Kehamilan

Lagi 3 Bulan Mat Yip Official Jadi Abang. Syatilla Berdebar, Minta Kongsi Tip Bersalin Normal

Share

Pelakon Syatilla Melvin yang kini hamil enam bulan meluahkan rasa berdebar untuk melalui proses bersalin anak keduanya.

Isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini berkongsi perasaannya menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya.

Syatilla berkata, sebagai ibu yang sedang menanti detik bersalin perasaan berdebar itu tetap ada dalam diri. Kali ini sebolehnya nak cuba bersalin normal.

Selain menanti detik bersalin, Syatilla juga berdebar untuk mengetahui jantina anak keduanya.

Walaupun dah ada Syeriv atau lebih manja dipanggil Mat Yip, perasaan teruja nak tahu jantina adik Mat Yip sama ada lelaki atau perempuan pun sama macam anak pertama dulu.

Anak, dah nak jadi abang anak bubu. Haih berdebaq rasa nak tahu adik Mat Yip boy ke girl. Tolonglah muka macam abang Yip.

“InshaAllah, Amin. Tiga bulan lagi tinggal sebelum ibu bersalin. Allah ketaq rasa.

Dalam pada itu, Syatilla juga minta pandangan dari pengikutnya untuk berkongsi tip bersalin normal dan penjagaannya.

“Boleh kongsi pengalaman hampa bersalin normal tak? Rasa macam nak cuba bersalin normal kali ini.

 “Waktu czer dulu… Alhamdulillah tak lah susah mana pun nak jaga dan maintain. Cuma nak tahu fasal proses bersalin normal,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mula berkongsi dan memberikan tip mengenai perkara itu.

Tarik nafas, baca zikir

Banyak berjalan

Buat urutan perineum

Published by
Wan Amy