Tak tahan rasanya saat melihat kuih lompang pandan ini dikeluarkan daripada acuannya. Teramatlah lembut. Kuih tradisional yang satu ini rupanya cukup mudah hendak disediakan. Hanya satukan semua bahan dan blender hingga adunan sebati. Kemudian terus sahaja di kukus hingga masak.
Resipi mudah yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini cukup menarik hendak dicuba. Ada rahsia supaya kelapa lebih tahan lama. Jom cuba!
Resipi wajib cuba: Ayam Percik Kelantan Style Pertama Kali Buat Pun Confirm Jadi!
KUIH LOMPANG PANDAN
Bahan Bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air pandan
3/4 cawan gula
1 sk air kapur
1 sb tepung jagung
Sedikit pewarna
Bahan Lain:
Acuan lompang
Kelapa parut
Sedikit garam
Sedikit minyak
Panaskan periuk pengukus, pastikan penutup periuk dibalut dengan kain.
Apabila air pengukus telah mendidih, kukus acuan selama 5 minit.
Kukus selama 15 minit menggunakan api besar. Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan daripada acuan.
Di dalam bekas lain, gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam dan kukus seketika agar kelapa parut tahan lama.
Keluarkan kuih daripada acuan dan hidangkan bersama kelapa parut.
Siap.
Resipi wajib cuba: Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri Rempeyek Sedap Terlebih Bilis, Padu!