Kehamilan

Lagi Sebulan Nak Bersalin, Mawar Rashid Manjakan Diri Melawa, Mengidam Barang Kemas Sejak Awal Kehamilan

Share

Orang perempuan bila hamil mengidamnya kadang-kadang lain macam. Seperti pelakon dan bekas finalis Dewi Remaja, Mawar Rashid yang berkongsi tentang kehamilan keduanya yang akan dilahirkan tidak lama lagi.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Rashid dalam masa kurang dari sebulan dia akan lahirkan bayi keduanya.

Dalam perkongsian terbarunya di Instagram, Mawar meluahkan rasa teruja untuk bersalinkan anak perempuan dalam kandungannya itu.

Jelas Mawar seperti kelahiran sebelumnya, dia akan memanjakan diri sebelum melahirkan kerana dengan berbuat demikian dia akan lebih bersemangat dan happy untuk bertemu bayi yang bakal dilahirkan.

“Serious tak percaya kurang dari sebulan Mawar akan lahirkan baby.. Cepat betul masa berlalu..

“So macam biasa, sebelum Mawar lahirkan baby, Mawar akan pampered myself betul-betul.. because bila Mawar cantik-cantik, Mawar happy, and jadi lebih bersemangat dan happy nak jumpe my baby.. seolah-olah macam nak menyambut my baby birthday gituw. Hehe.. ye lah skali seumur hidup untuk Raden Seriku.. so i really want to appreciate moment yang diberikan peluang dari Allah S.W.T ni

“So yeah! My nails dah buff kilat2 macam air kat kuku gituw, loveee sangat thank you @lifeofnails_my ..And Mawar buat hair treatment jugak.. And harini nak buat maternity massage & mandi bunga(i just love my smell after I mandi bunga!)

Bukan sahaja memanjakan diri, malah menurut Mawar dia juga mengidam memakai barang kemas sejak awal kehamilan lagi.

Mawar juga memohon doa dari semua untuk keselamatan dia dan bayi dalam kandungan dan semoga dipermudahkan semuanya untuk dia dan baby ketika melahirkan nanti.

And kejap lagi nak g gelang Emas to Raden Seri ku.. (mengidam naw kat emas sejak pregnant Raden Seri ni)😆
@radenseriRC

Doakan Mawar & baby selamat.. dan semua dipermudahkan 🤍

Dress dari @hijabista.hub , material best gila. Sejuk pastu ada xip kat depan. Mudah utk ibu2 yg nk menyusu anak.. nak lagi dress camni please @hijabista.hub 😘

 

Malah dalam perkongsian terbarunya juga, Mawar dilihat ke kedai emas untuk membeli barang kemas emas untuk dirinya dan bayi perempuan yang bakal lahirkan nanti.

“Mengidam nk pakai EMAS..

“Dari sebelum dapat tahu pregnant, even kat rumah, head to toe pakai barang kemas emas..

“Ni beberapa hari sebelum give birth ni, cepat2 lari kedai emas untuk belikan emas untuk my baby girl, and mommy dia.. heheheh.. lebih kepada mommy dia sebenarnya,” tulisnya lagi.

 

Beruntung baby yang dipanggil Raden Seri ni, belum lahir lagi mummy dah belikan barang kemas untuk dipakai nanti. Semoga semuanya dipermudahkan buat Mawar Rashid dan baby yang bakal lahir nanti.

Mawar Rashid dan suami Raf Yaacob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019.

Raf turut mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Rayyan dan Raysaa.

Sumber: IG Mawar Rashid

 

Baca: https://www.majalahpama.my/its-a-girl-mawar-rashid-umum-bakal-timang-anak-perempuan-lengkap-sepasang/

Baca: https://www.majalahpama.my/kadang-rasa-nak-give-up-kejar-impian-mawar-rashid-akui-terlampau-rindukan-anak/

Baca: https://www.majalahpama.my/suruh-sayang-baby-dalam-perut-tapi-raden-gigit-tak-lama-lagi-mawar-timang-anak-kedua/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SAHR