Ibu bapa yang ada anak kecil, bab kebersihan harus sentiasa dititikberatkan. Nampak macam biasa, kadang perkara ini boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Begitu juga dalam bab kebersihan botol susu, ada yang buat acuh tak acuh. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang kepada jangkitan kuman yang menyebabkan anak anda muntah-muntah dan cirit-birit.
Menurut Dr Tajul Ariffin Norsadan, ibu tak boleh sambil lewa bab kebersihan botol susu dan pastikan kebersihannya sentiasa dipantau sepanjang masa.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu:
CUCIAN BOTOL:
- Dibasuh dengan sabun setiap kali habis proses penyusuan.
- Didihkan air, matikan api dan rendamkan selama 5-10 minit. Boleh dilakukan setiap kali habis penyusuan atau dikumpul dahulu.
- Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Tidak menggunakan tangan kerana tangan kita penuh dengan kuman.
- Letakkan dalam keadaan terlangkup.
- Boleh digunakan setelah kering.
DISARANKAN:
- Untuk mempunyai 6 – 8 botol susu. Jumlah penyusuan bayi 6-8 kali sehari, maka anda digalakkan menggunakan botol susu yang berbeza setiap penyusuan dan proses rendaman air didih cukup sekali sehari dengan jumlah botol ini.
- Untuk menggantikan ke semua botol tadi setiap 6 bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.
- Untuk menggantikan puting botol susu setiap bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.
TAMBAHAN:
- Tidak menggunakan air mendidih semasa membancuh susu.
- Tidak cairkan susu anak anda. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya.
- Tidak menggoncang botol susu dengan kuat semasa membancuh susu.
- Setelah umur 6 bulan, digalakkan makan makanan dahulu dan susu formula sebagai makanan tambahan
Semoga bermanfaat dan anak anda kekal sihat.
Sumber: Tajul Ariffin Norsadan
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI