
Selalunya makanan snekking mesti tinggi kalori, jarang yang ada snekking yang sihat seperti kerepek, keropok lekor, pisang goreng, kuih- kuih tradisional yang manis dan pelbagai lagi. Tapi kali ni, resepi yang dikongsikan resepi untuk snekking yang sihat tau.
Baby carrot mempunyai khasiat yang sama seperti carrot yang biasa. Yang berbeza cuma saiznya sahaja. Seperti sedia maklum oleh khalayak, carrot atau baby carrot sangat bagus untuk penjagaan mata. Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik.
Baby carrot juga boleh membantu dalam penjagaan kulit wajah tau. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan. Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat.
Baby carrot juga boleh dijadikan snek sihat untuk siapa yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan enzim yang dapat melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Manakala kandungan serat di dalamnya akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama. Jom lihat resipi yangdikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Galeri Resepi di Facebook.
RESEPI HONEY GLAZED BABY CARROTS

HONEY GLAZED BABY CARROTS
.
Bahan- bahan:
– 500 gm baby carrot (lobak merah kecil) dicuci bersih
– 2 sudu makan madu
– 2 sudu makan unsalted butter
– 2 sudu makan gula perang
– 2 sudu makan dil segar | dicincang
– 2 sudu makan daunt aim segar | dicincang
.
Cara- cara:
1. Panaskan mentega di dalam kuali menggunakan api yang sederhana. Masukkan lobak merah, madu, gula perang, cincang daun dil, cincangan daunt aim dan gaul sebati.
2. Kacau perlahan- lahan sehingga lobak merah lembut, kira- kira 15 minit.
3. Angkat dan boleh taburkan sedikit daun dil ketika menghidang. Sedia dinikmati.
Baca Juga:
Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!
Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!
Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Sedap dan berkhasiat. Boleh cuba untuk sesiapa yang sedang diet sebagai snekking. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Biskut Sarang Semut Terlajak Senang, Perap Dulu Baru Adunan Cantik, Mudahnya!

Berbanding biskut-biskut lain, biskut sarang semut antara biskut legend yang seringkali dicari-cari pada pagi raya. Warnanya yang cantik dan strukturnya yang unik buat ia jadi kesukaan anak-anak.
Resipi mudah yang dikongsikan oleh Novelis Afieyza Isahak ini anda wajib cuba. Jangan lupa perap adunan dulu untuk dapatkan struktur adunan yang cantik. Barulah biskut lagi cantik dan sedap!
Biskut raya pertama : Biskut Sarang Semut. Ini percubaan pertama Cik Fieyza buat biskut ni. Orang kata renyah sebab nak kena parut bagai tapi setiap biskut ada keunikan tersendirikan.
Memandangkan lama tak bakar biskut, pada mulanya tersilap pusing arah api. Itu yang jadi dua benua rupa dia. Cik Fieyza kongsi resipi yang telah diolah mengikut apa yang dipelajari hari ni kalau ada yang nak cuba.
Bahan-bahan:
Buttercup – 1 buku
Tepung kastard – 2 cawan*
Tepung jagung – 1 cawan*
Tepung gandum – 1 cawan setengah*
Gula halus – 1 cawan
Kuning telur – 1
Esen vanila – 1 sudu kecil
Sedikit pewarna kuning
Paper cup
Coklat rice / Coklat manik
Ayak bahan bertanda *
Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.
Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.
Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice.
Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
Siap!
Menarik: Cantiknya Warna, Biskut Sarang Trolls, Favourite Anak-Anak, Hanya Uli & Sagat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Bubur Nasi Dengan Grilled Salmon Bagus Untuk Otak Anak & 9 Resipi Bubur Wajib Dicuba

Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi bubur bayi 6 bulan yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda? Artikel ini akan membantu anda untuk mencari resepi tersebut.
Setiap ibu bapa pasti akan berasa sangat teruja dan gembira melihat tumbesaran dan perkembangan bayi dari masa ke semasa. Bagi memastikan bayi membesar dengan sempurna, aspek pemakanan mereka perlu dijaga dengan sempurna.
Selepas bayi dilahirkan, mereka akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu. Selepas itu, anda boleh mula beralih kepada susu formula atau susu segar jika tidak mampu meneruskan penyusuan susu badan.
Makanan apakah yang paling sesuai buat bayi selain susu? Jawapannya adalah bubur. Namun begitu, apakah resepi bubur bayi 6 bulan yang paling terbaik? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.
Bayi 6 bulan & makanan pejal
Mungkin akan ada ibu bapa yang tertanya-tanya umur berapa yang paling sesuai untuk memberi bayi makanan pejal? Ada yang akan menjawab setahun, kurang setahun, lebih setahun atau pelbagai lagi jawapan yang boleh mereka fikirkan.
Sebenarnya, umur yang paling sesuai untuk bayi mula makan makanan pejal adalah 6 bulan. Ini sesuai dengan saranan WHO dan UNICEF yang menjadikan umur 6 bulan ini sebagai umur optimum bagi bayi mula cuba makanan pejal.
Ini kerana, bayi 6 bulan secara umumnya sudah mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan sedia untuk mula menerima makanan. Selain itu, bayi 6 bulan juga selalunya sudah mula pandai menelan makanan pejal.
Resepi-resepi bubur bayi 6 bulan
Antara makanan pertama yang boleh ibu bapa berikan kepada bayi adalah bubur. Persoalannya, apakah jenis bubur yang sesuai untuk bayi anda? Berikut merupakan resepi bubur bayi yang boleh anda cuba sediakan buat si comel anda.
#1. Bubur nasi dengan susu ibu
Hakikatnya, tiada makanan yang mampu menggantikan susu ibu. Oleh itu, apa kata jika anda masak bubur nasi dengan susu ibu? Sudah pasti ia akan penuh khasiat dan nutrisi serta disukai oleh bayi. Bahan yang diperlukan adalah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#2. Bubur nasi dengan ayam
Ini merupakan bubur nasi yang paling sedap dan merupakan kegemaran ramai individu tanpa mengira usia. Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, ayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#3. Bubur nasi dengan daging
Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi anda. Antara daging yang selalu digunakan adalah daging lembu atau kambing. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah dan daging lembu/kambing.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, daging lembu/kambing yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#4. Bubur nasi dengan kentang
Jika bayi anda bukan penggemar daging, kentang sangat sesuai untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi kerana ia merupakan sumber karbohidrat baik yang. Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi
#5. Bubur nasi dengan brokoli
Selain kentang, brokoli juga merupakan sayur sedap yang pasti disukai oleh bayi anda. Cuma, jangan mencampurkan brokoli ke dalam bubur dengan potongan yang terlalu besar.
Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan brokoli.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, brokoli yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan brokoli sebelum diberi kepada bayi
-Untuk brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#6. Bubur nasi dengan bayam
Selain brokoli, bayam juga amat sesuai untuk diberikan kepada si comel anda. Cuma, pastikan anda menghirisnya kecil-kecil terlebih dahulu. Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan bayam.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, bayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan bayam sebelum diberi kepada bayi
-Sama seperti brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi untuk sayur bayam. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya -30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#7. Bubur nasi dengan lobak merah
Ini pula merupakan resepi bubur nasi yang paling biasa kita ketahui dan temui. Bubur nasi dan lobak merah merupakan resepi bubur nasi enak dan berkhasiat yang boleh anda sediakan untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Jika anda mahu, anda boleh mencampurkan sekali ayam, daging atau ikan bilis ke dalamnya
#8. Bubur nasi dengan ikan bilis
Untuk resepi bubur nasi yang ini, apa yang anda perlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Kisar ikan bilis sehingga hancur serta jangan lupa dibuang tulangnya
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, serbuk ikan bilis dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#9. Bubur nasi dengan kekacang
Selain ayam, daging, ikan atau sayur-sayuran lain, anda juga boleh sediakan bubur nasi dan kekacang untuk bayi anda. Anda boleh gunakan pelbagai jenis kacang seperti almond, pistachio, macademia, pekan, dan lain-lain.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Sementara menunggu bubur masak, anda boleh bakar kacang sehingga garing
-Kisar kekacang
-Taburkan serbuk kacang ke dalam bubur sebelum dihidangkan
#10. Bubur nasi dengan grilled salmon
Wah! Ini mungkin resepi bubur bayi yang paling mewah, bukan? Ikan salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Anda boleh buatkan bubur nasi bersama salmon sebagai menu untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Bersihkan salmon serta pastikan semua tulangnya dibuang.
-Panggangkan salmon sehingga masak
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan air, masak dengan api perlahan
-Sebelum dihidangkan kepada bayi, anda boleh carikkan salmon tadi dan campurkan ia ke dalam bubur
-Boleh juga masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli, bayam, kentang, dan sebagainya
Selain daripada bubur nasi, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang sangat sesuai buat bayi yang berumur 6 bulan. Berikut merupakan antara resepi-resepinya:
Puri sayur-sayuran
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1⁄2 cawan sayur pilihan anda
-Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:
-Masukkan sayur pilihan anda ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga ia lembut.
-Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau sudah cukup lembut, anda juga boleh lenyekkan sayur pilihan anda sehingga ia menjadi puri.
-Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikuti 4 days wait rule apabila memperkenalkan makanan baru kepada si comel.
Puri buah-buahan
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji buah pilihan anda yang telah dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut
-1 cawan air
Cara memasak:
-Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
-Masukkan buah pilihan anda ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah tersebut menjadi lembut.
-Lenyek buah tersebut dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri atau anda juga boleh kisarkan ia dengan mesin pengisar.
-Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu. Ia sebenarnya terpulanglah kepada citarasa anda sendiri.
Sup stok ayam atau ikan bilis
Bahan-bahan yang diperlukan:
-800 g tulang ayam bahagian dada
-1 1⁄2 cawan ikan bilis
-4 cawan air
Cara memasak:
-Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
-Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ia selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asalnya.
-Tapis dan biarkan ia sejuk.
-Sup ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk.
Demikian merupakan beberapa resepi bubur bayi 6 bulan dan beberapa lagi resepi lain yang boleh anda cuba untuk beri si comel anda makan.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puding Tutti Fruity Warna- Warni, Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah. Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru!

Musim raya ni mesti banyak jamuan hari raya kan, tak kira lah hari bekerja ataupun hujung minggu. Pihak sekolah juga tak melepaskan peluang untuk mengadakan sambutan hari raya di sekolah. Para ibu ada idea tak nak bekalkan makanan apa untuk anak bawa ke sekolah?
Jangan risau, banyak menu simple yang boleh dibawa. Antaranya puding tutti fruity warna- warni. Sebut je nama menu tu, dah boleh bayangkan betapa menariknya puding tersebut. Bukan setakat simple dan mudah untuk dibuat, rasanya juga sangat sedap. Jom lihat resepi puding tutti fruity yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Noor Faezah di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI PUDING TUTTI FRUITY

Puding Tutti Fruity…
Ada filling Kiwi, Blueberry, Manggo
Buat untuk Potluck Jamuan Hari Raya sekolah anak. Alhamdulillah, habis semua pudingnya. Kata anak, cikgu yang banyak makan dari anak… Syukur…
Selain rupa lawa, warna- warni, rasa pun sedap. Korang try la. Memang sesuai makan time musim panas merelit sekarang ni.
*ini saya editkan resepi yang diminta…
Resepi: untuk satu adunan ni dapat dalam 25- 30 bekas
Bahan- bahan:
– 10g serbuk agar- agar (warna plain)*
– 1 tin susu cair*
– 3 tin air*
– 1 tin susu full cream*
– 1 tin susu pekat*
– 2 sudu tepung kastard*
– 1 sudu esen vanilla*
– 1 cawan gula pasir* (taknak letak pun takpe kalau taknak manis)
– Filling kiwi, blueberry dan mango (boleh beli dekat kedai bahan kek)
Cara- cara:
1. Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. Pastu biarkan.

2. Masukkan semua bahan bertanda (*) masa katas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan.
3. Selepas sejuk, curah dalam bekas acuan yang telah dilorekkan filling tadi.
4. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk.
5. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.
Note: kalau nak lebih cantik, boleh lerokkan lagi filing pada atas permukaan agar- agar tadi selepas agar- agar keras.
Baca Juga:
Resepi Puding Milo Oreo Simple, Mudah Disediakan Dan Enak Dimakan!
Pancake Dragon, Sedap Berkhasiat. Boleh Dijadikan Breakfast Anak!
Pencuci Mulut Puding Jagung Sedap Dimakan Sejuk. Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga!
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Kalau para ibu nak puding lebih berkhasiat, boleh gantikan filling dengan buah- buahan yang sebenar. Para ibu juga boleh gunakan pelbagai buah seperti betik, anggur, epal, pear dan macam- macam lagi ikut kesukaan anak- anak. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI