Kuih Lapis Bunga Telang, Cukup Lemak Manisnya! Guna Acuan Comel Senang Makan

Share

Siapa peminat kuih lapis. Jika anda salah seorang daripadanya mesti cuba buat sendiri kuih tradisi ini. Kuih lapis antara kuih yang tak jemu dimakan sama ada untuk hidangan pagi atau minum petang.

Sebelum ini kuih lapis hanya dikukus dalam talam dan dipotong kecil-kecil, namun dah ramai yang gemar membuatnya dalam bekas acuan kecil-kecil. Bukan saja nampak comel tetapi menarik minat anak-anak kecil juga untuk merasai kuih tradisional ini.

Teksturnya yang lembut, cukup rasa manis dan lemak santan membuatkan ia digemari oleh semua peringkat umur. Bagi anda yang nak mencuba buat kuih ini, disertakan resipi yang dikongsikan oleh Badariah Abdrahman.

Mnghabiskn stok bunga telang. Saya buat kuih lapis bunga telang tepung gandum..

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi… (Tepung jagung pun boleh)
3 cawan santan
1 cawan air bunga telang
3/4 cawan gula
Sedikit garam.. Daun pandan

Cara membuat:

1- Mix semua bahan dengan 2 cawan santan, kecuali air bunga telang dengan 1 cawan santan… Bahagikan dua. (Satu campur lagi dengan 1 cawan santan. Satu lagi campur dengan air bunga telang).

Kukus selapis-lapis anggaran 4 minit untuk acuan kecil. Jika loyang boleh kukus setiap lapis antara 8 hingga 10 minit.

Lapisan akhir sekali dalam 20 minit. 25 minit ke 30 minit untuk loyang. Buka pengukus, baru matikan api.

# setiap kali melapis adunan hendaklah dikacau. Penutup pengukus dilap.

* Siapa yang nak cuba bolehlah. Kalau suka manis boleh tambah gula ye.. Tadi saya buat agak kurang manis.

* Bagi yang suka warna-warni boleh gantikan dengan pewarna lain. Terpulang pada citarasa masing-masing ya.

Kredit: Badariah Abdrahman

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

Published by
Wan Amy