Singo pear sememangnya cukup dikenali sebagai buah yang baik dalam menyembuhkan beberapa masalah anak terutama bagi bayi yang sedang batuk atau berkahak. Pada usia bayi, sebarang pengambilan ubat terutama ubat batuk dan selesema tidak digalakkan dan sebagai usaha, menu berasaskan singo pear ini mama boleh cuba.
Singo Pear memiliki kandungan Vitamin C dan Vitamin K serta copper yang penting untuk meningkatkan pertahanan tubuh. Buah ini juga mampu membantu melegakan batuk berkahak kerana ia mengandungi air yang banyak.
Tiga resipi yang disediakan oleh ibu ini, Puan Khairun Naziha Razak boleh dicuba ketika anak mengalami selesema dan batuk berkahak.
“Menu hari ni berasaskan singo pear sebab anak tengah selsema dan berkahak,” katanya berkongsi.
Menu breakfast, Tofu singo pear + dragon fruit
Tofu Singo Pear
Bahan-bahan:
Tofu organik
Puree singo pear
Dragon fruit (topping)
Apa-apa buah pun boleh untuk nampak menarik
Steam tofu selama 15 minit. Kemudian masukkan puree singo pear dan topping di atas. Siap di hidang.
* Singo pear tak perlu steam ye sebab kita dah blend hancur jadi puree.
Bubur Barli Untuk Snack Petang
Barli Singo Pear
Bahan-bahan:
Barli
Singo pear
Kurma
Basuh dan rendam barli selama 1 jam. Kemudian masak sehingga kembang. Bila barli dah kembang boleh terus masukkan singo pear dan kurma. Blend ikut tekstur anak makan ye.
Makan Tengahari dan Makan Malam Dengan Sup Daging Singo Pear
Sup Daging Singo Pear
Bahan-bahan:
Tulang daging
Daging(blend)
Singo pear (potong dadu)
Bunga lawang
Bawang holland (hiris )
Bawang putih (hiris )
Halia (hiris )
Sayur-sayuran (apa-apa sayur pun boleh)
Saya letak carrot , pak choy
Tumis bawang-bawang, halia dan bunga lawang sampai kekuningan atau naik bau.. Masukkan tulang daging dan tambah air sikit dan reneh kan sekejap.
Masukkan batang saderi, carrot, singo pear dan tambah air secukupnya. Masak sehingga sayur-sayuran tu lembut.
Akhir sekali masukkan sayur pakchoy. Siap bole makan dengan bubur atau bihun dan pasta.
* Singo pear jangan letak terlalu banyak sebab buah tu tersangat manis.
Selamat mencuba!