Kuih Sagu Saiz Comel, Paling Mudah Nak Buat. Cantik Elok Kejadiannya!

Share

Kuih tradisional masih lagi jadi pilihan. Walaupun dah ada kuih moden, peminat kuih tetap memilih kuih tradisi. Bagaimanapun, disebabkan cara pembuatannya sedikit sukar, kebanyakan daripada kita memilih untuk membeli sahaja.

Untuk anda yang ingin mencuba buat kuih sagu kelapa, boleh cuba resipi dikongsikan oleh Zana Anuar. Langkah membuatnya cukup mudah dan dengan saiz yang comel.

Kuih sagu paling mudah dan senang nak buat. Sedang elok teksturnya, tak lembik tak keras.

– 1/2 cawan sagu, dibasuh bersih dan direndam selama 1 jam. Letakkan pewarna sirap ros.

– Toskan..dan gaulkan sagu tadi dengan 5 sudu besar gula, kalau suka manis lebihkan gula sikit

– Sapukan acuan dengan sedikit minyak supaya tak melekat.

– Sudukan 3/4 sagu ke dalam acuan.

– Panaskan pengukus dan kukus selama 20 minit.

– Setelah masak..angkat dan sejukkan.

– Gaulkan dengan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan secubit garam. Kukuskan kelapa selama 3 minit supaya kelapa tak cepat basi.

Selamat mencuba!

Kredit: Zana Anuar

RESIPI MENARIK [Tepung Pelita Bunga Telang. Cantik Warna Biru Aslinya, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!]

LAGI RESIPI MENARIK [Tip Daging Goreng Lembut & Juicy. Tak Guna Daging Batang Pinang Pun Jadi!]

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy