ramai, tidak menjadi masalah untuknya membesarkan dengan sebaik mungkin.
Terdahulu Pencetus Ummah (PU) Amin telah memuat naik mengenai ujian besar dihadapi adik Arfan serta memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan anak kecil ini.
Dengan doa orang ramai Arfan akan terus kuat membesar dan terus dipelihara dengan baik oleh orang yang baik-baik disekelilingnya.
Kamu baru 2 tahun , tapi Allah dah ambil ayah dan ibu ke Syurga . Duhai anak , simpan semua doa doa yang kami kirimkan buat ayah ibu mu ini untuk dijadikan kekuatan dalam hidup mu bila dah besar nanti..
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
Pada yang ada anak usia 2 tahun di akan tahu bagaimana manja nya anak anak ketika usia ini , tidur , bermain , makan semua nak bersama ayah ibu nya , tapi tidak bagi afan..
Ya Allah ! Hanya pada mu kami berserah , kau lindung anak ini , kau cukupkan segala kelengkapan untuk diri nya agar menjadi manusia yang baik ! Ya Allah ! Besar ujian ini pada afan , pelihara anak ini Ya Allah, Hanya pada Mu Ya Allah kami berlindung !..
Ibu dan ayah afan kemalangan dan meninggal dunia di Jalan Syed Putra KL . Hasil bedah siasat arwah ibu afan mengandung kembar . Ayah nya seorang l/k polis dan ibunya seorang pegawai jkr..
Saya mohon rakan rakan semua bantu saya doakan kebaikan untuk afan dan bacakan Al Fatihah untuk kedua ibu bapanya.
Ibu bapa Muhammad Arfan, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, 29 Oktober lalu.
Afan kemudiannya menjadi tular kerana sekelip mata bergelar yatim piatu selepas kemalangan menyayat hati itu.
Sumber: Ig Rebecca Nur Al-Islam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI