.
P/s: Resipi Opah Sapiah juga tidak menggunakan kapur untuk dapatkan kuih loyang yang rangup / rapuh.
.
1. Bancuhan kena tepat. Tidak terlalu pekat dan cair. Kerapuhan kuih loyang itu bergantung pada bancuhan. Tepung beras kami guna jenama Bunga Teratai.
2. Sangat penting jangan terlebih gula. Rasa dulu hujung lidah. Warna akan menjadi gelap dan serap banyak minyak kalau terlebih gula. Kuih loyang akan cepat hapak.
3. Pastikan minyak cukup panas. Rehat kejap jika terlalu panas sebab kuih loyang akan ada biji-biji meletop. Kuih kita tidak cantik.
4. Jangan paksa bunga jatuh dari loyang. Dia akan jatuh sendiri bila dah hampir keras. Pastikan juga jangan sesekali letak cecah lantai kuali. Bontot kuih akan rosak dan mengembang. Pegang / gantung supaya tak kena lantai kuali. Guna lidi satay kalau melekat.
5. Jangan goyang acuan terlalu kasar. Nak mudah gunakan 2 loyang untuk satu kuali. Cepat sikit siap. Jemu nak tunggu siap.
6. Biarkan dulu keras baru terbalikkan masa dalam kuali. Kalau terbalikkan bunga masa tepung masih lembut nanti bentuk akan berubah / jadi senget-benget.
7. Tapis minyak sekurangnya 3 kali sebelum kuih disimpan. Lepas masak letak atas penapis minyak. Lepas tu alih dalam bekas lain. Baru masuk bekas besar. Dah 2-3 hari minyak dah tapis baru masuk botol packaging.
8. Sesetengah loyang akan melekat. Lepas guna rendam dalam minyak. Jangan dibasuh apatah lagi kena sabun. Lap bagi kering je minyak tu. Sebab kami memang eksprimen. Basuh je terus rosak acuan tu. Melekat dan tak boleh guna dah.
9. Salah satu faktor kenapa kuih loyang berbau hapak dan tidak tahan lama adalah sebab minyak. Kebanyakan peniaga lepas masak je terus masuk balang /plastik pembungkus. Sebab tu la ramai yang komplen tak sedap.
Perkongsian resipi Opah Sapiah ini diinfaqkan dengan harapan pembaca dapat mendoakan Opah Sapiah sentiasa dalam keadaan sihat dab umur panjang. In Sha Allah. Semoga berjaya semua!