Tidak mahu menunggu lama, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memilih untuk mengkhatankan anak lelaki kembarnya pada usianya yang kini sudah pun berusia 45 hari.

Menerusi instagram, Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan perkara itu. Katanya lebih baik jika dilakukan lebih awal.

Melalui satu perkongsian video, jelas Eusoff tenang malah langsung tidak menangis ketika disunatkan.

“Lagi Awal Lagi Bagus” Dr Sheikh Muszaphar Pilih Sunatkan Eusoff Pada Usia 45 Hari!

” Alhamdulillah selesai berkhatan buat Eusoff. Digalakkan bersunat ketika bayi lagi. Lagi awal lagi bagus sebab mudah menjaga luka.

“Kami buat ketika usia Eusoff 45 hari. Dahulu Adam & Noah kami buat pada usia 60 hari. Lebih senang nak jaga luka sebab mereka tak banyak bergerak,” tulisnya lagi.

“Lagi Awal Lagi Bagus” Dr Sheikh Muszaphar Pilih Sunatkan Eusoff Pada Usia 45 Hari!

Ads

Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga turut memaklumkan perkembangan kedua anaknya yang kini sudah mencapai berat badan ideal.

Bukan itu sahaja bahkan, kedua kembarnya juga mengambil imunisasi seperti jadual yang ditetapkan.

“Lagi Awal Lagi Bagus” Dr Sheikh Muszaphar Pilih Sunatkan Eusoff Pada Usia 45 Hari!

” Mereka membesar dengan baik. Eusoff kini sudah mencapai berat 3.7kg manakala Emelia pula 3.4kg.

Ads

“Penyusuan susu ibu adalah satu-satunya pilihan untuk menjadikannya mereka membesar dan kuat terutama pada usia 6 bulan pertama.

Sama seperti anak-anak yang lain, kami merancang untuk terus memberikan susu ibu sehingga usia mereka setahun,” ,”kongsinya lagi.

 

Ads

Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan bahagia ini, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

Artikel berkaitan: Baru 12 Hari Eusoff Dah Dilatih Meniarap, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kebaikan Tummy Time Untuk Bayi

Khatam Al-Quran Usia 6 Tahun, Ada Tali Pinggang Hitam Usia 8 Tahun Dr Sheikh Muszaphar Dah Ada Senarai Panjang Untuk Anak-Anak, Boleh Jadi Inspirasi Untuk Semua!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @drsheikhmuszaphar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI