Setiap kali bulan Ramadan, buah kurma ibarat pelengkap untuk berbuka atau bersahur. Khasiatnya cukup tinggi memberi nutrisi yang baik untuk tubuh, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.
Bukan setakat memberi nutrisi, ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang bagus untuk kesihatan. Bagaimanapun, tahukah anda, buah kurma sepatutnya dibasuh sebelum dihidangkan pada ahli keluarga. Rasanya ramai yang tak ambil cakna mengenai hal ini kan?
Menerusi perkongsian Puan Niena Samsir, dia berkongsi mengapa buah kurma ini perlu dibasuh terlebih dahulu dan cara untuk membersihkannya.
Perlu ke basuh kurma sebelum makan? Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak ada kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolonglah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
Jadi, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Cara bersihkan kurma:
Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih.
Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Niena Samsir
BACA [Elak Anak Makan Jenis Makanan Ni Waktu Tak Sihat. Paling Kena Elak Gula!]
BACA JUGA [Pakar Kongsi Anak Asyik Nak Dukung, Tinggal Kejap Menangis, Cuba Tip Ini!]
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)