Copy of NEWBORN - 2020-06-21T123137.074

Membesarkan anak istimewa pastinya 1 cabaran. Ingin tahu cara terbaik bagi ibu bapa untuk mendidik anak autisme di rumah? Berikut 9 cara yang boleh bantu perkembangan anak.

Kunci Jaga Kanak-kanak Istimewa, Adalah Sabar. Ini 9 Cara Bantu Kembangkan Skil Anak Autisme AndaBolehkah mendidik anak autisme?

Bukan mudah menjaga dan membesarkan anak yang menghidap gangguan spektrum autisme (autism spectrum disorder, ASD).

Wujud rasa rungsing dan bimbang apabila ada mengatakan bahawa anak dengan ASD sukar untuk dipulihkan. Tetapi benarkah?

Jika anda sedang mencari-cari kaedah membantu dan mendidik anak autisme yang sesuai ketika berada di rumah, mungkin artikel ini akan dapat membantu.

Ini kerana terdapat banyak cara untuk bantu perkembangan anak dengan ASD dalam memperolehi kemahiran baru.

Cara mendidik anak autisme

Struktur dan keselamatan

Berikut langkah untuk memudahkan tugasan harian bagi anda dan anak dengan ASD:

Konsisten

Anak ASD sukar mengaplikasi apa yang dipelajari dalam sekolah kepada tempat lain seperti rumah.

Cuba terapkan persekitaran yang sama untuk bantu memperkukuhkan pembelajaran sekali gus bantu perkembangan anak.

Anda mungkin boleh menjalankan terapi di lebih daripada 1 tempat untuk mendorong anak mengaplikasikan apa dipelajari di persekitaran lain.

Selain itu, anda perlu konsisten dalam cara berkomunikasi dengan si kecil dan cuba tangani tingkah laku yang mencabar.

Rutin sama

IKLAN

Untuk mendidik anak autisme, anda perlu wujudkan 1 jadual rutin yang sama setiap hari.

Ini kerana anak ASD cenderung melakukan yang terbaik apabila mempunyai jadual rutin tersusun.

Sediakan jadual untuk anak berkaitan waktu makan, sesi terapi, persekolahan dan waktu tidur.

Ganjaran

Galakan positif dapat bantu perkembangan anak ASD, jadi sebaiknya cuba untuk memberikan ganjaran setiap kali mereka melakukan sesuatu yang baik.

Anda boleh memberikan pujian, pelekat atau membenarkan anak bermain permainan kegemaran setiap kali mereka berkelakuan baik.

Zon selamat di rumah

Cipta ruang peribadi di rumah untuk anak boleh berehat dan berasa selamat. Ini melibatkan cara mengatur dan menetapkan had yang mudah difahami anak.

Menggunakan petunjuk visual juga boleh membantu dengan menandakan pita berwarna dan label bergambar.

Kaedah bukan lisan untuk berkomunikasi

IKLAN

Mendidik anak autisme berkomunikasi tidak hanya melibatkan lisan. Tetapi anda boleh berkomunikasi dengan cara melihat mereka, menggunakan nada suara serta bahasa badan.

Fahami isyarat bukan lisan

Jika anda memerhatikan si kecil, anda boleh belajar menggunakan petunjuk bukan lisan yang digunakan kanak-kanak dengan ASD berkomunikasi.

Perhatikan nada suara, ekspresi muka dan pergerakan isyarat yang digunakan mereka sebagai tanda penat, lapar atau mahukan sesuatu.

Kenal pasti punca sebalik tantrum

Pastinya kita akan berasa kecewa dan sedih apabila berasa diabaikan. Anak autistik juga mempunyai rasa yang sama.

Apabila anak ASD mula tantrum, ia selalu disebabkan ibu bapa tidak dapat memahami atau membaca isyarat bukan lisan mereka.

Kemarahan yang ditunjukkan adalah cara mereka meluahkan rasa kecewa dan cubaan memancing perhatian anda.

Masa bergembira

Anak ASD tetap seorang kanak-kanak. Mereka juga perlu untuk mempunyai kehidupan lain selain hanya menghadap terapi semata-mata.

IKLAN

Tetapkan rutin untuk anak bermain.

Cipta cara menyeronokkan bersama yang boleh menghadirkan senyuman kegembiraan, ketawa serta membolehkan mereka keluar daripada kepompong.

Banyak manfaat boleh diperolehi untuk bantu perkembangan anak apabila anda menemani mereka bermain tanpa sebarang tekanan.

Kepekaan deria anak

Perhatikan tahap kepekaan dan sensitiviti deria anak ASD. Kebanyakan anak autistik sangat sensitif terhadap cahaya, suara, sentuhan, rasa dan bau.

Fahami pemandangan, suara, bau, pergerakan atau sentuhan yang boleh memicu tindak balas tingkah laku positif dan negatif kepada anak.

Wujudkan rawatan autisme tersendiri

Untuk mendidik anak autisme dan bantu perkembangan anak dengan ASD, anda harus menyedari bahawa setiap daripada mereka mempunyai spektrum autisme unik dan tersendiri.

Rawatan terapi untuk anak perlulah disesuaikan mengikut keperluan individu. Pastinya anda lebih memahami keadaan anak anda, seperti:

-Fahami kekuatan dan kelemahan mereka
-Kenal pasti tingkah laku yang kerap mewujudkan masalah dan isu
-Skil yang kurang pada anak
-Kaedah pembelajaran terbaik untuk anak – mendengar, melihat atau mempraktikkannya
-Perkara digemari anak
-Harus diingatkan, walau apa pun rawatan pilihan anda, penglibatan anda secara langsung adalah penting untuk memastikan kejayaan.

Kehadiran anda dapat membantu anak untuk mendapatkan hasil rawatan maksimum.

-Dapatkan sokongan
-Dalam mendidik anak autisme, sokongan daripada individu sekeliling amat diperlukan.
-Tidak kira sama ada secara atas talian mahupun bersemuka.

Jika anda memerlukan bantuan, jangan malu untuk memintanya daripada pasangan, ahli keluarga, rakan baik mahupun golongan profesional.

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI