Sayunya tengok anak bawah lampu & dicucuk pagi petang, ibu ini kongsi pengalaman anak dalam Pa&Ma TV.

Jaundis kerap terjadi kepada bayi yang baru lahir. Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

Jaundis bagi bayi ialah jaundis yang berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi lahir. Ia sering berlaku pada bayi di mana 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Puan Nur’Amiratulhusna menceritakan pengalamannya menjaga anaknya Dani Umar Ghazali bin Zul Hakim yang pernah mengalami prolonged jaundice.

“Kulit Menggelupas Kerana Diletak Bawah Lampu & Dicucuk Pagi Petang”- Pa&Ma TV Kongsi Kisah Bayi Jaundis

PROLONGED JAUNDICE
Menurut Amiratulhusna, DAni Umar mungkin mengalami Prolonged Jaundis kerana katanya bagi anak yang ibunya berdarah O +ve bacaannya akan tinggi dan berbeza. Dani yang dilahirkan pada minggu ke 40 kehamilan didapati mengalami jaundis oleh jururawat pada hari kelima dilahirkan.

IKLAN

“Jaundis pada Dani mula dikesan pada hari kedua. Saya dinasihatkan  membawa Dani ke klinik berdekatan kerana paras pada ketika itu agak tinggi iaitu 13.

TERUS DIBAWA KE HOSPITAL

Ibu ini bertindak terus membawa Dani ke klinik dan hasil pemeriksaan Dani terpaksa telah dimasukkan ke wad selama 5 hari. “Di hospital, Dani menjalani rawatan fototerapi. Doktor juga menasihatkan saya menyusukan bayi setiap sejam sekali”, kata Amiratulhusna.

JAUNDIS BERPINDAH KE BAHAGIAN BELAKANG

IKLAN

Hasil daripada penyusuan kerap, Dani telah membuang air dengan kerap. Namun perkara lain berlaku semasa rawatan foroterapi. “As per advice, jaundice Dani ni pada mulanya jaundice hanya di bahagian depan sahaja. Then bila dah terlalu terdedah dengan lampu phototherapy kuningnya mula berpindah di bahagian belakang badan. Sepanjang dalam proses phototherapy bayi dibiarkan hanya pakai lampin pakai buang,” kata ibu ini.

TIDAK SAMPAI HATI

Sebagai ibu, hati tidak kuat melihat anak sakit. “Kenangan tidak dapat dilupakan di mana saya  tak sampai hati tengok Dani terpaksa duduk bawah lampu phototherapy selama masa 5 hari dengan hanya pakai lampin dan dicucuk pagi petang untuk ambil sampel darah,” kata Amiratulhusna.

IKLAN

“Kulit Menggelupas Kerana Diletak Bawah Lampu & Dicucuk Pagi Petang”- Pa&Ma TV Kongsi Kisah Bayi Jaundis

PESANAN KEPADA IBU LAIN
“Pesanan saya for new mothers or first time anak kene jaundice. First of all dont panic. Do your research. Byk kan tanya orang yang berpengalaman dan mempunyai ilmu mengenai hal ini. Kerapkan bagi bayi susu ibu. Always stay positive,” kata ibu ini sebagai pesanan kepada ibu-ibu lain.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jaundis dan kisah lanjut tentang Dani, boleh saksikan PaRancangan TV Pa&Ma Musim Ketiga  ke udara dengan tajuk Solusi Bayi Jaundis. Pada 19 Februari 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Prima HD.

“Kulit Menggelupas Kerana Diletak Bawah Lampu & Dicucuk Pagi Petang”- Pa&Ma TV Kongsi Kisah Bayi Jaundis

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI