Kuay Teow Sup Thailand. Aroma Daun Ketumbar & Minyak Bawang Putih Bangkitkan Selera!

Share

Sebut je kuay teow pertama sekali yang terlintas adalah hidangan char kuey teow atau pun kuey teow goreng kan? Bila makan panas-panas rasanya sungguh ‘kick’. Sebenarnya hidangan kuey teow ini pun boleh dipelbagaikan ikut selera masing-masing.

Tapi kali ini, ada resipi menarik dan perlu anda cuba. Resipi Kuay Teow Sup Thailand. Kalau di Thailand atau Kelantan, hidangan ini sangat popular dan menjadi pilihan orang ramai.

Perkongsian resipi Lynda Nazri ini wajib anda cuba. Orang kata memang tak menyesal dan sangat sedap!

Kuay Teow Sup Thailand. Ada yang suka?? Bau aroma akar ketumbar + minyak bawang putih tu yang membangkitkan selera

BAHAN-BAHAN KUAH

1ekor ayam
Kicap sotong
Kicap cair
Lada hitam(tumbuk)
Lada sulah
Bawang putih(1labu blender)
Akar ketumbar
1ketul Kiub ayam

RESIPI ARTIKEL MENARIK [Resipi Kuah Lodeh Tersedap Tapi Senang Nak Buat, Ini Rahsianya!]

BAHAN-BAHAN HIASAN

Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh(Celur)
Kangkung(sy ganti sawi)celur
Kacang tumbuk(tp sy xguna)
Lobak masin(celur)
Ayam/daging/perut (Diracik halus)
Serbuk cili kisar(Sy buat sendiri)Nk beli yg thailand pun ada,jgn guna serbuk cili yg jenis babas or sebagai nya,sbb pahit)
Cili jeruk
Daun ketumbar

CARA-CARA

Didih kan air dalam periuk dan masuk kan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam, lada sulah, lada hitam yang dah di tumbuk halus tadi. Sambil-sambil tunggu didih tumiskan bawang putih yang dah di blend tadi sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi (time ni kuah wangi,bau macam bihun pama) dan perasakan garam,gula sikit.

Bahan-bahan ni saya agak-agak je ye untuk yang banyak mana saya masuk..

Tunggu ayam lembut sikit keluar kan ayam yang isi untuk di racik.. Kemudian boleh la hidang kan bersama bahan-bahan hiasan tadi ya.

Selamat mencuba resepi yang tak seberapa ni..

Kredit Resipi: Lynda Nazri

RESIPI WAJIB CUBA [Kek Marble Basic, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Paling Mudah!]

Published by
Wan Amalia Mohd Daud