Baru sebulan bergelar bapa, hero Malaya, Remy Ishak kini mengakui sudah mula rindukan anaknya, Tuah Alam yang kini sudah pun berusia sebulan.
Remy yang dikhabarkan kini berada di Kelantan bagi menjalani penggambaran filem Munajat Kasih mula merasai perasaan terpaksa berjauhan dengan anak tersayang.
Menerusi Instagramnya, bapa kepada Tuah Alam ini meluahkan rasa rindunya pada anak dan isterinya yang terpaksa ditinggalkan atas tuntutan kerja.
“Sebelum ini selalu juga lihat kawan- kawan yang ada anak ni tak boleh berpisah.
Ads
“Sekarang baru seminggu tinggalkan Tuah dan Ezza (isteri), baru saya tahu macam mana rasa dan perasaannya bila berjauhan,” katanya.
Melalui entri itu juga, Remy turut memaklumkan anak lelaki diberi nama Tuah Alam itu berada dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja bersama isterinya.
“Tuah Alam sekarang dah cukup sebulan umurnya. Syukur Alhamdulillah sihat walafiat.
Ads
“Lagi sebulan ayahanda balik ya Tuah,” ujarnya.
Terdahulu, isteri Remy iaitu Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur. Putera sulung kesayangan Remy dan isteri ini diberi nama, Tuah Alam.
Penyanyi Misha Omar berkongsi di laman instagramnya tentang anak angkatnya, Muhammad Adam Emir, 12 tahun yang sedang menduduki peperiksaan UPSR. Ini kali pertama Misha berpengalaman menguruskan anak untuk peperiksaan besar.
Menerusi postingnya, ternyata beliau tidak dapat mengawal perasaan nervousnya sehingga menyebabkan dirinya stress dan sakit. Mungkin ini lah pengalaman ibu-ibu yang terpaksa hadapi bila anak menduduki peperiksaan besar. Ikuti perkongsian beliau.
UPSR 2018, ibu punya panic attack, kena mild fever, migraine 3 hari berturut-turut, gastric takleh makan & muntah-muntah, badan bloated for no reason.. Ehhhh lu stress pehal Kak Mitch???? Adam leksss jerrrr!!!! Anak oh anak… Ibu nak perform pun tak stress mcmni.. Bersedialah ibu, kalau umur panjang, Adam pt3 bila ibu umur 39thn and SPM masa umur ibu 41thn…masa tu drip air kolah masjid gamaknya kat badan demi nakkan ketenangan hahahahahahhahaahahhaha!!!!
Netizen turut mencerita pengalaman mereka ketika anak sedang menduduki peperiksaan. Biasalah kan, mak mana yang tak risau.
Samalah kita, risau dah macam kita pulak exam
i feel you kak mitch
Haaa.. mcm tu lah kita rasa
Cikgu-cikgu demam sama
Sumber: Instagram Misha Omar
Saksikan rancangan Pa&Ma episod Bahaya Obesiti Si Kecil pada hari Selasa di Astro Prima & Astro Maya HD pada pukul 12 tengah hari & ulangannya 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti pakai kanta lekap berwarna biru. Itu keistimewaan dua beradik dari Kampung Chenerai, Mukim Siong, Baling, Kedah sejak kecil apabila memiliki mata berwarna biru yang cantik seperti memakai kanta lekap.
Pergi mana-mana semua orang perhatikan
Menerusi laporan Kosmo, Umi Aqilah Ahmad Zailani, 18, dan adiknya, Mohamad Safwan, 12, dianugerahkan anak mata berwarna biru sejak dilahirkan dan ia diwarisi daripada bapa mereka, Ahmad Zailani Dolah, 51.
Menurut Mohamad Safwan, sejak kecil mereka sentiasa menjadi perhatian dan orang ramai sering memperhatikan matanya sekiranya dia keluar ke kedai dan bandar.
“Mata saya dan kakak jadi perhatian orang ramai sehingga ada yang meminta untuk bergambar. Kami tidak tolak dan biasanya akan bergambar dengan mereka.
“Saya sudah biasa dengan keadaan tersebut sejak kecil lagi yang mana ibu dan bapa sering nasihat supaya sentiasa merendah diri dan baik dengan semua orang,” katanya.
Katanya, dia juga gembira kerana semua rakan di sekolah dan kampung ini serta guru sangat baik dan tidak pernah membezakannya dengan orang lain.
Mewarisi mata seperti ayah
Ibu mereka, Eshah Md. Hassan, 44, berkata, hanya anak kelima dan keenam iaitu Umi Aqilah dan Mohamad Safwan dilahirkan dengan sepasang mata berwarna biru.
“Dua beradik ini mewarisi mata suami saya yang juga memiliki sepasang mata berwarna biru sejak dilahirkan, manakala empat lagi anak kami mempunyai warna mata normal seperti kebanyakan orang.
“Saya pernah ditegur seorang peniaga kerana memakaikan anak yang masih kecil dengan kanta lekap kerana ia boleh merosakkan mata,” katanya.
Tiada masalah penglihatan
Menurutnya, dua beradik itu tidak mempunyai sebarang masalah penglihatan dan mereka dapat melihat serta membaca seperti biasa.
“Cuma, Umi Aqilah mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan dan kini belajar di Sekolah Menengah Sungai Layar (Pendidikan Khas), manakala Mohamad Safwan tiada sebarang masalah kesihatan,” ujarnya.
Tambahnya, warna anak mata suaminya sama seperti Mohamad Safwan berbanding Umi Aqilah yang nampak lebih jernih warna birunya.
Genetik nenek moyang
Sementara itu, ibu mertuanya, Siti Aishah Ismail, 75, berkata, Ahmad Zailani merupakan anak kedua daripada empat beradik dan hanya dia seorang sahaja bermata biru.
“Mereka tiga beranak yang mendapat mata biru ini berkemungkinan daripada keturunan moyangnya iaitu nenek saya dan nenek saudara saya yang juga bermata biru tetapi mata mereka tidak sejernih atau biru seperti anak dan dua cucu saya ini.
“Mata saya dan ibu saya juga ada sedikit warna biru tetapi tidak ketara seperti mereka bertiga,” ujarnya yang mempunyai 14 orang cucu dengan dua orang sahaja yang bermata biru.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak majlis-majlis keraian yang dibuat sebelum ini terpaksa ditangguhkan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pertama kali dilaksanakan pada Mac 2020. Disebabkan itu juga, ramai pasangan pengantin baru yang dah merancang awal tiada pilihan dan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan itu kepada saudara mara dan rakan-rakan.
Namun setelah kerajaan membenarkan majlis dianjurkan dengan pematuhan SOP, ada pasangan yang dah bernikah turut mengambil kesempatan mengadakan majlis bersejarah mereka sebagai kenangan untuk masa depan.
Bersanding dukung anak sekali
Menariknya dalam satu perkongsian video di TikTok Az Munir, kelihatan pasangan ‘pengantin lama’ mengadakan majlis kenduri dengan dihadiri cahaya mata perempuan mereka sebagai peneman.
Video itu memaparkan, si isteri berjalan sambil mendukung bayi perempuannya yang belum lagi mencecah usia setahun menuju ke arah suami yang setia menunggu.
Ketika tiba dihadapan suaminya terus disambut dengan salam dan ciuman lalu si ayah mengambil anak perempuannya sebelum pasangan ini berarak menuju ke khemah pengantin.
Difahamkan, perancangan pasangan ini untuk mengadakan majlis terpaksa ditunda dua kali iaitu pada PKP 1.0 dan PKP 2.0 sehinggalah anak selamat dilahirkan.
Video yang berdurasi 47 saat itu telah meraih lebih 400 ribu tontonan setakat ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira buat pasangan itu kerana majlis sanding yang diimpikan akhirnya dapat dilaksanakan dengan sempurna walaupun tertangguh sebelum ini sehingga anak dah besar.
Dalam pada itu, mereka turut berseloroh bahawa anak pasangan ini sangat bertuah kerana berkesempatan melihat momen bersejarah kedua ibu bapa mereka.
“Ni baru ye..bersanding sekali dengan anak. Tak macam kami, asal anak tengok gambar kahwin, mesti dia tanya kenapa dia tak ada..”
“Baru betul mak ayah jemput anak datang..”
“Kalau tengok gambar kahwin, anak-anak mesti tanya kita mana.. Ni dah mudah jawab sebab ada sekali..”
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!