Dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil memang banyak cara yang dipraktikkan oleh setiap ibu ayah. Ada yang tegas orangnya dan ada juga yang jenis lembut. Memang tak dinafikan setiap orang ada cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak.

Tapi nak tahu cara yang diguna pakai itu berkesan atau tidak, cuba lakukan seperti yang dikongsi oleh Siti ‘Aisyah Rozalli ini. Antara marah dan pujuk si kecil ternyata keduanya mempunyai kesan yang tersendiri.

Lagi Marah Lagi Memberontak, Peluk & Usaplah Anak. Kesannya Dua-dua Tenang!

MARAH ANAK VS PUJUK ANAK

(❗Baca sampai habis untuk tahu kesan keduanya❗)

Beberapa hari ini, saya buat eksperimen.

Saya tengok beza tindak balas anak antara saya marah dengan saya pujuk.

Tadi….

Aufa main pemukul lalat.
Syok-syok jerit “haa! biateeee lalat ni!” sambil lepak lepuk lantai.

Tiba-tiba….

Abang Husam yang baru 4 tahun jagung tu meraung.
“Aufa ketuk Husam!!!!”

Maka….
Dipendekkan cerita, saya pun mintalah Aufa mohon maaf pada abang dia.

CARA SATU 

Saya marah Aufa.
Saya cakap dengan nada keras.

“Aufa! Tiup abang balik! Cakap sorry kat abang!”

Hmmm… Nak tahu apa jadi?

Aufa keraskan badan dia, sungguh-sungguh tak mahu salam dan minta maaf pada Husam.

Kenapa? Sebab dia berada dalam MOD DEFENSIF. Otak Aufa kata : “Awak tengah kena marah ni! Defend diri!”

So, Aufa pun freeze. Siap silang tangan kat dada, kerut kening.

Nampak macam melawan kan?

Tapi, sebenarnya Aufa cuma “mirror” reaksi marah saya pada dia. Otak dia tak dapat proses apa yang dia perlu lakukan. Yang dia tahu, dia sedang kena marah, badan dia kena manipulate (sebab saya bawa tangan dia suruh salam abang), maka dia kena selamatkan diri dia dengan FREEZE kan badan.

Ads

Reaksi survival manusia.

Maka…. Saya pun tukar method.

Kan tengah eksperimen tadi kan?

Lagi Marah Lagi Memberontak, Peluk & Usaplah Anak. Kesannya Dua-dua Tenang!

CARA DUA 

Saya pause dalam 2 minit.
Masih pegang tangan Aufa. Tapi, lepas tu saya tarik perlahan dan dudukkan di pangku.

Sambil usap-usap belakang Aufa, cium sikit dahi dia…

“Aufa pukul abang Husam? Kesian abang Husam sakit.”

Aufa pandang abang dia. Masih senyap. Kesan kena marah tadi…

“Jom kita tiup abang nak? Aufa tiup boleh?”

Aufa masih tak bergerak. Tapi, dah tak melawan bila saya bawa dia dekat ke abangnya.

“Tiup jom”

Ads

Macam magik. Terus datang dan tiup abang.

“Aufa cakap sorry abang, salam abang”

Sekali lagi macam magik.

Terus cakap “torry abang” dan salam abang berlaga dahi sebab masing-masing nak cium tangan

So, apa kesimpulannya di situ?

Bila kita marah anak, tunjukkan reaksi marah, dan paksa anak bergerak ikut apa yang kita nak dalam keadaan kita sedang marah….

Anak akan masuk MOD SURVIVAL /DEFENSIF.

Ada anak FREEZE atau WITHDRAW. Dia tegak. Tak boleh buat apa. Ada anak yang akan sekalikan dengan tangisan. Ada anak yang akan bawa diri ke sudut bilik.

Ada anak FIGHT. Maka, bila kena marah, dia memukul, menjerit, meraung kemarahan.

Apa nak buat?

KITA DULU KENA TENANG, GROUNDED DAN USAHA UNTUK FAHAM REAKSI ANAK KITA.

Ads

Lagi Marah Lagi Memberontak, Peluk & Usaplah Anak. Kesannya Dua-dua Tenang!

Macam mana nak buat?

LEARN = Sentiasa belajar ilmu-ilmu parenting yang praktikal, ilmu pengurusan stress, ilmu pengurusan anak yang betul dan positif (bukan toxic positive ya. Tapi, practically positive)

UNLEARN = Hilangkan ilmu-ilmu yang tak betul dan tak praktikal dan tak sesuai dengan sifat kita dan anak.

RELEARN = Belajar semula, remind diri kita tentang ilmu-ilmu yang kita pernah tahu. Cari circle yang membina.

Mama, Ayah…..

Nak urus anak, kena make sure emosi kita terurus ya.

Anak kecil sekejap saja.

Saya doakan kita semua berjaya menjadi ibu ayah yang sentiasa berusaha menjaga emosi agar boleh menyalurkan kebaikan kepada anak kesayangan.

Jadi mak ayah, sebelum bertukar jadi marah tu sila tenangkan diri dahulu. Tarik nafas Panjang-panjang dan faham situasi anak-anak sebelum ambil tindakan. Bukan tak bagi marah langsung, tapi kalau boleh cuba berlembut kerana dengan cara itu anak juga akan lebih tenang dan emosi mereka juga tidak terganggu dengan perasaan marah.

Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli

Lagi Marah Lagi Memberontak, Peluk & Usaplah Anak. Kesannya Dua-dua Tenang!Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Lagi Marah Lagi Memberontak, Peluk & Usaplah Anak. Kesannya Dua-dua Tenang!Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI