Bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Nas Adila telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram pada awal pagi tadi di Hospital Selayang.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi lagu Rindu itu menerusi akaun Instagramnya seperti dikongsikan oleh Gempak
“Allah permudahkan sangat-sangat kelahiran putera kedua saya dan suami. Terima kasih banyak atas doa kalian,” tulis Nas Adila.
Sementara itu, suami Nas Adila, Aliff Razali berkongsi pengalaman menyaksikan kelahiran anak keduanya di hospital kerajaan.
Kata bekas peserta AF6 itu, urusan bersalin isterinya itu dipermudahkan walaupun pada mulanya cuak apabila isterinya mahu menaiki tangga bangunan 13 tingkat ketika kontraksi tanpa menggunakan lif.
Masalah perut menggeleber selepas bersalin tidak mungkin dapat dielakkan selepas bersalin, sungguhpun sesetengah wanita tidak menambah banyak berat badan ketika mengandung.
Menurut BabyCenter, perubahan hormon akan berlaku sebaik saja bayi dilahirkan, di mana rahim akan mula mengecut dan kembali kepada bentuk asalnya. Walaubagaimanapun, proses ini berlaku secara perlahan dan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu untuk menghilangkan perut menggeleber selepas bersalin.
Terdapat beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk membantu mengembalikan perut menggeleber selepas bersalin kepada bentuk asalnya dengan efisyen.
Seperti yang kita tahu, ada banyak manfaat penyusuan badan dari segi nutrisi yang dibekalkan kepada bayi. Namun, tahukah anda bahawa penyusuan badan juga membakar kalori tubuh ibu mengandung?
Menurut majalah Women’s Health, proses menyusu badan boleh membakar sekitar 300-500 kalori setiap hari.
Minumlah air kosong yang mencukupi, terutamanya jika anda menyusukan bayi. Air kosong bukan saja baik untuk kulit, tetapi ia juga boleh membantu menyingkirkan toksin serta membantu mengekalkan keanjalan kulit.
Selepas selesai tempoh berpantang, anda boleh memulakan sesi senaman berimpak rendah. Antaranya berjalan atau melakukan senaman lantai. Senaman berimpak rendah ini bukan saja membantu anda membakar lebihan lemak, tetapi ia turut mengurangkan masalah yang selalu berlaku selepas bersalin seperti sakit belakang, kekejangan kaki, atau lenguh badan.
Jika anda suka bersukan dan ingin melakukan aktiviti yang lebih aktif, dapatkan kepastian daripada doktor anda.
Menguruskan bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Kita seringkali rasa kesempitan masa sehingga ia boleh menyebabkan stres.
Bawalah bayi bersiar-siar di halaman rumah dan hiruplah udara segar setiap pagi. Mendukung atau menolak bayi di dalam stroller juga boleh membantu anda kekal aktif. Malah, secara tidak langsung dapat juga mengurangkan stres serta merapatkan hubungan ibu dan anak.
Berbengkung adalah salah satu amalan masyarakat kita untuk menghilangkan perut menggeleber selepas bersalin. Sebenarnya, ia juga diamalkan dalam sesetengah budaya masyarakat lain.
Selain mengempiskan perut bengkung yang sesuai dipercayai dapat membantu memberi postur tubuh yang baik selain mengecutkan rahim bengkak serta merapatkan faraj. Tapi, jika anda bersalin secara Caesar, pastikan anda memilih bengkung khusus dan dapatkan kepastian doktor untuk menggunakannya.
Pengambilan makanan yang berzat dan kaya dengan nutrisi adalah amat penting untuk mengembalikan perut menggeleber selepas bersalin kepada bentuk asalnya.
Sungguhpun anda tidak berkelapangan seperti sebelum ini, pastikan anda memenuhi keperluan diet harian. Paling penting, elakkan daripada selalu memakan makanan segera, berlemak, bergoreng serta minuman manis. Semua makanan tidak berkhasiat ini boleh memperlahankan proses mengempiskan perut.
Ingatkan diri bahawa tubuh anda mengambil masa 9 bulan untuk mengandungkan bayi. Oleh itu, ia juga memerlukan masa yang hampir sama untuk kembali kepada bentuk asalnya.
Jadi, sentiasalah berfikiran positif dan jangan cepat berasa putus asa atau kecewa apabila melihat tubuh anda dalam cermin.
Kesabaran adalah kuncinya untuk anda mengatasi masalah perut menggeleber selepas bersalin. Jangan terlalu memikirkan tentangnya. Manfaatkanlah masa cuti bersalin anda dengan berehat, menguruskan diri, dan bonding bersama bayi.
Kontraksi awal memang menjadi punca kelahiran pramatang. Apa yang mencemaskan ialah bukaan serviks hingga menyebabkan kaki si kecil terkeluar. Pengalaman yang diceritakan oleh ibu ini cukup mendebarkan.
Tindakan pantas Puan Shazwani Nasuha terus ke hopsital apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena menyelamatkan nyawa anak sulung, Zafri Dayyan bin Zafri Danish yang kini berusia 6 bulan.
Kelahiran pramatang bermaksud kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 37. Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka.
TAHAP-TAHAP KELAHIRAN PRAMATANG Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke sebelum minggu 37 Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34 Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 31 minggu Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu
Terdapat perbezaan di antara keguguran dan kelahiran pramatang. Keguguran berlaku di bawah usia 22 minggu manakala kelahiran pramatang pula lahir di bawah 37 minggu.
3 TANDA BERLAKUNYA KELAHIRAN PRAMATANG
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu sebelum 37 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan.
Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
#1 Berlakunya pendarahan atau turun darah secara tiba-tiba (show).
#2 Rasa kekejangan atau cramp pada bahagian perut atau abdomen.
#3 Berlaku kontraksi secara berpanjangan.
TIDAK PERNAH MENGALAMI ALAHAN & MENGIDAM
Shazwani berkongsi tentang kehamilannya. Dayyan anak yang baik, sepanjang dalam kandungan ibunya tidak pernah mengalami kesukaran.
“Semasa saya mengandung , saya tak mengalami alahan. Mengidam pun kurang. Hingga kadangkala saya tertanya-tanya betul ke mengandung. Dan macam tu lah selama 6 bulan , sangat sangat senang.
Ibu ini juga turut berkongsi yang dia mengalami kencing manis semasa hamil dan menggunakan kaedah kawalan diet.
MINGGU KE-26 KELUAR TANDA
Mengimbas kembali detik cemas bersalinkan Dayyan, Shazwani menyelak kembali kenangan 6 bulan yang lalu. Menjadi ibu kali pertama, dia tidak tahu tanda-tanda bersalin tetapi tindakan pantas ke hospital menyelamatkan nyawa si kecil.
“Pada malam 23 Disember 2018 dalam pukul 11 malam, saya ada keluar tanda macam nak beranak , tapi anak first saya tak tahu sangat. Saya ke hospital dalam pukul 2 pagi dan terus ke emergency dewan bersalin.
“Hasil pemeriksaan jalan dah terbuka 5cm. Doktor pada mulanya mengatakan saya mengalami keguguran tetapi bila dibuat pemeriksaan jantung bayi, denyutan jantung Dayyan normal.
“Cuma kakinya ketika itu sudah keluar pada laluan kelahiran. Saya terus ditolak ke wad menunggu dan diberi dua suntikan dexa untuk mematangkan paru paru baby. And prosess contraction tu pun bermula dengan hebat.
“Dalam pukul 11 pagi saya ditolak ke labour room and pukul 11.17 pagi lahirlah Dayyan seberat 870gram,” kata ibu muda ini.
Shazwani yang masih lemah selepas melahirkan ketika itu tidak dapat menatap Dayyan kerana si kecil ini terus dikejarkan ke sebuah hospital besar.
DAYYAN & MOMMY KUAT SEMANGAT
Walau pun lemah dan bimbang, Shazwani kental. Tatkala melihat Dayyan buat kali pertama, dia menjadi kuat dan cekal membesarkan anak kecil ini.
“Semangat saya datang bila saya tengok anak saya tapi bila tatap dia , saya tahu dia kuat , jadi saya pun kena kuat . And banyak membantu saya , suami dan keluarga saya,” katanya.
“PERTAMBAHAN INCI & GRAM DAYYAN ADALAH KEBAHAGIAN KAMI”
Tidak dinafikan banyak air sudah tumpah dalam tempoh membesarkan si kecil ini. Menjadi ibu kepada bayi pramatang banyak cabaran yang perlu dihadapi. Kekuatan dari suami dan keluarga amat membantu. Shazwani juga menyertai kumpulan sokongan yang menyalurkan pelbagai maklumat dan dorongan.
“Group Baby Premature Malaysia pun banyak bagi tunjuk ajar macam mane nak handle baby pramatang . And saya tak henti berdoa.
Cuma bila ada bayi pramatang memang banyak keluar air mata lah kan. Haha . Setiap inci, dan gram tu memang kebahgiaan untuk kami suami isteri.
139 HARI DALAM WAD
Ibu ini juga turut menceritakan Dayyan melalui kehidupan awalnya di wad selama 139 hari bagi dipantau. Sehingga beratnya mencecah 3.51kg, barulah Dayyan dibenarkan pulang ke rumah.
Katanya dia puas melihat Dayyan membesar di depan mata. Membesar dengan khasiat susu ibu, si kecil ini sudah pun mencecah 5.1kg!
Kata Shazwani paling penting bagi ibu bapa untuk tidak berputus asa. Anak perlukan kekuatan daripada ibu bapa. Jangan putus asa dan teruskan bersemangat demi anak.
“Jadi sesiapa yang anak ada masalah, jangan risau. Berdoalah , kuatkan semangat , jangan sesekali down,” katanya ketika mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma.
Sempena ulang tahun ke-8, Datuk Dr Sheikh Muszaphar meluahkan untuk mendapat anak kembar lagi pada masa akan datang. So sweet!
Datuk Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama negara telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10.10.2010 menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.
BERHASRAT MAHU RAMAI ANAK & HARAP DAPAT KEMBAR LAGI
Dalam ucapannya yang dimuatnaik dalam Instagram turut menyatakan beliau berhasrat untuk mendapat ramai anak dan berharap menyambut cahaya mara kembar lagi.
Pasangan sama cantik sama padan ini sudah pun dikurniakan 4 cahaya mata yang pintar dan bijak iaitu Sophea Isabella (Bella) yang lahir pada 21 Julai 2011 dan Sophea Natasha (Tasha) yang lahir pada 19 Januari 2013. Cahaya mata kembar lelaki mereka pula iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah lahir pada 27 Julai 2017.
ASALNYA DR HALINA ADALAH PELAJAR BELIAU
Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga turut mengimbau kenangan bagaimana hubungan antara mereka berdua bermula. Beliau tertarik kepada Datin Dr Halina yang asalnya adalah seorang pelajar beliau kerana kepintaran dan kebijaksanaannya.
PERNAH MIMPI DR HALINA DI ANGKASA
Pasangan yang mempunyai jarak usia 8 tahun ini rupanya pernah ‘terpisah’ seketika semasa beliau menjalani latihan angkawasan di Rusia.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga pernah bermimpi tentang Datin Dr Halina ketika di angkasa dan menganggapnya ia adalah petanda jodoh mereka.
Berikut ialah kapsyen Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang dimuat naik bersama gambarnya bersama foto beliau dan Dr Halina;
Our 8th Anniversary today .
It has been 8 years since we got married and InsyaAllah till the end of time with more kids to come . Berdoa for more twins …
I met Dr Halina during my days in HUKM . She was my student back then. I was attracted to her more of her intelligence rather than her beauty – no pun intended as she was answering all my questions during the clinical rounds. We were 8 years apart
Which to me is a good gap.
When I was selected for my astronaut training in Russia we actually “ broke up “ not knowing what would happen to our relationship. I have always believed in faith . Allah knows best .
If it’s meant to be so be it .
And Alhamdulillah when I got back to Earth Dr Halina waited for me with open arms. I have never told anyone this but I did dream of her when I was in space which I knew was a sign.
10.10.10 was the day when we decided to tie the knot . And Alhamdulillah it has been a smooth ride so far and we are blessed with 4 beautiful children.
May the beauty of our marriage lasts forever . Amiinn …
TQ Everyone for your Doa’s and Wishes .
Love As Always … ?
PS – Today is also my 11th anniversary to space . 10.10.07 How time flies .
PSS – The only time we could date is when our kids are at school