Kita selalu bimbang anak kita stress setiap kali dipaksa belajar. Jangan tersalah langkah. Situasi bagaimana yang seharusnya kita paksa dan situasi bagaimana pula yang boleh menimbulkan stress melampau pada anak?

Belajarlah kenal pasti dua perkara ini. Tak salah biarkan anak sedikit stress di waktu kecilnya agar dia kenal potensi dirinya sendiri. Malah jadi lebih cekal kelak. Inilah yang cuba disampaikan oleh OT, Pn Aisyah Rozalli.


Saya tulis sebab saya risau dengan salah faham kita untuk “tidak paksa anak belajar”.
Saya adalah seorang terapis kanak-kanak.

Dan antara perkara yang saya sangat tak suka lihat adalah anak-anak yang dipaksa belajar sehingga stress melampau. Stress kecil tak mengapa.

Contoh:
“Alamak! Thufayl belum buat homework… Nak pergi main kena siapkan homework dulu.”

– Ini stress kecil.
– Biar. Stress kecil ini bagus.
– Mendidik anak bertanggungjawab, delayed gratification.
– Belajar rasa puas dengan diri, bila berjaya siapkan kerja sekolah.
– Satisfaction dengan keberjayaan diri melakukan role sebagai pelajar adalah pembinaan Emotional Quotient yang saaaangat penting.

Lagi Buruk Padahnya Bila Tak Paksa Anak Belajar, Latih Anak Stress ‘Kecil’!

Tapi, stress besar, saya tak sokong.
Contoh:
“Tak payah main! Buang masa! Ambil buku! Baca! Anak ayah kena rajin. Tak payah ikut budak-budak sangat asyik main!”
– Ini stress besar.
– Hentikan. Stress besar tidak bagus.
– Stress besar buat anak hilang role dia sebagai kanak-kanak.
– Mereka perlu main.
– Main adalah waktu anak-anak belajar banyak kemahiran penting.

Namun begitu. Saya ada jumpa ibu ayah yang agak ekstrim. Ekstrim macam mana? Ekstrim dengan tidak mengajak langsung anak belajar menyintai ilmu.

Ada perbezaan yang besar antara TIDAK PAKSA ANAK BELAJAR dengan BIAR ANAK TAK NAK BELAJAR.
Anak-anak perlu belajar boundary. Ianya penting. Setiap anak Allah dah equip dengan kepelbagaian kecerdasan.

Ada yang otaknya dibina untuk jadi pandai ilmu matematik.
Ada yang otaknya dibina untuk jadi pandai bahasa. Mudah belajar bahasa.
Ada yang otaknya dibina untuk jadi pandai visual-spatial. Melukis memang bijak sangat.
Ada yang otaknya dibina untuk jadi pandai berinteraksi dan bertoleransi. Bijak sangat mengawal orang. A good leader.

Ads

Tapi, kesemua kecerdasan ini, kita takkan jumpa jika sekiranya kita TAK CHALLENGE. Dalam pendekatan terapi, ada satu pendekatan yang kita panggil “JUST RIGHT CHALLENGE”.

Maksudnya, untuk latih anak-anak ini kuasai kemahiran, kita perlu challenge mereka just right untuk mereka boleh lepasi. Apa impact JUST RIGHT CHALLENGE ni?

1. Kita buat anak rasa empowered. Sebab kita bagi challenge yang mereka boleh lepasi.

2. Kita tingkatkan keinginan anak untuk belajar lagi dan lagi cabang ilmu atau kemahiran yang kita beri Just Right Challenge tadi.

3. Kita buat anak rasa mereka “pandai” dan rasa cenderung dengan kemahiran atau cabang ilmu yang kita beri Just Right Challenge itu.

Lagi Buruk Padahnya Bila Tak Paksa Anak Belajar, Latih Anak Stress ‘Kecil’!

Apa akan jadi lepas tu? Anak akan EKSPLORE DAN EKSPLORE. Masa inilah kita masuk bersilat.

– Belikan lebih banyak buku berkaitan kecenderungan dia tu.
– Ajak anak expand kemahiran dia based on kecenderungan yang kita jumpa tadi.
– Ajak anak buat lebih banyak aktiviti yang trigger creative and problem solving skills mereka berkait dengan kecenderungan mereka tadi.

Ads

Apa lagi yang kita boleh expect lepas tu? ANAK KITA AKAN MINTA NAK BELAJAR! Best kan bila anak jatuh cinta dengan ilmu macam tu?

Impian kita nak tengok anak kita berpotensi jadi Muslim penguasa ilmu yang boleh selesaikan tanggungjawab Fardhu Kifayah. TAPI kesemua di atas takkan jadi kalau kita tak buka peluang anak belajar.

Kita tak berikan JUST RIGHT CHALLENGE untuk anak rasa mereka mampu dan seronok untuk eksplore lagi dan lagi. Impact-nya apa?

Lagi Buruk Padahnya Bila Tak Paksa Anak Belajar, Latih Anak Stress ‘Kecil’!

Bila masuk umur anak kita nak buat keputusan samada nak menggali ilmu lagi atau tidak, anak kita buat keputusan untuk tidak mahu. Sebab? Dia tak tahu.

Sebenarnya dia mampu belajar matematik. Tapi, sebab kita tak nak paksa masa kecil, kita tak pernah beri just right challenge pada anak kita. Dan anak kita kekal dalam ketidaktahuan potensinya.

Dia tak tahu. Sebenarnya dia mampu jadi penulis yang hebat. Tapi, sebab kita tak nak paksa masa kecil, kita tak pernah beri just right challenge pada anak kita. Dan anak kita kekal dalam ketidaktahuan potensinya.

Ads

Nampakkan apa yang saya nak cuba sampaikan ni? Jangan sebab kita takut anak kita stress, sampai kita terlepas pandang kecenderungan anak kita.

Niat murni kita nak anak kita membesar tanpa stress. Jadi berubah. Anak kita membesar tanpa tahu dan kenal potensi dirinya sendiri. Kesian dia nanti.

Bersederhana ya buat keputusan untuk anak. Jangan sampai anak stress melampau. Jangan sampai anak tak tahu halatuju dirinya.

❤️AisyahRozalli❤️
Seorang mama yang berusaha buat keputusan terbaik dalam membesarkan anaknya, setiap saat, setiap ketika.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Lagi Buruk Padahnya Bila Tak Paksa Anak Belajar, Latih Anak Stress ‘Kecil’!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI