Kesihatan

Kutu Rambut, Bila Si Anak Dijangkiti, Ini Tip Mudah Yang Ibu Bapa Boleh Buat

Share

Masalah kutu rambut amat biasa terjadi pada kanak-kanak. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Bila si anak dijangkiti kutu rambut, ini tip mudah yang ibu bapa boleh buat.

Kutu rambut adalah serangga kecil yang memakan darah dari kulit kepala manusia. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.

Kutu Rambut, Bila Si Anak Dijangkiti

Kutu rambut tidaklah berbahaya kerana ianya tidak menyebarkan penyakit. Bagaimanapun ia mudah berjangkit daripada individu kepada individu yang lain.

Artikel lain: Trauma Kepala Anak Naik Kutu, Buat Ibu Tak Tidur Malam. Siaplah Sikat Di Tangan!

Bagaimana mengenal jangkitan kutu rambut: 

Kutu rambut tidak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain.

Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah.

Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik, seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko jangkitan kutu kepala ini.

Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam kesemua jenis rambut, kepanjangan dan keadaan rambut tersebut.

Kutu kepala boleh menyamar dengan baik dalam rambut dan adalah sukar untuk mengesannya. Sering disangkakan yang gatal-gatal adalah tanda pertama kutu kepala, tetapi, kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan tanpa menyebabkan gatal-gatal.

Kredit foto: Freepik

Ini Tip Mudah Yang Ibu Bapa Boleh Buat

Tanda-tanda lain yang nyata termasuklah:

1. Telur putih berkilat yang melekat pada rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher.

2. Kelongsong kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut.

3. Kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut.

4. Kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.

Bagaimana kanak-kanak boleh mendapat kutu rambut? Seorang kanak-kanak boleh mendapat kutu rambut melalui beberapa cara.

*Berhubungan dengan individu atau kanak-kanak lain yang sudah dijangkiti kutu (hubungan secara peribadi adalah perkara biasa semasa bermain, di sekolah, aktiviti sukan, di kem atau parti.)

*Memakai pakaian yang dipenuhi kutu, seperti topi, tudung, jaket, seragam sukan, atau pita rambut.

*Menggunakan sikat, berus, atau tuala yang dijangkiti kutu.

*Berbaring di atas katil, sofa, bantal, permaidani, atau permainan boneka yang telah bersentuhan dengan individu yang yang mempunyai kutu (walaupun terdapat bukti bahawa risiko sangat rendah jika lebih daripada 48 jam telah berlalu sejak pendedahan)

Kredit foto: Freepik

Rawatan Untuk kutu rambut:

Untuk merawat kutu rambut, gunakan ubat-ubatan yang dipanggil pediculicides, yang membunuh kutu rambut.

Sesetengah rawatan tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil, oleh itu adalah lebih baik untuk membuat pemeriksaan dengan doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakannya.

Boleh juga dapatkan rawatan kutu rambut di farmasi secara topikal di kepala. Adalah penting untuk mematuhi arahan perubatan seperti:

*Membasuh rambut dan keringkan dengan tuala untuk mengeluarkan air yang berlebihan.

*Menggunakan syampu tanpa perapi, kerana perapi boleh bertindak sebagai penghalang antara rambut dan rawatan.

*Mengikuti arahan mengenai berapa lama untuk membiarkan rawatan pada rambut.

*Membilas rambut di sinki dan bukannya melalui mandian atau pancuran untuk menghentikan rawatan yang boleh menyebabkan kerengsaan pada seluruh kulit.

*Gunakan air suam dan bukannya air panas.

*Rawatan ini boleh menyebabkan lecuran ringan atau perasaan yang merengsakan.

Selepas itu gunakan sikat untuk membuang kutu mati atau hidup yang masih terdapat di rambut serta telur-telur kutu tersebut.

Kedua-dua rawatan ini hanya membunuh kutu rambut yang hidup, bukan telur yang tidak menetas, oleh itu individu mungkin perlu menggunakan dos rawatan kedua, 9 hingga 10 hari selepas rawatan pertama

Jika penyelesaian OTC tidak berkesan, individu perlulah berjumpa dengan doktor. Mereka mungkin perlu menggunakan ubat preskripsi yang mengandungi:

*Benzil alkohol
*Malathion
*Spinosad
*Ivermectin

Individu perlu mengikut arahan doktor mereka apabila menggunakan rawatan kutu rambut, kerana penyalahgunaan atau penggunaan terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan.

Pencegahan kutu rambut

Sukar untuk menghalang penyebaran kutu rambut dalam kalangan kanak-kanak di kemudahan penjagaan kanak-kanak dan sekolah kerana terdapat hubungan yang sangat dekat antara kanak-kanak tersebut.

Boleh galakkan kanak-kanak menggantung pakaian mereka di cangkuk yang berasingan dengan pakaian kanak-kanak yang lain selain tidak berkongsi sikat rambut, berus, topi dan skarf tudung.

Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad dan hellodoctor

Kredit foto (top image): Freepik

Baca lagi: Simpati Kepala Anak Murid Penuh Kutu, Cikgu Tolong Potong & Bersihkan Rambut

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Published by
Has