Kurma adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sudah tentu ia mempunyai banyak kebaikan kepada semua lapisan manusia yang gemar memakannya. Tidak terkecuali kepada ibu hamil yang sangat disarankan memakan kurma. Ia turut diakui oleh perubatan
1. Penuh zat besi
Sangat sesuai dimakan terutama bagi anda yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam badan.
2. Kaya khasiat
Ads
Kurma mengandungi protein (1.8% – 2%) serat (2% – 4%), glukosa (50% – 57%), vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.
3. Mudah kenyang
Kandungan gula dalam kurma mudah diserap badan dan dapat memberikan tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan pemakanan secara berlebihan.
Ads
4. Tinggi potassium
Ads
Kandungan potassium sememangnya penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah kanser payu dara dan rahim.
5. Memudahkan proses bersalin
Kurma boleh membantu anda memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang membantu proses berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Almy Nadia selamat bersalin, “Alhamdulillah, wife saya selamat melahirkan anak kelima”- Fizz Fairuz. Pasangan Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia selamat menimang anak kelima.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan juga warga maya:
Sebelum ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Bagaimanapun Fizz Fairuz tidak berkongsi jantina anak kelimanya itu. Namun menerusi komen rakan artisnya, Achey, dikatakan bayi yang dilahirkan itu ialah bayi lelaki.
Ibu bapa mana yang dapat melihat anak menderita kesakitan. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan cahaya mata semakin baik, sihat dan pulih.
Muhammad Rezfan, 11 bulan mengalami 4 penyakit jantung dan tidak boleh membuang air besar secara normal. Anak kecil ini juga adalah anak istimewa sindrom Down.
SUDAH MELALUI 2 PEMBEDAHAN
Menurut bapanya, Mohd Fazli Muhamad Radzuan anak keempatnya itu telah pun melalui dua pembedahan iaitu pembedahan membuat lubang dubur pada Januari dan pembedahan katarak pada Februari.
Mata Refzan yang dulu diselaputi katarak kini boleh melihat. Bayi ini menggunakan cermin mata untuk pandangan dekat kerana kanta yang dipasang hanya untuk pandangan jauh.
“Semakin dia membesar semakin berfungsi untuk pandangan jauh. Untuk pandangan dekat Refzan perlu memakai cermin mata dengan power 700 bagi sebelah mata,” kata Fazli.
Walau pun pembedahan membuat lubang dubur telah dilaksanakan, Rezfan masih tidak dapat membuang air besar secara normal kerana perlu melalui proses menjolok lilin pelbagai saiz melalui lubang dubur.
PERLU TUNGGU BERAT CECAH 10KG
Keadaan Rezfan yang kerap demam menyukarkan rawatan berikutan tumbesarannya perlu mencapai 10 kilogram sebelum boleh melakukan pembedahan untuk jantung pula. Berat terkini Rezfan ialah 7.8kg.
BANYAK MENANGIS RISIKO JANGKITAN KUMAN
Selepas membuat pembedahan katarak, doktor mata meminta untuk menghentikan dahulu proses ‘menjolok lilin’ kerana tidak mahu Rezfan menanggung risiko jangkitan kuman jika dia terlalu banyak menangis.
Hasil keprihatinan, bapa ini bersyukur atas bantuan yang diberikan walau pun kini sudah kehabisan kerana digunakan sebagai amanah untuk rawatan Rezfan & perjalanan ulang alik ke Kedah, Pulau Pinang & Kuala Lumpur.
SEMINGGU TIDUR DALAM KERETA
Lebih menyedihkan lagi Mohd Fazli bersama 2 lagi anaknya yang lain pernah tidur dalam kereta selama seminggu semasa Rezfan mendapatkan rawatan katarak di Kuala Lumpur.
Bagi meneruskan hidup, Fazli mencari rezeki dengan menjual ais kacang dan makanan ringan di depan rumah manakala isterinya bertugas sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang memperoleh pendapatan RM850 sebulan.
HARAP BOLEH BERI DORONGAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Bapa ini berharap perkongsian ini dapat memberikan dorongan kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak seperti Refzan terus kuat walau pun apa juga dugaan dan halangan yang dilalui. Pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga ini bolehlah menyalurkan kepada akaun isterinya (Bank Simpanan Nasional) Zuraidah Azlinda Mehad 0213829-0000-35611.
Suatu ketika dahulu pernah viral tentang pesanan Uncle Chan yang menasihatkan agar para pengguna peti sejuk untuk tidak lupa meletakkan duit syiling ke dalam ruang sejuk beku.
Hal ini penting dilakukan, lebih-lebih lagi jika anda mahu pulang ke kampung untuk jangka masa yang panjang.
Walaupun kedengaran remeh namun jika anda menyimpan banyak stok perahan susu ibu di dalamnya, maka langkah ini penting untuk anda lakukan sebelum berangkat pulang ke kampung halaman.
Ramai orang yang belum sedar tentang kepentingan meletakkan duit syiling ke dalam ruang sejuk beku peti ais di rumah.
Menurut Uncle Chan, langkah ini dilakukan sebagai langkah keselamatan jika berlaku gangguan bekalan elektrik semasa ketiadaan anda di rumah.
Semasa gangguan elektrik terjadi dan stok perahan susu ibu cair dalam tempoh melebihi 24 jam, sudah pasti ia dianggap sebagai rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Jadi, lakukan langkah berikut sebelum anda pulang ke kampung ya. Langkahnya mudah sahaja. Apa yang anda perlukan ialah duit syiling, gelas plastik lutsinar dan air mencukupi.
Pertama sekali, penuhkan 3/4 ruang gelas dengan air. Letakkan ke dalam ruang sejuk beku dan biarkan ia menjadi ais. Setelah itu, letakkan duit syiling di atas permukaan ais itu.
Selepas pulang dari beraya di kampung, periksa kedudukan syiling. Jika ia masih di permukaan ais, maka tiada gangguan elektrik berlaku.
Namun, jika syiling berasa di dasar gelas, itu bermakna ais pernah cair sepenuhnya. Ia juaga petunjuk bahawa pernah berlaku gangguan elektrik dalam jangka masa yang lama.
Jika hal itu berlaku, sebagai langkah keselamatan kesihatan si kecil yang bakal menyusu menggunakan stok perahan susu ibu itu, maka terpaksalah anda akur membuangnya. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan kerana stok perahan susu ibu itu telahpun rosak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.