Selain biskut, kudapan seperti kerepek juga antara yang selalu jadi pilihan seisi keluarga. Kebetulan nak dekat raya ni, mama yang ada masa lebih sikit boleh cuba pula resipi kuih siput.
Kuih ni antara kudapan yang disukai ramai sejak dulu lagi dan sangat sedap dijadikan snek kunyahan.
ARTIKEL RESIPI MENARIK [Ada Cara nak Kukus Pulut Kuning Agar Tak Basi & Tahan Lama. Ikut Resipi Mudah Ni]
Sesiapa pun boleh buat. Cuma guna papan yang bergaris tu je dan ambil sedikit adunan, lenyekkan pada papan tu, dan gulung. Jadilah macam bentuk siput. Mudah je! Modalnya pun tak lah mahal sangat dan pastinya cukup sedap dan ranggup.
Berikut disertakan resipi kuih siput dari Puan Rosni Musa. Setiap langkah yang diberikan ini dah boleh membantu anda walaupun baru pertama kali nak cuba. Senang sangat-sangat!
Bahan-bahannya:
1kg tepung gandum
200ml @ 1 kotak kecik santan
1 ketul kiub pati ikan bilis
170gm @ 6 sudu makan marjerin
2 peket rempah kari ikan/daging @ 3 sudu besar. Terpulang nak letak banyak mana.
1 sudu garam
2 sudu makan gula halus
250ml air
* boleh jugak letak sebiji telur.
Kali ni Hakak Ros try buat tanpa telur sebab musim PKP ni nak jimat penggunaan telur.
Cara membuatnya:
Panaskan marjerin
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Bubuh garam.
Masukkan gula halus
Masukkan rempah kari
Hancurkan kiub bilis dan letak dalam adunan
Gaul bagi sebati
Buatkan lubang tengah. Curahkan marjerin yang telah dicairkan.
Gaul lagi sampai jadi serbuk roti
Kemudian masukkan santan & air. Ikut sukatan, santan & air ni memang ngam² untuk 1 kg tepung.
Uli sehingga doh tak lekat di tangan. Mcm dalam gambar ni.
Sediakan acuan kuih siput. Ambil secubit doh.
Gentelkan atas acuan
Buat sampai habis
Panaskan minyak. Goreng kuih siput yang telah siap. Masukkan daun kari
Goreng dengan menggunakan api sederhana perlahan sampai bertukar warna keperangan. Agak² kuih siput dah ringan boleh di angkat. Masa ni kacau sentiasa agar kuih siput masak sekata.
Angkat bila dah garing dan toskan
RESIPI WAJIB CUBA [Cuba Kuih Lapis Gedik Ni Pula, Warna Cantik, Sedap & Berlemak, Nak buat Pun Senang Je!]
Sumber: Rosni Musa