“Macam kecil sangat je nak bawa anak ke Zoo” pasti ramai yang terfikirkan perkara ini. Rasa macam anak tu terlalu kecil untuk memahami dan merasai keseronokan ketika berada di Zoo. Kerana pada pandangan mata kasar kita anak kecil ini tidak tahu apa-apa.

Menurut Puan Laili yang juga merupakan Early Childhood Parenting Coach, lebih awal anak diperkenalkan dengan zoo lebih baik untuk perkembangan anak-anak kerana dia dapat belajar secara terus apabila berada di Zoo.

Bila boleh bawak anak ke Zoo?

Anak masih kecil dan percakapan anak masih belum lancar,apatah lagi mahu bertanya itu dan ini, jadi, wajar ke nak bawak anak ke Zoo? Faham kah dia binatang apa yang dia lihat tu? Lagipun dia tak kan ingat apa yg dia lihat di Zoo?

Lagi Awal Usia Anak Dibawa Ke Zoo, Lagi Berkembang Otak Anak. Jangan Ingat Anak Kecil Tak Belajar Apa-Apa

Ads

Pertama sekali,ibu bapa perlu memahami perkembangan kognitif anak dari sudut pandang anak tu dan bukan dari sudut pandang kita orang dewasa. Anak-anak dilahirkan dgn berbillion sel otak (neurons) dan neurons ini perlu dihubungkan untuk anak dapat berkembang secara optimum. Jadi, bagaimana Zoo boleh membantu perkembangan anak kecil kita sedangkan anak tak reti bercakap lagi?

1. Bila kita pergi Zoo, ada macam-maca, bau, warna dan tekstur yg anak boleh bau/lihat/rasa. Walaupun anak tak tau apa yang dia sedang alami tu (bau binatang,warna hijau daun,rasa arnab berbulu dan lain-lain), pengalaman dia melalui deria itu akan menyebabkan neurons berhubung dan berkembang.

2. Apa yang anak alami/lalui/rasai di Zoo akan memberi idea baru kepada anak dan akan disimpan di dalam skema otaknya. Bila dia dah pernah rasa arnab berbulu, jadi bila kita tunjuk flashcard atau bacakan buku, anak akan boleh relate, maka berkembang dan berhubunglah lagi neurons dalam otaknya. Jangan bagi flashcard aje ye! Anak perlukan ransangan sebenar!

Ads

3. Dengan memperkenalkan anak kepada Zoo, banyak perkataan-perkataan baru yang anak akan dengar, jadi, ia akan membantu perkembangan bahasa anak.

Lagi Awal Usia Anak Dibawa Ke Zoo, Lagi Berkembang Otak Anak. Jangan Ingat Anak Kecil Tak Belajar Apa-Apa

4. Janganlah bimbang tentang anak tiada memori tentang keseronokan ke Zoo kalau pergi waktu kecil kerana kita yang dah tua ni pun ingatkah semua memori yang kita pernah alami sebelum ini? Kita cuma perlu bayangkan sel-sel otak anak dalam kepalanya tu dan pergi lah ke mana sahaja yg anda mahu pergi bersama anak anda kerana sel-sel otak itu akan berhubung dan anak kita akan belajar banyak perkara!

Ads

Bawak lah anak-anak kita berjalan dan beri peluang kepada mereka untuk meneroka dunia. So parents, #startearly!

Lots of love

Kredit: Puan Laili Harlina Khairuddin, Founder & Early Childhood Parenting Coach at Wisdomley Parenting Coach

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI