Keibubapaan

Kurangkan Bertanya Pada Anak Baru Belajar Bercakap Tapi Beri Jawapan, Latih Anak Berfikir!

Share

Mak ayah mana yang tidak rungsing bila mana anak masih tak bercakap walaupun dah berusia dua tahun. Anak yang lambat bercakap sebenarnya harus dilatih setiap hari supaya adanya interaksi bersama mak ayah.

Pun begitu kata Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Aisyah Kassim, merangsang anak bercakap haruslah dengan cara yang tepat. Jangan banyak bertanya anak sebaliknya beri jawapan supaya melatih anak berfikir dan seterusnya mampu mengeluarkan perkataan. Begitu katanya.

Ada caranya nak latih anak bercakap. Ini tip ringkasnya.

Umar, ni apa?” , sepi tiada jawapan..

“Umar tengok tu.. Apa tu?”, sepi lagi, masih tiada jawapan.

“Umar….” anak dah hilang dan lari tempat lain.

Selalu kan situasi macam ni jadi bila anda ingin berinteraksi dengan anak. Tapi kenapa anak masih tak jawab soalan anda? Kenapa anak masih diam malah terus lari? Jawapannya satu shaja : anak masih tidak faham dan tidak tahu.

Jadi, tugas anda beritahu mereka apa yang ingin diperkatakan.

  1. Ajar, cakap, perkenal, komen dan biarkan mereka pegang (sekiranya objek).

2. Beri kefahaman kepada anak dulu, lepas dah faham dan pengulangan yang kerap baru anak dapat hasilkan bahasa.

3. Kurangkan bertanya sebab anak memang tak kan dapat jawab soalan anda itu. Apa yang anda patut lakukan adalah terus memberi jawapan kepada anak.

4. Teruslah komen apa yang dilakukan oleh anak dan sentiasa berikan pujian sekiranya anak melakukan aktiviti dengan baik.

Published by
SRM