Sebut sahaja bawang putih, begitu banyak kegunaannya lebih-lebih lagi pada ibu berpantang bagi memanaskan tubuh dan memanaskan semula tubuh. Begitu banyak khasiat bawang putih yang baik untuk ibu.
Tidak dinafikan, mengupas bawang putih sememangnya menuntut lebih masa kerana bentuknya yang kecil berbanding bawang besar. Namun ada cara nak mudahkan mengupas bawang ini jika anda tahu caranya.
Salah satu cara yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok, @sang301101 ini memang menarik. Bukan hanya tip nak kupas bawang dengan mudah bahkan siap tip untuk tanam daun bawang. Memang terbaik.
Ini tip yang dikongsikannya.
1. Rendam beberapa labu bawang putih.
2. Gunakan penyepit besi untuk membuang kulitnya dengan mudah.
3. Apabila kulit bawang sudah lembut, gunakan penyepit untuk menarik kulit.
Ads
4. Siap!
Dah ini pula cara nak tanam daun bawang daripada bawang yang dikupas tadi.
1. Tuangkan air dalam gelas.
2. Letakkan bawang tadi di atasnya.
Ads
3. Biarpun tunas terbentuk.
4. Wow hasilnya. Tak perlu pun guna tanah!
Ads
Terbaik!
Letakkan sahaja di balkoni rumah dan biarkan sahaja bawang untuk nampak hasilnya. Selamat mencuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @sang301101
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Lelaki lebih rasional, wanita lebih beremosi
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.
Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah.
Kemesraan dan gurau senda di antara suami isteri memang digalakkan bagi memperkukuhkan lagi keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga. Tanpa gurau senda, hidup suami isteri akan menjadi hambar.
Namun, tidak semua perlakuan atau aksi-aksi kemesraan suami isteri boleh dipertontonkan di khalayak ramai bagi mengelak berlakunya fitnah. Islam amat menekankan kepada adab dan tingkah laku. Oleh itu, ada baiknya suami isteri kena tahu batas-batasnya.
Malah mengenai isu yang viral ketika sambutan Aidilfitri lalu mengenai picit challenge oleh pasangan suami isteri ia sepatutnya tidak berlaku. Cabaran tersebut menampilkan suami memicit punggung isterinya dan gambar berkenaan dimuat naik di laman sosial serta meletakkan tanda pagar #picitchallenge.
Aksi #picitchallenge yang viral di media sosial baru-baru ini
Sebagai pasangan suami isteri secara umumnya, kita seharusnya saling hormat menghormati dan mempertahankan maruah masing-masing. Dalam Surah At-Taubah: ayat 71, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Allah SWT turut berfirman dalam Surah Al-Baqarah: ayat 187 yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” Dalam erti kata lain suami isteri saling memerlukan, saling melengkapi, saling menutup rahsia masing-masing dan menjadi cermin akhlak sesama mereka. Justeru itu, sebagai suami didiklah isteri ke arah jalan kebaikan menuju ke syurga bersama-sama. Bukan menjadi alpa sehingga terlupa mempertontonkan maruah isteri kepada khalayak ramai.
Tidak dinafikan di akhir-akhir ini terdapat pelbagai perilaku menjadi ikutan hanya bertujuan untuk bergurau senda sahaja tanpa memikirkan akibatnya yang adakalanya menyentuh sensitiviti keagamaan ataupun menimbulkan bahaya kepada keselamatan nyawa.
Gambar Hiasan
Kebanyakan alasan hanya untuk berseronok sahaja. Sudah pasti ianya mendorong kepada kecaman netizen atau orang ramai. Seandainya pelaku perbuatan tersebut telah sedar dan meminta maaf atau membuang perkara berikut dari laman sosial, maka kita perlu menerima kemaafan mereka dan hentikan segala kecaman. Kerana kecaman berterusan akan memburukkan lagi keadaan dan proses dakwah akan menjadi sukar.
Selagi ianya tidak melibatkan kesalahan jenayah, maka bantulah mereka untuk bangun memperbetulkan kesalahan mereka, bukan makin menghentam, menghenyak sehingga mereka menjadi lebih agresif.
Namun, iktibar perlu diambil di setiap kesalahan yang dilakukan samada ianya sengaja dilakukan atau tidak. Dalam menentukan keharmonian hidup di dunia ini kita perlulah mencari kawan yang baik, agar kita turut melakukan kebaikan. Elakkan berkawan dengan mereka yang melakukan kejahatan, agar tidak terkena tempias kejahatan tersebut. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan seorang individu yang baik (yang duduk bersama dengan kita) dan juga individu yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan juga tukang besi. Duduk bersama penjual minyak wangi sama ada kamu akan membelinya atau kami dapat menikmati bauan wanginya. Manakala duduk bersama tukang besi pula sama ada menyebabkan terpercik api ke badan atau baju kamu, atau kamu mendapati bauan yang busuk darinya.” (Riwayat Al-Bukhari: 2101).
Gambar Hiasan
Kita juga perlu berfikir dengan teliti setiap perkara yang hendak dilakukan kerana ramai mata yang memandang dan zaman sekarang adalah zaman viral. Maklumat sukar dikawal. Oleh itu kita perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan, percakapan, perwatakan dan status-status yang kita masukkan di laman media sosial kita.
Andai kita tersalah langkah, cepat-cepat perbetulkan dan bertaubat. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A’raaf: ayat 200 bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Maka kawallah diri kita dalam setiap perilaku kita. Kerana tiap yang kita lakukan pasti akan dinilai oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra’: ayat 7 bermaksud: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu sentiasa berhati-hati. Sekiranya kita tersalah langkah, perbetulkan segera, minta maaf daripada mereka yang terlibat dan mohon keampunan daripada Allah SWT. Bertaubatlah selagi belum terlambat. Masyarakat pula hentikan segala kecaman bagi memberi ruang kepada mereka yang sedar kesilapan mereka untuk terus melangkah dengan gagah dalam keadaan bertaubat dan melakukan kebaikan.
Perkongsian artikel ini telah dikongsikan oleh Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketibaan Ramadan dinanti setiap umat Islam apatah lagi bulan penuh keberkatan ini memberi kita peluang meningkatkan amal ibadat dan merebut pahala berlipat ganda.
Dalam keterujaan menyambut bulan mulia ini, ramai yang gagal menguruskan kewangan dengan berbelanja mengikut nafsu sama ada ketika membeli juadah berbuka mahu pun persediaan menyambut Aidilfitri.
Perbelanjaan Besar Tinggal Di Ibu Kota
Bagi guru tadika, Khairunnisa Khirrudin, 33, sememangnya realiti kehidupan kini agak mencabar tambahan pula baginya yang tinggal di Lembah Klang, pentingnya berjimat dalam perbelanjaan harian terutama ketika menyambut Ramadan dan Syawal.
Tambahan pula, katanya, keluarga besar terdiri daripada lima anak berusia antara tiga hingga tujuh tahun pasti menuntut dia dan suami, Omar Syaqif Mohamad Sauffi, 32, menguruskan perbelanjaan dengan betul.
Simpan Duit 5 Bulan Awal Khas Untuk Raya
“Apa yang kami buat adalah menyimpan duit lima bulan awal khas untuk raya sebanyak RM200 sebulan. Jadi, apabila tiba Ramadan kami tidaklah kelam-kabut kalau duit tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian.
“Tambahan pula anak kami ramai, jika tidak buat begini (menyimpan lebih awal) tentu susah hendak menguruskan kewangan,” katanya.
Beli Barang Keperluan Raya Pada Awal Ramadan
Katanya, dia dan suami biasanya mula membeli barangan keperluan seperti baju raya pada minggu kedua Ramadan, diikuti persiapan kuih raya, kasut dan aksesori pada minggu ketiga dan minggu terakhir fokus untuk persiapan rumah dan lauk raya.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.