Pengacara, Awal Ashaari mengakui dia dan isterinya, Scha Alyahya tidak merancang untuk menambah anak dalam masa terdekat kerana memikirkan pelbagai perkara.
Malah akui Awal lagi, tanggungjawab membesarkan anak-anak bukan satu hal yang mudah apatah lagi bila anak sudah semakin membesar.
“Untuk menambah bilangan cahaya mata, saya ada bercakap dengan isteri, cukuplah buat masa ini dengan dua dengan orang anak.
“Waktu anak masih kecil, memang seronok melayan tapi bila mereka dah membesar, ada satu tanggungjawab yang perlu kita lakukan dengan sempurna.
“Sebagai ibu bapa, kami perlu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak selain perlu memastikan kesihatan mental mereka terjaga sebab saya dan isteri memang jenis sibuk keluar pagi, balik malam,” katanya berkongsi.
Meluahkan rasa bimbangnya, akui Awal lagi, tanggungjawabnya sebagai bapa sememangnya cukup berat terutama dari segi masa bersama anak-anak serta kos membesarkan anak yang bukan sedikit.
“Saya takut kalau ada anak ramai, jadi tak terjaga. Buat masa sekarang dua anak sudah pun membuatkan saya dan Scha gembira. Tapi kalau ada rezeki, kami tidak menolaknya (anak ketiga).
“Sebagai bapa, sudah tentu saya nak berikan yang terbaik untuk anak-anak terutama pendidikan. Macam Lara, saya hantar dia ke kelas itu dan ini.
“Jadi bila difikirkan balik, lagi ramai anak, lagi besar tanggungjawab kami nanti terutama daripada segi pelaburan (kos).
“Kos membesarkan anak pun sudah cukup tinggi. Tapi mungkin sebab pilihan kami sendiri juga yang mahu berikan terbaik buat mereka,” ujar Awal.
Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan dua orang zuriat iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Nak lindungi anak, mama kena sihat dulu kan? Jom, sama -sama belajar jadi ibu terbaik! Pendaftaran PERCUMA, dapat goodies best dan berpeluang menang lucky draw. Daftar sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/nak-lindungi-anak-mama-perlu-sihat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Kosmo Online