Kurma Mudahkan Proses Bersalin. Ibu Mengandung Mesti Amalkan!

Share

Kurma adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sudah tentu ia mempunyai banyak kebaikan kepada semua lapisan manusia yang gemar memakannya. Tidak terkecuali kepada ibu hamil yang sangat disarankan memakan kurma. Ia turut diakui oleh perubatan

1. Penuh zat besi

Sangat sesuai dimakan terutama  bagi anda yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam badan.

2. Kaya khasiat

Kurma mengandungi protein (1.8% – 2%) serat (2% – 4%), glukosa (50% – 57%), vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.

3. Mudah kenyang

Kandungan gula dalam kurma mudah diserap badan dan dapat memberikan tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan pemakanan secara berlebihan.

4. Tinggi potassium

Kandungan potassium sememangnya penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah kanser payu dara dan rahim.

5. Memudahkan proses bersalin

Kurma boleh membantu anda memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang membantu proses berkenaan.

Published by
Wan Amy