Lepat biasa mungkin sudah terbiasa, sesekali kita olah menjadi lepat cendol yang kini sedang trending. Nak cuba? Jom cuba resipi ringkas perkongsian Pn Mamata Aiza ini.
Paling senang, hanya campurkan kesemua bahan dalam kuali dan bungkus dalam daun pisang. Sejukkan!
Atas permintaan kakak sulung nak lepat cendol ni. First try menjadi. Makan sejuk-sejuk, sedap weh.
Bahan-bahan:
1 cwn tepung jagung
1 cwn gula
2 sudu besar tepung ang kwe (ada dalam gambar)
1 sudu kecik garam
2 kotak santan kara
1 liter air (agak-agak)
1 bungkus cendol (lupa berapa gram)
Daun pisang dilayur atas api
Ads
Bancuh semua bahan. Kacau dahulu bagi tepung semua sebati, baru buka api sederhana.
Kacau sampai pekat dan likat. Dah menggelegak sikit baru masukkan cendol dan kacau lagi bagi sebati.
Ads
Menggelegak sekali lagi baru tutup apinya. Dah suam-suam, bungkus dalam daun pisang dan simpan dalam peti ais.
Ramadan ke 10 hari ini pastinya kita masih tercari-cari menu simple tapi padu untuk sekeluarga. Apa kata kali ini kita cuba resipi Siakap Kengsom Thai pula untuk anak-anak. Simple tapi menyengat!
Resipi perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini rugi anda tak cuba. Sedap sungguh!
Dah lama tak masak! Hari kerja separuh hari, jadi giliran saya untuk jaga anak, sambil masak lauk berbuka puasa.
Kita masak lauk yang pakej lengkap dengan sayur sekali! Senang, sekali jalan.
Siakap Kengsom by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan:
1 ekor siakap
½ biji nanas
6 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 inci kunyit
1 inci belacan
2 inci lengkuas
1 batang serai
3 tangkai cili api/padi
1 biji limau nipis.
½ cekak kangkung
3 sudu sos ikan
Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Saya kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.
Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Biasanya saya reneh 10 minit. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah 2 cawan air.
Masukkan nenas yang dah dihiris setebal 1 inci. Masakan ni sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.
Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Kengsom ni memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.
Perasakan dengan sos ikan. Jangan banyak sangat, tadi kita dah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.
Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Saya lebih suka guna limau nipis sebab ada rasa sitrus yang buat hidang ni rasa lebih segar (fresh). Siap!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Para ibu pernah dengar tak ikan haruan tumbuk bersama cekur? Hidangan ni sedap tau kalau dimakan dengan nasi panas. Mudah pun mudah hidangan ni untuk dibuat. Para suami pun boleh bantu isteri untuk sediakan hidangan ini. Bukan sahaja mudah, tapi berkhasiat dan bagus untuk ibu berpantang juga.
Ikan haruan sangat bagus untuk ibu yang habis berpantang. Albumin yang terdapat dalam ikan haruan bagus membaiki tisu dan sel yang rosak yang disebabkan oleh pembedahan.
Albumin yang terdapat dalam ikan haruan juga merupakan protein yang sangat penting untuk mengelakkan daripada pembengkakkan berlaku yang disebabkan oleh sesuatu kecederaan. Pembengkakkan berlaku kerana sel darah merah mula hilang terbentuk.
Hormon, protein dan mineral akan disimpan di dalam albumin untuk disebarkan ke keseluruhan tubuh badan. Jadi, kekurangan albumin ini pasti akan mengakibatkan gangguan dalam sistem peredaran tubuh badan kita. Jom lihat resipi ikan haruan tumbuk bersama cekur yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh hafiza_aini di akaun Instagram beliau.
RESEPI IKAN HARUAN TUMBUK BERSAMA CEKUR/ ENCUR
RESEPI PANTANG Bahan- bahan: – Ikan haruan seekor – Cekur 3 ketul (ikut suka banyak mana, kalau saya masuk sekali daun pucuk dia) – Bawang merah dan bawang putih 1 ketul (kalau resipi tak pantang boleh tambah cilia api) – Garam – Gula – Limau kasturi/ lemon
Cara- cara: 1. Ikan haruan dibalut daun pisang (optional), bawang potong besar- besar, cekur, dibakar/ dipanggang… (guna kuali nonstick/ pemanggang ajaib, kalau tak pantang boleh goreng dengan minyakje semua) 2. Pastu masukkan ke dalam batu lesung, (ikan diambil isi je) tumbuk semua sekali… tak perlu hancur sangat. 3. Akhir sekali, masuk garam dan gula secukup rasa… perahkan sedikit limau/ lemon (ada orang suka manis- manis sikit) – okay siap… serius sedap tak tipu langsung tak bau… dihidang dengan nasi panas… pergh pasti tambah nasi… hahaha
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. tidak perlu amabil masa yang lama untuk sediakan. Para ibu boleh mencuba hidangan ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekalan dan stok aiskrim yang banyak di rumah pastinya buat anak-anak teruja. Makin galaklah anak-anak buka peti ais mencari makanan mereka.
Aiskrim durian homemade ini bukan hanya anak-anak bahkan pastinya buat seisi keluarga teruja. Sudahlah resipi ringkas, rasanya dah tentu kebabom. Sedap sungguh! Jom cuba resipi aiskrim empat bahan perkongsian resipi Cik Puan Hasnah.
Siapa yang ada kebun durian atau boleh beli durian yang murah-murah tu, boleh la cuba buat aiskrim durian ni. Memang sedap giler, lagi sedap dari aiskrim durian musang king RM26 1 bekas tu. Kat bawah ni resepi dia.
Resepi aiskrim durian
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 sudu bsr ovelet
3-5 ulas durian
Campurkan semua bahan, mix 20 hingga 30 minit atau hingga gebu.
Tuang dalam bekas dan letaklah dalam frezer satu malam.
p/s: Kalau nak color menarik letak sikit pewarna kuning.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.