Pelakon Syatilla Melvin yang kini hamil enam bulan meluahkan rasa berdebar untuk melalui proses bersalin anak keduanya.
Isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini berkongsi perasaannya menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya.
Syatilla berkata, sebagai ibu yang sedang menanti detik bersalin perasaan berdebar itu tetap ada dalam diri. Kali ini sebolehnya nak cuba bersalin normal.
Selain menanti detik bersalin, Syatilla juga berdebar untuk mengetahui jantina anak keduanya.
Walaupun dah ada Syeriv atau lebih manja dipanggil Mat Yip, perasaan teruja nak tahu jantina adik Mat Yip sama ada lelaki atau perempuan pun sama macam anak pertama dulu.
Ads
“Anak, dah nak jadi abang anak bubu. Haih berdebaq rasa nak tahu adik Mat Yip boy ke girl. Tolonglah muka macam abang Yip.
“InshaAllah, Amin. Tiga bulan lagi tinggal sebelum ibu bersalin. Allah ketaq rasa.
Setiap pasangan yang berumah tangga pasti memasang niat untuk mempunyai zuriat sendiri. Boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. Semuanya bergantung kepada rezeki. Jangan pernah kenal erti putus asa dan berhenti berusaha. Hasilnya pasti ada, sebagai manusia biasa banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah SWT.
Bagi pasangan yang sedang berikhtiar untuk hamil, bolehlah anda cuba tip ini seperti yang dikongsikan oleh Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur ini. Caranya tidak sukar, hanya memerlukan kesungguhan serta keyakinan untuk melakukannya.
Usai solat subuh, sama ada suami atau isteri dan lebih baik jika kedua-duanya sekali untuk membaca Bismillah 1 kali (dengan penuh penghayatan). Kemudian, berselawatlah kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali.
Kemudian anda sujud dan lafazkan kalimah syahadah sebanyak 101 kali dalam sujud itu. Mohonlah kepada Allah SWT apa yang anda inginkan. (Umpamanya: Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu ini zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan di akhirat). Selesai berdoa, tutup dengan membaca selawat sebanyak 3 kali.
Amalkan cara ini selama 15 hari dan teruskan jika belum berhasil. Jangan menyerah atau berputus asa, kerana Allah tidak suka sikap begitu.
Sebelum ‘bersama’, suami bacalah zikir “Ya Mutakkabir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali. Si isteri pula hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan Adanya) sebanyak 333 kali setiap hari. Isteri juga hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram”11 kali kemudian ditiupkan dalam air dan diminum.
Suami isteri boleh mengamalkan membaca surah Yusuf atau surah Maryam setiap hari. Amalkan dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Letakkan pengharapan yang paling tinggi semoga apa yang anda hajatkan mendapat perhatian dari Allah SWT. In sya Allah.
Semoga pasangan yang masih mencuba untuk hamil dapat mendapat sedikit pengisian dari perkongsian ini dan dapat mencubanya. Tidak salah berusaha, apatah lagi dengan mengutamakan serta mengingati Allah SWT dalam usaha mendapatkan anak. Jangan lupa, anda juga boleh mengamalkan makanan sunnah sebagai alternatif untuk cuba mengandung. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah ramai berteka-teki sebelum ini, pasangan selebriti Uyaina Arshad, 29, dan Raja Syahiran, 28, berkongsi pada semua yang mereka bakal bergelar ibu dan bapa tak lama lagi.
Menerusi perkongsian di XTRA, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, kandungannya sudah memasuki trimester kedua.
“Alhamdulillah, kandungan sudah memasuki trimester kedua. Semuanya dipermudahkan. Saya mengalami alahan seperti muntah-muntah pada trimester pertama dan syukur, saya sudah tidak mengalaminya sekarang.
“Kami sendiri tak sangka yang tak lama lagi kami bakal bergelar ibu dan bapa. Kami memohon doa orang ramai agar urusan kehamilan dan bersalin nanti dipermudahkan, insya-Allah,” katanya.
Suami yang mengidam
Dalam pada itu, Uyaina turut memberitahu suaminya ‘mengidam’ beberapa jenis makanan.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya dipermudahkan. Saya juga tak ada rasa mengidam untuk menjamah mana-mana makanan.
“Tapi, Syahiran pula yang mengidam beberapa jenis menu. Dia teringin nak makan nasi kandar dan air ‘coconut shake’. Dia juga teringin nak makan roti canai Pak Ajis di Kedah,” katanya.
Tambah Uyaina lagi, dia dan suami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan dan keselamatan Uyaina serta bayi sepanjang tempoh mengandung hingga melahirkan nanti. Semoga segala urusan dipermudahkan. Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.
“Jujurnya, kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. Tak sabar untuk jumpa our Little One.
“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat kami. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa,” ujarnya lagi.
Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Syahiran atau nama sebenarnya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, pada 21 Disember tahun lalu.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan personaliti media sosial, Duriankimchi yang seringkali menghiburkan kita dengan pelbagai telatah mereka kali ini berkongsi khabar gembira bila mana Maryam kini disahkan hamil.
Dalam satu perkongsian menerusi Instagram, Maryam mendedahkan, dia dan suaminya, Ryzal bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
Menariknya kata Maryam, setelah dua tahun menanti, perkhabaran itu sudah semestinya menggembirakannya dan suami. Dia yang kini hamil 3 bulan amat gembira malah bersyukur dengan anugerah terindah itu.
“Maryam Hamil 3 Bulan!
“Syukur Alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah,” tulisnya ringkas menerusi Instagramnya.
Malah kedua-duanya amat bersyukur dengan pemberian rezeki yang sememangnya dinantikan sejak lama dulu.
“Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.
“Duriankimchi Junior bakal menyusul,” kongsinya.
Malah kegembiraan ini sudah semestinya bakal dikongsikan dengan seluruh pengikut Maryam di Instagram, hari demi hari.
“Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti,” kongsi mereka lagi.
Video yang dimuat naik Maryam ketika membuat kejutan menyampaikan berita itu kepada Ryzal di dalam kereta ternyata amat mencuit hati semua. Mana tidaknya, gelagat Ryzal yang tidak mempercayai kata-kata Maryam membuatkan wargamaya terhibur.
Bimbang di prank isterinya sekali lagi, Ryzal terus-terusan tidak mempercayai kata-kata Maryam.
“Semalam sayang buat pregnancy test. Saya cuba periksa di rumah. Tapi sayang mula-mula was-was sikit sebab garis tersebut pula ada dua. Garis yang lagi satu terlalu pudar. Saya hantar video dekat kawan-kawan saya dan mereka cakap, mereka pasti saya mengandung.
“Ini bukan prank abang. Semua orang kalau buat video macam ni akan menangis. Kenapa abang tak menangis. Kenapa abang tak percaya,” kata Maryam pada suaminya ketika video kejutan itu.
Bukan hanya seluruh pengikutnya, bahkan Maryam turut menerima ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti.
Semoga perjalanan kehamilan Maryam bersama bayinya dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @duriankimchi & maryamnurrr
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.