Kuih Cara ialah kuih tradisional Melayu yang menjadi kesukaan ramai dan disukai semua peringkat umur. Rasanya yang lemak dan lembut tu pasti akan buat anak pun menggemarinya.
Selain Cara Berlauk dan Cara Manis, resipi Cara Jagung juga patut mama cuba buat. Memang sedap dan sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang atau sarapan pagi. Ini resipi yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah
Ada peminat dia tak? Sedap, lembut & creamy. Kat luar ada jagung, kat dalam pun ada jagung.
KUIH CARA JAGUNG
Bahan-bahan:
🌽 1 cawan jagung manis ala krim
🌽 3 cawan tepung gandum
🌽 1 cawan santan pekat
🌽 2 1/2 cawan air
🌽 1 biji telur
🌽 1 sudu teh garam halus
🌽 Pewarna kuning
🌽 1 cawan gula pasir – sebagai inti
🌽 2 helai daun pandan -di siat & di ikat utk sapu minyak
🌽 Minyak secukupnya utk di sapu pada acuan
Cara-cara membuatnya:
👉 Satukan semua bahan-bahan kecuali jagung. Kacau & blend sebati
👉 Tuang ke dlm bekas & campur jagung. Kacau rata
👉 Panaskan acuan kuih cara. Saya guna acuan bahulu saja sebab tak ada acuan Kuih cara. Sapu acuan dgn minyak menggunakan daun pandan
👉 Kemudian, tuang adunan hingga penuh acuan. Biarkan seketika dlm 10 saat baru tuang gula di tengah2nya. 1/2 sudu teh gula setiap satu kuih. Tutup & masak selama 5 minit di atas api kecil atau hingga permukaannya licin & di bawahnya sedikit garing
👉 Cungkil dengan hujung sudu utk keluarkan kuih dari acuan. Sedia di hidangkan panas-panas.
Kredit: Nor Al Fatihah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI