Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian. Kuning memang selalu terjadi dikalangan bayi yang baru lahir. Kenapa darah bayi perlu diambil lagi selepas 2 minggu jika kuning tidak turun? Mungkin ramai ibu bapa yang mengeluh. Ikuti perkongsian Dr. Erna.
Kenapa kena ambil darah baby lagi lepas 2 minggu kalau kuning tak turun?
Untuk bayi yang dilahirkan secara normal, jika sudah hari ke14 dan bacaan kuning masih tinggi dan baby juga masih kuning, kita akan ambil darah untuk lihat fungsi hatinya, buah pinggangnya, darah biasa (darah merah, putih, kuning), air kencing untuk lihat apakah penyebab kuning masih tinggi.
Untuk bayi pramatang, kita lihat pada hari ke 21.
Jangan risau, doktor bukan sengaja nak cucuk bayi anda. Ianya dilakukan untuk memastikan kuning bayi anda adalah jenis yang normal (disebabkan oleh susu badan atau jenis darah).
Kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian. Maka, perkara inilah yang doktor mahu elakkan daripada berlaku.
Dan, tolonglah jangan ambil apa apa supplemen semasa anda mengandung. Ramai yang bayi yang fungsi hatinya ada masalah sikit dan bila ditanya memang ibunya ada makan supplemen semasa mengandung.
Supplemen iron dan calcium juga biarlah dapatkan nasihat doktor dahulu. Dan belilah di farmasi yang berdaftar. Dapatkan nasihat doktor yang tidak menjual produk ya.
Risau sangat tengok ramai sungguh bayi yang jaundisnya tinggi tinggi betul
Sumber: Dr Erna Nadia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Gigi Pertama Bayi Tumbuh, Bersihkan Dengan Sedikit Ubat Gigi Berflourida. Elak Gigi Bayi Rosak
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Bila gigi pertama bayi tumbuh?
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Bagaimana penjagaan oral untuk bayi dan kanak-kanak?
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah:
- Bersihkan gigi pertama yang baru tumbuh dengan meletakkan sedikit ubat gigi berfluorida pada kain lembut dan sapukan pada gigi bayi.
- Jika gigi geraham sudah tumbuh, anda boleh mula menggunakan berus gigi khas untuk bayi yang banyak dijual di pasaran. Letakkan ubat gigi khas untuk bayi sebesar saiz biji kacang pis pada berus gigi tersebut.
- Berus di sekitar lidah dan gusi untuk menghilangkan bakteria tersembunyi dan mengelakkan mulut bayi berbau.
- Lakukan rutin ini dua kali sehari iaitu sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan pada malam hari sebelum tidur.
- Bawa bayi anda berjumpa doktor gigi semasa gigi pertamanya tumbuh ataupun selewat-lewatnya semasa usia bayi setahun. Doktor gigi akan memberikan nasihat tentang cara-cara penjagaan gigi bayi kepada ibu bapa.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya kah Mencampurkan Susu Ibu Dengan Susu Formula Kepada Bayi? Ini Penjelasannya
Setiap ibu pasti mengharapkan dapat menyusukan si manja sepenuhnya. Namun mungkin kerana kekangan tertentu segelitir ibu terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula kepada bayi. Adakah ia membahayakan? Baca penjelasan pakar ini.
Saya seorang ibu yang bekerja. Masalah saya ialah tidak dapat memberikan anak susu ibu sepenuhnya. Bukan sahaja kerana masalah bekerja tetapi susu juga kurang. Jadi saya terpaksa campurkan anak saya dengan susu formula. Sejauh mana kebenaran mencampurkan susu formula dan susu ibu membuatkan antibodi anak lemah seperti mudah demam dan lain-lain? Harap dapat penjelasan.
Aina, Klang
Jawapan:
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi, dan kebaikan penyusuan susu ibu terus berlanjutan melebihi pemakanan asas. Selain mengandungi vitamin dan nutrien yang bayi perlukan dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan, susu ibu mengandungi kandungan khasiat yang mampu melindungi bayi daripada penyakit. Bahan tersebut melindungi bayi anda terhadap pelbagai penyakit dan jangkitan dan bukan ketika dia masih menyusu sahaja tetapi dalam sesetengah kes, sehingga anak sudah bercerai susu. Susu formula tidak boleh menawarkan perlindungan ini.
American Academy of Pediatricians dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) mengesyorkan penyusuan susu ibu eksklusif untuk enam bulan pertama usia bayi (walaupun mana-mana tempoh penyusuan susu ibu adalah berfaedah).
Penyusuan eksklusif (bermakna tanpa pengambilan makanan pejal, susu formula atau air) sekurang-kurangnya enam bulan menawarkan perlindungan yang terbaik. Ia menghalang alahan dan melindungi daripada beberapa keadaan kronik.
Walaupun pakar mempercayai susu ibu adalah pilihan pemakanan yang terbaik untuk bayi, penyusuan susu ibu mungkin tidak mampu dilakukan oleh semua ibu. Bagi kebanyakan ibu, keputusan untuk menyusukan anak atau memberi susu formula adalah berdasarkan tahap keselesaan, gaya hidup dan keadaan perubatan tertentu. Walau bagaimanapun, tiada bukti atau kajian menunjukkan dengan mencampurkan penyusuan (susu ibu dan susu formula) boleh mengurangkan imuniti kepada bayi.
Soalan berikut dijawab oleh Dr Shariza Lukman, Pakar Perunding Pediatrik (BSC MEDICAL SCIENCE (SCOTLAND), MBCHB (UK), MRCPCH (UK), MSC CHILD HEALTH (UK), Pantai Hospital Klang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penting! Jika Anak Selesema Dan Batuk, Perhatikan Dadanya. Jika Berombak-Ombak Segera Bawa Ke Hospital
Pernah tak anda perasan dada anak berombak-ombak bila dia tengah selesema dan batuk? Kalau si kecil anda mengalami keadaan tersebut, tolong segera bawa ke hospital segera. Ini bukan main-main. Tetapi diingatkan oleh Pakar Kanak-Kanak, Dr Hairin Anisa Tajuddin.
Ibu ayah tentu risau bila anak kecil selesema dan batuk kerana jika dibiarkan ia boleh memudaratkan keadaan anak. Apatah lagi bila melihat keadaannya sukar untuk bernafas dan dadanya berombak-ombak. Ia mungkin petunjuk saluran paru-paru anak dijangkiti kuman. Baca perkongsian penting oleh Dr Hairin.
Pagi ni just nak share tentang satu perkara yang parents perlu beri perhatian bila anak dah mula demam dan batuk-batuk.
IBU BAPA PERLU KENALPASTI TANDA-TANDA ANAK ADA JANGKITAN KUMAN DALAM PARU-PARU
Sekarang ni ramai pesakit saya yang mengalami jangkitan kuman Virus Influenza A & B, everyday ada beberapa kes. Lebih banyak daripada biasa, sebab itu saya terpaksa screen influenza untuk kanak-kanak yang mengalami DEMAM, BATUK DAN SELESEMA.
Sekiranya negative influenza test, bukan bermakna pesakit tak ada jangkitan kuman, tapi mungkin result *false negative* iaitu dia ada Influenza infection tapi result test tak berapa tepat. Namun, selain virus influenza, ada banyak lagi virus lain yang boleh menyerang kanak-kanak seperti RSV, Rhinovirus, Parainfluenza dan lain-lain yang boleh menyerang sistem pernafasan daripada hidung hingga paru-paru.
Kebanyakan jangkitan kuman adalah disebabkan oleh virus (70-80%); selebihnya barulah bakteria.
Jadi perlu diingatkan, bukan semua jangkitan kuman dalam sistem pernafasan perlukan antibiotic.
Ingat pesanan saya : Antibiotic hanya jika doktor suspect ada jangkitan BAKTERIA.
Jika virus yang menyerang selalunya tubuh kita mampu membunuh virus-virus itu dalam beberapa hari. Ketika tubuh berperang dengan virus, macam-macam simptoms yang virus tu dah timbulkan macam demam (boleh jadi rendah or tinggi), batuk-batuk (kering or berkahak), selesema, sakit tekak dan sakit-sakit badan. Namun, selalunya ubat yang spesifik untuk membunuh virus tersebut tidak banyak. Yang ada cuma Anti Influenza macam Osetalmivir. Selain daripada itu, seperti Rhinovirus & RSV dan lain-lain, belum ada rawatan khusus.
Sangat penting untuk parents perhatikan tanda-tanda yang dialami oleh anak-anak. Jika selesema dan batuk-batuk, perhatikan dadanya, jika berombak-ombak macam dalam video di bawah, please jangan tunggu 24 jam, bawalah segera ke hospital / ward Emergency.
Dalam minggu ni ramai sangat patients yang datang dengan masalah bernafas kencang dan kurang level oksigen dalam darah (SpO2 sepatutnya yang normal lebih daripada 95%). Ada yang dah lebih sehari anak bernafas laju tapi tak dibawa ke hospital.
Assalamualaikum & selamat pagi semua.Pagi ni just nak share tentang satu perkara yg parents perlu beri perhatian bila anak dah mula demam & batuk2.IBUBAPA PERLU KENALPASTI TANDA2 ANAK ADA JANGKITAN KUMAN DALAM PARU-PARUSekarang ni ramai pesakit saya yg mengalami jangkitan kuman Virus Influenza A & B, everyday ada beberapa kes. Lebih banyak drpd biasa, sebab itu saya terpaksa screen influenza utk kanak2 yg mengalami DEMAM, BATUK DAN SELESEMA. Sekiranya negative influenza test, bukan bermakna pesakit tak ada jangkitan kuman, tapi mungkin result *false negative* iaitu dia ada Influenza infection tapi result test tak berapa tepat. Namun, selain virus influenza, ada banyak lagi virus lain yg boleh menyerang kanak2 seperti RSV, Rhinovirus, Parainfluenza…dan lain2 yg boleh menyerang sistem pernafasan drpd hidung hingga paru2.Kebanyakan jangkitan kuman adalah disebabkan oleh virus (70-80%); selebihnya barulah bakteria. Jadi perlu diingatkan, bukan semua jangkitan kuman dlm siste pernafasan perlukan antibiotic.Ingat pesanan saya : Antibiotic hanya jika doktor suspect ada jangkitan BAKTERIA.Jika virus yg menyerang ; selalunya tubuh kita mampu membunuh virus2 itu dlm beberapa hari. Ketika tubuh berperang dgn virus, macam2 simptoms yg virus tu dah timbulkan macam demam (boleh jd rendah or tinggi), batuk2 (kering or berkahak), selesema, sakit tekak dan sakit2 badan. Namun, selalunya ubat yg spesifik utk membunuh virus tersebut tidak banyak. Yang ada cuma Anti Influenza macam Osetalmivir. Selain drpd itu, spt Rhinovirus & RSV dll, belum ada rawatan khusus. Sangat penting utk parents perhatikan tanda2 yg dialami oleh anak2. Jika selesema dan batuk2, perhatikan dadanya, jika berombak2 macam dlm video di bawah, please jangan tunggu 24 jam, bawalah segera ke hospital / ward Emergency.Dlm minggu ni ramai sangat patients yg datang dengan masalah bernafas kencang dan kurang level oksigen dalam darah (SpO2 sepatutnya yg normal lebih drpd 95%). Ada yg dah lebih sehari anak bernafas laju tapi tak dibawa ke hospital. Tanda2 dalam video tersebut ialah "Subcostal dan intercostal recession" yg menunjukkan bahawa saluran paru2 anak sempit akibat keradangan yg disebabkan oleh kuman (virus or bacteria). Saluran yg sempit ini menyukarkan paru2 anak utk berfungsi dgn baik untuk menukarkan gas oksigen dan karbon dioksida. Maka, pesakit terpaksa bernafas dgn lebih laju utk menambah kadar pertukaran oksigen sehingga paru2 boleh menjadi penat (respiratory fatigue), dan pesakit akan kekurangan oksigen. Malah, jantungnya akan berdegup kencang drpd biasa utk menyalurkan oksigen yg cukup kpd tubuhnya.Please, tak kisahlah nak bawak ke mana klinik or hosp yg berdekatan, yg penting jangan tunggu. Jika perlu masuk ward, tinggalkanlah perkara2 lain macam kerja or dll…nyawa anak lebih utama. Sekian pesanan kasih sayang drpd Dr Anisa. Wassalam.
Posted by Hairin Anisa Tajuddin on Wednesday, 24 January 2018
Tanda-tanda dalam video tersebut ialah “Subcostal dan intercostal recession” yang menunjukkan bahawa saluran paru-paru anak sempit akibat keradangan yang disebabkan oleh kuman (virus or bacteria).
Saluran yang sempit ini menyukarkan paru-paru anak untuk berfungsi dengan baik untuk menukarkan gas oksigen dan karbon dioksida. Maka, pesakit terpaksa bernafas dengan lebih laju untuk menambah kadar pertukaran oksigen sehingga paru-paru boleh menjadi penat (respiratory fatigue), dan pesakit akan kekurangan oksigen. Malah, jantungnya akan berdegup kencang daripada biasa untuk menyalurkan oksigen yang cukup kepada tubuhnya.
Please, tak kisahlah nak bawak ke mana klinik or hospital yang berdekatan, yang penting jangan tunggu. Jika perlu masuk ward, tinggalkanlah perkara-perkara lain macam kerja or dan lain-lain. Nyawa anak lebih utama.
Sekian pesanan kasih sayang daripada Dr Anisa.
Sumber: Hairin Anisa Tajuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI