Tinggal hanya enam minggu sahaja lagi, isteri kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Halina bakal melahirkan bayi kembar keduanya.
Menerusi satu entri terbaharu di instagram miliknya, Dr Halina berharap segala urusan bersalin anak kembarnya tidak lama lagi dipermudahkan Allah SWT.
Malah menerusi entri yang sama juga, wanita yang sentiasa mengukir senyuman manis ini juga turut memberitahu perkembangan bayi kembarnya. Beliau turut berkongsi berat anak dalam kandungannya yang kini sudah pun mencecah 3.0 kilogram.
“Sekarang sudah masuk minggu ke 31, kembar masing-masing berat mencecah 1.5kg. Secara total 3.0 kg untuk kedua-duanya.
“Perkembangan itu bagus untuk mereka tetap tidak berapa baik untuk bahagian belakang dan pinggul saya.
“Masalah terbaharu saya kini adalah saya kini mengalami trigger finger. Hahaha, anak-anak lelaki saya menggelarkannya sebagai jari spiderman,” katanya berkongsi.
‘Trigger finger’ adalah satu keadaan di mana jari tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (´snap´) semasa diluruskan. Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan sakit yang amat sangat.
Lagi 6 Minggu Bakal Jumpa Bayi Kembar
Dalam pada itu, Dr Halina khabarnya sudah pun berehat dari kerja bagi meringankan masalah yang dihadapinya. Malah beliau amat berterima kasih kepada suaminya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang sentiasa menjadi tulang belakang membantunya dalam segala hal.
Bukan itu sahaja, malah Dr Halina dan seluruh keluarga mereka berdebar menantikan kelahiran bayi kembar kedua yang dijangka dilahirkan sedikit masa lagi.
“Saya sudah berehat dari kerja, suami saya sangat-sangat membantu. Saya tidak tahu apa akan saya lakukan untuk mengharungi semua ini jika dia tiada di sisi.
“Lagi enam minggu dan kami akan bertemu dengan cahaya mata kami. Enam minggu lagi, kami akan menjadi ibu bapa kepada enam orang anak.
“InshaAllah, doakan segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga,” ceritanya.
Rata-rata para pengikut Dr Halina di instagram turut mendoakan agar beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga tiba saat bersalin.
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Sumber: Gempak & @drhalina