Antibodi bayi dan anak kecil masih lemah. Jadi sangat mudahlah kalau nak kena jangkitan kuman bila berada dekat dengan individu tak sihat.

Bagi sesetengah orang dewasa setakat batuk, demam dan selesema perkara biasa tapi bagi bayi ia adalah sesuatu yang serius jika tak diberi rawatan awal.

Perkongsian daripada Puan Norul Mohd ini boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa lain.

Kuman Merebak Ke Paru-Paru, Hampir Masuk Ke Otak. Akibat Kesilapan Ibu, Uwais Koma 3 Hari

Bayinya mengalami jangkitan kuman dalam badan yang sudah merebak ke paru-paru hingga hampir sampai ke otak. Puncanya kerana kesilapan sendiri yang tak disedari hingga hampir meragut nyawa anak.

Saya kongsi pengalaman saya dahulu dan tak mahu terjadi seperti kes saya, 4 tahun lepas.

Masa ini saya dalam pantang ank kedua. Saya melahirkan Nik Muhammad Uwais secara normal dan teramat mudah tanpa kena gunting. Uwais sihat walafiat masa keluar, tak ada masalah.

IKLAN

Masa dalam pantang, susu badan banyak sangat sampai bengkak. Kadang tu bila anak kedua kurang hisap susu, aaya terpaksa suruh ank sulung tolong (hisap susu) kurangkan sakit bengkak susu kerana bile bengkak susu hanya ibu-ibu tahu azab dia, tak boleh sentuh terus sakit.

Kuman Merebak Ke Paru-Paru, Hampir Masuk Ke Otak. Akibat Kesilapan Ibu, Uwais Koma 3 Hari

Di sebabkan bengkak susulah saya demam dan batuk tak berhenti. Kesilapan saya batuk tak tutup mulut(mask) Terkena dekat uwais. Mula-mula saya pelik kenapa Uwais tiba-tiba kurang menangis dan minta susu.

Satu hari hanya dua kali dia hisap susu badan tapi kena paksa dia bangun untuk hisap susu. Saya fikir dia kuning sampai sedap tidur tapi hinggalah malam, saya rasa tak sedap hati. Macam ada yang tak kena. Bila tengok uwais dah macam kejang (hati ibu, korang sendiri fahamlah)

Jam 12.30 tengah malam, ambil keputusan pergi klinik. Sampai je sana doktor buat pemeriksaan dekat Uwais. Doktor tepuk-tepuk belakang Uwais, Uwais tak bangun dan tak sedar sampaikan doktor sendiri pelik.

Doktor cakap anak awak ni lain dah ni, saya tepuk kuat dia masih tak sedar. Tapi masih bernyawalah masa tu.

IKLAN

Doktor di klinik terus tulis surat untuk saya bawa Uwais terus kecemasan hospital.
Sampai je di Hospital Besar Kuala Terengganu, doktor pakar terus buat pemeriksaan dekat Uwais. Dia terkejut sebab satu hari Uwais tak hisap susu, sampaikan kering kulit Uwais.

Dalam beberapa jam doktor pakar check, dapatlah keputusan yang kuman sudah merebak separuh ke paru-paru Uwais dan hampir nak masuk ke otak.

Kuman Merebak Ke Paru-Paru, Hampir Masuk Ke Otak. Akibat Kesilapan Ibu, Uwais Koma 3 Hari

Kalau saya pergi hospital lambat mungkin Uwais dah tiada dekat dunia ni. Uwais koma dalam 3 hari macam tu. Seminggu juga berada dalam ICU.

IKLAN

Syukur yang amat Uwais sihat sampai sekarang, cuma demam-demam sikit tu biasalah. Kepada semua ibu bapa, kawan-kawan kalau nak tengok baby pastikan anda sihat.

Kadang tu baby memang sihat tetapi kerana kecuaian orang lain, baby kita yang kena tempias.

Kuman Merebak Ke Paru-Paru, Hampir Masuk Ke Otak. Akibat Kesilapan Ibu, Uwais Koma 3 Hari

Jangan kecam saya sebab kecuaian, batuk tak tutup mulut. Saya masa tu tak tahu.
Tak sangka Uwais kena lebih teruk macam ni. Hingga kini peristiwa tersebut sentiasa diingati. Tapi saya bersyukur semuanya dipermudahkan dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Sumber: Norul Mohd

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI