Kurangkan Ubat Tapi Pilih Barang Dapur Ni Redakan Demam Batuk Anak, Tinggi Khasiatnya!

Share

Tak perlu bergantung pada ubat-ubatan semata-mata, bahan masakan dan rempah ratus yang sentiasa berada di dalam rumah kita sebenarnya cukup tinggi khasiat untuk meredakan pelbagai masalah anak kita.

Kita tak perasan, bahan masakan seperti lengkuas, kunyit dan banyak lagi begitu besar khasiatnya bagi kita. Jadi setiap kali anak demam, tambahkan lebih bahan-bahan ini. Perkongsian Dr Mazliana Mazlan ini mama wajib baca.


Saya akan letak bahan-bahan ni dalam masakan, kalau anak tak sihat. Demam. Batuk. Selesema. Cirit-birit. Apa-apa je sakit akut jangka masa pendek, saya akan banyakkan bahan dalam gambar untuk makanan anak.

Reneh lama, biar anak hirup sup atau singgang yang ada bahan macam ni. Kita nampak macam penyedap masakan je. Tapi sebenarnya, sangat tinggi dengan khasiat semulajadi yang boleh bantu penyembuhan anak-anak, dengan izinNya.

1. LengkuasAda kandungan antioksida galangil dan alpine, buatkan lengkuas jadi immune booster untuk anak.

2. Kunyit
Ada curcumin, anti inflamasi yang bantu kurangkan radang dalam badan anak.

3. Halia
Ada gingerol, sebagai anti inflamasi dan antioksida yang sangat bagus untuk penyembuhan anak.

4. Serai
Serai boleh bantu kurangkan pembiakan beberapa jenis bakteria dan kulat. Juga boleh kurangkan rasa sakit, bengkak dan demam. Power kan.

5. Bawang merah, bawang besar, bawang holland
Ada flavanols, quercetin dan kaempferol, sebagai antibakteria dan antimicrob yang akan bantu melawan jangkitan kuman.

6. Bawang putih
Ada allicin, bantu bantutkan perkembangan bakteria dan virus yang membiak dalam badan.

Hebat kan semua bahan semulajadi yang Allah cipta ni. Cuma kita je suka terlepas pandang. Padahal semua barang makanan ni, ada je sentiasa kat dapur kita.

Kalau banyak makanan sihat kat dapur, sebenarnya dah jadi rupa farmasi dapur kita kan. Anak-anak pun insyaAllah akan kurang nak dapat sakit. Atau bila sakit pun, insyaAllah Allah izin cepat sembuh jika kita jaga kualiti makanan anak. Kita cuba sama-sama k.

Sedikit demi sedikit kita ubah untuk farmasikan dapur kita. Tak dapat buat semua, kita buat satu dua je dulu. Pelan-pelan kayuh.

Tak ada siapa yang cepat, tak ada siapa yang lambat. Yang penting dapur kita sekarang, lebih baik dari tahun lepas, insyaAllah.

Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM