Jika sebelum ini kita sering membakar puding roti namun mengukusnya juga tidak kurang enaknya. Adunan roti menjadi lebih lembut malah lebih sekata. Apa lagi kala digabungkan bersama sos kastad yang cukup pekat dan berlemak.
Resipi daripada saudara Zaky Mat Ali yang mendapat 9.2 ribu share di facebook ini bukan hanya enak dikukus malah boleh juga dibakar. Paling menarik cara yang dikongsikannya cukup mudah. Rugi tak cuba.
Puding Roti Kukus dan Sos Kastard. Kalau tak nak kukus, nak bakar pun boleh.
5- 6 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega
Sedikit kismis
Roti dicarik kecil, di sapukan mentega dan disusun di dalam bekas. Taburkan kismis.
Dalam bekas yang berlainan, masukkan telur, gula dan esen vanilla kemudian kacau. Tambahkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
Tuang adunan ke atas susunan roti.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Sos Kastard
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecik esen vanila
Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.
Siap!
Resipi wajib cuba: Bukan Kuih Bakar Tapi Seri Muka Bakar Pandan, Lemak & Manis, Rasa Padu!