Kuih Ketayap Buah Naga, Warna ‘Purple’ Pancing Selera Anak Nak Makan

Share

Kuih Ketayap Buah Naga, Warna ‘Purple’ Pancing Selera Anak Nak Makan

Kuih ketayap biasanya berwarna hijau dan dibuat menggunakan daun pandan selain pewarna makanan. Intinya pula kelapa muda yang dimasak bersama gula merah. Ada juga yang memasak inti kuih ketayap bersama gula kabung. Terpulang pada cita rasa masing-masing.

Apa kata kali ini kita buat sedikit kelainan. Kalau biasa ketayap warna hijau, kali ini kita buat warna ungu. Mesti anak-anak tertarik dengan warna kuih ketayap yang menarik ini.

RESIPI KUIH KETAYAP BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan jus buah naga
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit gula

CARA MEMBUAT:

1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.

2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.

3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.

4. Tuang satu senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).

5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan

BAHAN UNTUK INTI KELAPA:

1/2 biji kelapa putih
1/2 cawan gula
1 cawan jus buah naga
2 helai daun pandan
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam

CARA MEMBUAT:

1. Campur semua bahan.

2. Masak hingga inti sedikit kering.

3. Masuk satu sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.

LANGKAH SETERUSNYA:

Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Zura Zul

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has