Kuih Keria Melaka Kuih Yang Paling Senang Nak Buat! Sekali ‘Hadap’ Je Dah Habis

Share

Kuih keria gula melaka antara kuih yang paling senang nak buat. Makan sekali hadap je dah habis! Cukup ngam rasanya.

Ok jom kita tengok resepi yang dikongsi!

RESEPI MINI KERIA GULA MELAKA

Bahan buat keria:

  • Keledek
  • 5 Sudu besar tepung gandum
  • 1 Sudu kecik baking soda
  • 1 Sudu kecik garam

Bahan buat salut:

  • 1/4 Gula merah@kabung
  • 1 Sudu gula pasir
  • 1/2 Air
  • Daun Pandan

Cara:

1-Rebus dulu keledek kemudian lenyek kan.


2-Tambah tepung gandum ,baking soda dan garam sampai adunan tak melekit dekat jari.
3-Lepastu bentuk kan ikut suke hati.


4-Panaskan minyak kemudian goreng sampai bertukar kaler gelap sikit. Ketepikan. Dia akan nampak crunchcy di luar lembut di dalam.


5-kemudian buat sira gaulkan keria tadi sampai sebati. Siap.

Mudah je kan. Senang sangat. Sape jenis hantu keria bole cuba. hihi

Nota:

Nak keria rasa crunchcy bila makan, letak baking soda dalm hujung hujung sudu. Letak masa nak uli.

Semoga membantu resepi ni. Selamat mencuba.❤️

Kredit:Inul Daroji

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa