Hebatnya si kecil ini! Baru berusia lapan tahun tetapi Anjanaa Rhea Ganeson berjaya menembusi Rekod Dunia Kanak-kanak (KWR) Kanada dan Buku Rekod Dunia Jackhi (JBWR) India apabila membuat catatan masa terpantas bagi mengenal pasti 230 bendera negara dalam tempoh empat minit dan 38 saat.
Murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Seri Selangor, Subang Jaya, Selangor ini benar-benar berbakat dan pintar.
Menurut laporan mStar, Anjanaa memperoleh KWR, portal dalam talian berpangkalan di Kanada yang menonjolkan bakat kanak-kanak berumur empat hingga 16 tahun, di bawah kategori perempuan (tujuh hingga sembilan tahun).
Pencapaian Anjanaa juga membanggakan menerusi JBWR, yang berpangkalan di Tamil Nadu, India yang mempamerkan bakat terpendam orang di seluruh dunia.
Anjana berjaya menyelesaikan tugas tersebut secara dalam talian dan memperoleh pengiktirafan KWR dan JBWR, masing-masing pada Januari dan Mac lalu.
“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk memperoleh pengiktirafan berganda ini. Ia pastinya menaikkan semangat saya untuk melakkukan yang lebih baik pada masa depan,” menurut Anjanaa dalam satu temubual menerusi e-mel bersama mStar.
Tip Kejayaan Anjana
Selain kerap mengembara bersama ibu bapanya ke pelbagai negara sebelum pandemik Covid-19, Anjanaa sendiri mempunyai minat yang mendalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bendera negera yang berbeza-beza sejak bertahun-tahun.
Ads
“Saya sangat menyukai warna dan simbol yang menarik bagi setiap bendera. Ia memberi inspirasi kepada saya untuk belajar dan mengetahui tentang bendera semua negara di dunia,” ujar Anjanaa yang bercita-cita untuk menjadi doktor haiwan.
Anjanaa berjaya menghafal 195 bendera negara dan ibu negara sejak berusia enam tahun bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sepanjang tempoh duduk di rumah, ibu bapanya mencipta aktiviti yang menyeronokkan untuknya dan salah satunya ialah menghafal bendera. Aktiviti tersebut memerlukan disiplin dan banyak latihan untuk mencatat rekod masa.
Ibunya, Shiyamala Amos, 45, membeli buku dan bendera mini dari platform beli-belah dalam talian untuk mengasah bakat Anjanaa dalam kemahiran menghafal.
Ads
Menurut Shiyamala, dia akan bersama anaknya bermain permainan menghafal bendera semasa PKP dan akan memintanya mengenal pasti bendera dari negara berbeza di seluruh dunia.
Suri rumah ini mengakui terkejut apabila Anjanaa berjaya mengekalkan maklumat berdasarkan setiap warna, logo dan keunikan bendera.
Menurutnya lagi rahsia kejayaan Anjanaa ialah mengurangkan masa menggunakan gajet kerana dia dan suami mahu memastikan Anjanaa mempunyai lebih banyak masa untuk permainan pendidikan dan aktiviti lain.
“Kami jarang membenarkan Anjanaa meluangkan banyak masa pada gajet atua media sosial. Sebalinya daripada peranti teknologi saya menggalakkan dia membaca dan melibatkan diri dalam board games (permainan papan) termasuk aktiviti seni dan kraf.
Ads
Sebagai ibu, dia dan suami berbangga kerana anak mereka berjaya mencipta rekod antarabangsa dan berharap kedua-dua anugerah itu adalah dorongan dan pencapaian dalam satu pakej.
Katanya lagi, ibu bapa mesti menyokong minat pendidikan anak masing-masing bagi membantu mereka membina keyakinan, kebolehan dan perkembangan peribadi.
Anjanaa kini sedang berusaha gigih untuk memperbaiki rekod masanya bagi memecahkan lebih banyak rekod dunia dan si pintar ini akan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Muzik dan Bakat Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik 2022 pada bulan depan.
Tidak mudah bagi seorang ibu untuk berpisah dengan anaknya yang masih kecil. Namun bagi melangkah ke alam dewasa dan mahu anak menjadi bijak dan kaya dengan ilmu, ibu merelakan terpisah jauh walau masih kecil.
Namun teruskanlah berdoa untuk anak kecil kita. Biar dia sentiasa kuat, terpelihara dalam perlindungan Allah SWT. Kerana hanya doa yang menguatkan hati seorang ibu.
Perkongsian Insyirah Soleha ini ‘deep’. Jangan putus doa untuk anak kita.
Seorang ibu yang hantar anak masih kecil menuntut ilmu jauh dari tempat kelahiran, tak ada ibu yang tak merindui anak apatah lagi jauh di mata nak dilihat, jauh pada jarak nak diziarah.
Runtun hati dengar perkongsian Ustazah Dr Hafizah Musa, bila beliau bertanyakan pada bonda tersebut macam mana mengurus emosi berjauhan dengan anak.
Ibu tu hanya sebut dia selalu rindukan anaknya. Dia cuma berdoa minta Allah menjaga anaknya. Ye lah, siapa tak sayangkan anak kan? Ada ibu ayah ni sampai harap anak tak besar-besar supaya sentiasa ada depan mata.
“Apa doa yang selalu dibaca?”
“Saya doa, macam doa biasa saja ustazah. رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Tapi, tak cukup dengan air liur sahaja, doa dengan air mata. Ulang baca sampai hati dah tenang, dan lapang. Bila dah puas dan penat, saya harap masih ada esok untuk mendoakan anak lagi.”
Subhanallah. Sampai begitu mendalam kasih seorang ibu pada anaknya. Sejauh apapun jarak seorang anak dari ibunya, tetap kasih sayang sentiasa mekar.
Tidak boleh tidak. Bila punya anak lebih dari seorang, terkadang kasihnya terlihat berbeza, layanan dirasakan tidak sama. Semoga Allah beri keluasan rahmat dan kelembutan Nya untuk kita sama-sama berkasih sayang.
Doa. Memang mudah untuk diungkap tetapi sukar untuk dilaksanakan.
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku keturunan yang soleh.
Nak pilih simpanan terbaik untuk masa depan anak, jangan lupa mendaftar di SSPN.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang kanak-kanak perempuan hampir diculik lelaki berjubah dan berkopiah di Kampung Krubong, Melaka pada petang Khamis (16 Jun).
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung insiden itu daripada bapa mangsa berusia 45 tahun.
Baru balik mengaji, lelaki tak dikenali tarik masuk kereta
Menurutnya, berdasarkan laporan tersebut, dua kanak-kanak perempuan serta seorang anak saudaranya sedang berjalan kaki pulang ke rumah sebelum secara tiba-tiba ditegur oleh individu lelaki yang memakai jubah putih dan berkopiah.
“Difahamkan kira-kira jam 6 petang, tiga kanak-kanak balik mengaji dan mereka telah ditegur oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna perak.
“Lelaki terbabit dikatakan menarik tangan anak kedua pengadu berusia enam tahun masuk ke dalam kenderaan sebelum kakak mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak merentap bajunya dan menyebabkan suspek terus beredar,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Jelas beliau, ketiga-tiga kanak-kanak itu kemudian terus pergi ke rumah ibu saudara berhampiran untuk menyelamatkan diri.
Ujarnya, bapa mangsa juga memaklumkan terdapat orang awam yang sempat mengecam nombor pendaftaraan kenderaan suspek.
“Bagaimanapun hasil semakan dua jenis nombor yang dilihat saksi mendapati ia adalah palsu dan tidak sama dengan jenis kenderaan digunakan suspek.
“Semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mendapati, dua jenis nombor pendaftaran kenderaan yang dicam saksi berdaftar atas kenderaan jenis Nissan Cefiro berwarna biru dan motosikal jenis Honda,” katanya.
Suspek naik kereta Persona warna perak
Mengulas lanjut beliau berkata, saksi juga mengesahkan Proton Persona berwarna perak yang dinaiki suspek bercat hitam di bahagian pintu pemandu.
“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berdekatan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kamun Keseksaan kerana cubaan culik,” katanya.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Anak kita ni amanah Allah dan mereka juga ujian untuk ibu ayah. Elok yang kita tunjukkan eloklah peribadinya. Ibarat kata pepatah anak-anak kita ni ibarat kain putih yang bersih lagi suci. Baik buruk akhlak anak ni kita sebagai ibu bapa yang tentukan.
Dalam keadaan hari ini, didikan ibu bapa untuk anak sangat mencabar. Lagi-lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang yang banyak mempengaruhi sikap dan emosi anak. Pantang terleka sikit, pasti ada kesilapan yang tak dijangka.
Lagi satu penting untuk ibu bapa tahu, anak-anak kita ni belajar melalui setiap apa yang mereka lihat. Kadang kita tak perasan pun bila berdepan dengan anak tetapi ia berlaku tanpa disengajakan.
Ini 5 kesalahan yang dikongsikan oleh Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan selalu ibu bapa buat sehingga anak hilang hormat, hilang percaya dan makin menjauh daripada ibu bapa:
1. Memaki hamun anak ketika menegur kesalahan mereka.
2. Tidak menunaikan janji kepada anak-anak.
3. Memarahi atau mempersendakan pasangan di hadapan anak-anak.
4. Menakut-nakutkan anak-anak dengan benda tahyul.
5. Menghukum tanpa menyatakan sebab.
Mari kita sama-sama sedar dan beringat bila mendidik anak. Tujuan utama kita ialah untuk anak berakhlak mulia, menjaga maruah dan nama keluarga kita kan?
Banyakkan berdoa, berkomunikasi dengan pasangan dan anak-anak. Insya-Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.