Kebanyakan pasangan yang berkahwin memperolehi zuriat tanpa sebarang kesukaran atau masalah serta tidak perlu menunggu masa yang lama. Namun begitu, satu daripada enam atau tujuh pasangan ini akan mengalami masalah dan secara perubatannnya ia dipanggil sebagai subfertiliti.
Definisi ini bermaksud kesukaran untuk hamil walaupun telah melakukan hubungan seks secara tetap tanpa pelindung selama dua tahun. Bagaimanapun rawatan biasanya akan diberikan selepas setahun berkahwin. Ini tidak terpakai untuk pasangan yang mempunyai masalah organ seksual yang tidak berfungsi kerana tidak mampu untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi atau ejakulasi.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/close-up-pregnant-woman-home_6950513.htm#query=pregnant%20drink%20coffee&position=4&from_view=search&track=ais
Pengambilan pemakanan juga mempengaruhi kesuburan seseorang individu. Terdapat pelbagai makanan yang boleh menurunkan kadar kesuburan seseorang. Pasangan yang sedang berusaha haruslah menjaga pemakanan mereka.
Ads
Menurut Dr Gafoor, minum kopi boleh membuatkan seseorang itu susah mengandung. Mari lihat video yang dikongsikan di akaun TikToknya.
Sebaik mengetahui keputusan positif pada pregnancy test, perasaan teruja, seronok dan sedikit gementar pasti akan dilalui oleh pasangan yang baru pertama kali bakal bergelar ibu bapa.
Tentunya ada yang masih tertanya-tanya apakah langkah yang sepatutnya dilakukan sebaik saja disahkan mengandung. Bila nak kena buat pemeriksaan kehamilan? Perlu atau tak hadir kelas antenatal?
Berikut dikongsikan beberapa perkara yang harus anda lakukan selepas mengetahui diri anda hamil.
Selalunya wanita akan menjalani ujian kehamilan di rumah dengan menggunakan alat ujian yang dibeli di farmasi. Ada yang membuat sekali atau dua tiga kali untuk mengesahkannya.
Bagi mendapat kepastian yang betul, boleh pergi ke klinik kerajaan atau klinik swasta. Setelah pemeriksaan kehamilan ini dilakukan, ujian saringan akan dibuat untuk menilai kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Prosedur seterusnya apabila disahkan oleh doktor, ibu boleh mendaftar untuk pemeriksaan berkala ini sebelum minggu ke-12 kehamilan.
Namun, tiada halangan jika anda ingin mendaftar seawal mungkin. Lebih awal, lebih baik kerana penjagaan yang lebih rapi dapat dipantau.
Selepas mendaftar dan menjalani pemeriksaan pengesahan, biasanya tarikh untuk temujanji selanjutnya akan diberikan. Dalam temujanji tersebut, anda akan melakukan ujian air kencing, ujian darah, pemeriksaan tekanan darah, dan pemeriksaan ultrasound untuk memerhatikan perkembangan bayi dalam kandungan. Selain itu, kadar gula dalam darah juga akan dinilai melalui ujian air gula.
Tarikh temujanji ini penting untuk dipatuhi agar perkembangan janin dapat dipantau dengan rapi. Jururawat juga akan merujuk bakal ibu kepada doktor gigi untuk pemeriksaan rutin.
Selepas penilaian dilakukan, ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan tambahan yang sesuai seperti vitamin. Biasanya doktor akan memberikan asid folik atau obimin agar perkembangan janin dalam kandungan berada di tahap optimum.
Pengambilan vitamin juga dapat membantu mencegah kekurangan darah atau masalah kesihatan lain sepanjang kehamilan.
Bagi ibu yang sedang mengambil ubat-ubatan kerana menghidapi penyakit tertentu, sebaiknya maklumkan pada doktor supaya boleh beri ubat alternatif yang selamat untuk kandungan. Ini kerana ada sesetengah ubat boleh memudaratkan kandungan.
Pemakanan dan gaya hidup sihat sangat penting buat ibu hamil. Sekarang apa sahaja yang dimakan mesti kena fikirkan bayi dalam kandungan. Elakkan mengambil makanan atau minuman yang tiada khasiat. Sebaiknya lebih pemakanan yang mengandungi banyak zat dan vitamin.
Ibu juga perlu berfikiran positif, jangan terlalu stres dan buat senaman ringan untuk kesihatan maksimum.
Bagi ibu yang pertama kali hamil, anda digalakkan menghadiri kelas antenatal untuk mempelajari dan membuat persediaan berkenaan mengandung, proses bersalin, penjagaan bayi dan mengenai penyusuan susu ibu.
Melalui kelas antenatal ini, anda dan pasangan berpeluang menimba seberapa banyak ilmu dari sudut spiritual, mental, psikologi serta penjagaan kesihatan bagi menyambut kelahiran bayi seterusnya melangkaui fasa perubahan setelah bergelar ibubapa.
Biasanya untuk kelas sebegini, pakar yang terlibat adalah pakar dalam bidang pemakanan, sakit puan dan perbidanan, pakar laktasi, pediatrik, fisioterapi dan jururawat bertauliah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita selalu ingat trauma hanya dirasai oleh orang dewasa. Hakikatnya, bayi yang masih dalam kandungan juga boleh ‘merekod’ tekanan yang dialami oleh ibunya.
Lebih menyayat hati, ramai ibu hamil yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga terpaksa melalui penderitaan fizikal dan emosi yang bukan sahaja memudaratkan diri mereka tetapi turut mengancam keselamatan si kecil yang belum lahir. Situasi trauma ibu hamil seperti ini semakin membimbangkan dan sering berlaku tanpa disedari.
Ramai ibu di luar sana mungkin tidak sedar bahawa setiap tekanan, ketakutan, dan kesakitan yang mereka alami ketika hamil sebenarnya memberi impak besar kepada perkembangan bayi. Bila tubuh ibu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, hormon stres seperti kortisol meningkat secara mendadak dan inilah yang akhirnya memberi kesan langsung kepada tumbesaran bayi dalam kandungan.
Menurut Pengamal Perubatan Am, Psikiatri dan Kesihatan Mental, Dr. Fakrul Azren Azhar, mangsa keganasan rumah tangga lazimnya berdepan trauma yang sangat mendalam seperti:
Dalam keadaan sebegini, ibu hamil bukan sekadar hidup dalam ketakutan tetapi turut kehilangan rasa selamat dan harga diri. Jika trauma ini berlarutan, ia boleh berkembang menjadi Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) dan gangguan kemurungan major. Inilah realiti pedih yang dialami apabila trauma ibu hamil tidak dirawat segera.
Lebih merisaukan, hormon stres yang tinggi secara kronik boleh mengganggu perkembangan bayi, antaranya:
Ini menunjukkan betapa kuatnya hubungan emosi antara ibu dan bayi. Bila ibu terancam, bayi juga menerima ‘isyarat’ tekanan yang sama melalui aliran hormon dalam badan.
Kehamilan sepatutnya menjadi waktu yang penuh kasih sayang, ketenangan dan impian. Tetapi trauma boleh menjadikan ibu:
Bonding bukan berlaku selepas bayi lahir sahaja – ia bermula sejak dalam rahim. Sebab itu sokongan emosi sangat penting untuk memastikan ibu merasa selamat dan dihargai.
Mengulas beberapa kes termasuk tragedi menimpa Jahidah Nordin, Dr. Fakrul menjelaskan bahawa tidak semua pelaku keganasan rumah tangga mengalami gangguan mental klinikal.
Sebaliknya, ramai mempunyai ciri-ciri berikut:
Dalam sesetengah kes, pelaku mungkin mempunyai Gangguan Personaliti Antisosial atau Narsistik, yang menjadikan mereka tidak melihat pasangan sebagai manusia yang perlu dihormati tetapi sebagai “milik” yang boleh dikawal. Sejarah trauma pelaku juga boleh mempengaruhi corak tingkah laku ini, namun ia tidak pernah menjadi alasan untuk menjustifikasi penderaan.
Kehamilan adalah fasa yang memerlukan perlindungan, bukan penderaan. Trauma yang berlaku pada ibu bukan berhenti pada tubuhnya sahaja malah ia menembusi hingga ke rahim, memberi kesan kepada bayi yang tidak berdaya. Kes-kes trauma ibu hamil bukan sahaja merosakkan emosi ibu, tetapi turut mencorakkan perkembangan bayi selepas lahir.
Sebagai masyarakat, kita tidak boleh diam. Sebagai pasangan, suami perlu menjadi tempat perlindungan bukan punca ketakutan. Sebagai keluarga, kita perlu membuka mata dan bertanya khabar. Sebagai rakan, kita perlu peka sebelum terlambat.
Kerana dalam setiap tubuh wanita yang sedang mengandung… ada satu nyawa kecil yang juga “merasakan” dunia melalui ibunya. Dan bayi itu berhak datang ke dunia dengan penuh rasa selamat, bukan trauma. Setiap langkah kecil untuk menyokong ibu hamil mampu mengubah masa depan seorang anak.
Tahniah diucapkan buat pasangan doktor selebriti, Dr Say Shazril dan isteri, Dr Azura Abas yang bakal dikurniakan cahaya mata ketiga tidak berapa lama lagi.
Menerusi Instagramya, Dr Say turut berkongsi perkhabaran gembira itu yang dinantikan mereka bersama malah meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak sangka itu.
Baru memasuki usia tiga bulan, bapa kepada dua cahaya mata lelaki ini berharap kehamilan isterinya dipermudahkan.
“Lama saya simpan berita ni atas sebab empunya badan tak beri green light.
“Tapi memandangkan kandungan bini dah cecah 12 minggu & kami dah buat our 1st scan, saya tanya balik kepada empunya badan “boleh dah ke i nak bagitau dunia?” & instead of beliau kata “jangan la dulu ubby, tak confirm lagi”, kali ni beliau kata “sekarang ke?” which dalam erti kata lain BOLEHHH ahaha.
“Jadi yes peeps, we are expecting our 3rd baby,” kata berkongsi kisah itu.
Berkongsi kisah bakal menambah ahli keluarga baru itu, akui Dr Say dia mula memikirkan pelbagai persiapan terutama soal penjagaan sebaik punya anak tiga.
Malah Dr Say juga turut peminatnya untuk sama-sama mendoakan kehamilan isterinya kali ini agar dipermudahkan sehingga melahirkan bayi kelak.
“Cuma kisahnya lepas our 1st scan 5 hari lepas, terduduk saya dibuatnya bila balik daripada scan tu. Sebab walaupun selama ni saya mengidamkan 3 orang anak sebab saya ada 3 adik beradik tapi bila saya fikir balik “acano aku nak jaga 3 orang anak tu nanti?” buat saya risau.
“Kalau dua at least saya handle satu, bini handle satu. Later ada sorang lagi, siapa nak jaga?
“Saya tau rata-rata parents ber-anak 3 dan ke atas akan jawab “it will come naturally” atau “anak pertama akan tolong” atau “you will be ready when the time comes”, the thought of it buat saya sedikit gugup.
“Tapi takpelah ada 6 bulan lagi untuk saya bersiapa siaga di samping enjoy the time i have with my 2 boys.
“Dalam kesempatan ni, saya ingin meminta jasa baik kalian kalau boleh, doa-doakanlah kesejahteraan kandungan bini ini.
“Jantina? Taktau lagi tapi InsyaAllah jika tiada aral melintang, expected date of delivery 25 January tahun depan InsyaAllah saya reveal kan ye?,” katanya lagi.