Memasuki usia kandungan lapan bulan atau 32 minggu buat hati makin berdebar-debar. Melalui trimester ketika sememangnya membuatkan ibu sentiasa berfikir saat kelahiran. Jika boleh semuanya nak dilakukan serentak bagi memudahkan proses bersalin kelak.
Inilah yang dilalui penyanyi yang popular di negara China ini, Shila Amzah yang melakukan pelbagai aktiviti untuk melancarkan proses bersalin yang hanya tinggal lagi sebulan. Tidak mahu duduk diam dan berehat terlalu banyak, sebaliknya penyanyi bersuara lantang ini sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti.
Kongsi Shila di instagramnya, berenang dan workout menjadi pilihannya di rumah. Malah gym ball juga menjadi peneman setianya kini. Menarik!
Gym ball kat belakang tu, dah jadi my BFF dah sekarang ni. Selalu apa rutin korang bila lagi sebulan nak bersalin? Sha still continue swimming, workout sikit-sikit. Lebih kan jalan.. Tengok la lagi 2 minggu nak cari Park yang best-best, nak jalan-jalan. Nak pergi hiking tak berani la pula.
Malah Shila juga meminta pengikutnya berkongsi aktiviti yang boleh dilakukannya pada minggu-minggu terdekat ini. Antara yang dikongsikan peminat adalah:
“Banyakkan berjalan je, sampai la dah sakit kontraksi pun kena berjalan-jalan sambil tunggu jalan buka 6cm ke atas”
“Squatting..belajar control pernafasan nak bersalin”
Ads
“Duduk dan main-main je atas gymball tu untuk mudahkan bersalin”
“Pusing mall dan naik tangga turun tangga.”
“Jalan-jalan kat shopping mall sebab sejuk dan sntiasa lapar. Vacuum dan mop satu rumah.”
Ads
Semoga penyanyi kesayangan ramai ini menjalani aktiviti di minggu-minggu terakhir ini dengan jayanya. Moga dipermudahkan untuk melalui proses bersalinnya kelak. Tak sabar tunggu Shila junior.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan hanya untuk ibu hamil, tetapi wanita yang sedang merancang untuk mengandung juga perlu memberi perhatian kepada diet mereka. Harus jaga pemakanan dan carilah suplemen yang bersesuaian dengan keperluan tubuh. Tidak semestinya bergantung kepada suplemen yang ada di pasaran, tetapi anda juga boleh mendapatkan khasiat atau vitamin tertentu daripada sayuran dan buah-buahan.
Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin, mineral, beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak berproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Bagi wanita hamil yang ingin menambah pengambilan vitamin kerana ada masalah kesihatan atau percaya mereka tidak mendapat vitamin yang secukupnya dari makanan yang mereka ambil, boleh mengamalkan beberapa vitamin.
Selalunya doktor akan memberikan pil-pil vitamin tertentu. Pil-pil ini mengandungi vitamin yang diformulakan untuk wanita yang hamil.
Saya juga mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E pada wanita yang hamil. Kedua-dua vitamin ini dapat meningkatkan daya tahan, membantu mempercepatan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.
Bagi wanita hamil yang mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia), vitamin C dan E membantu penyerapan zat-zat besi. Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin C dan vitamin E dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat.
Selain itu, vitamin C dan vitamin E dapat membantu perkembangan otak bayi sejak dari dalam rahim ibu lagi. Ia juga menguatkan pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage), tendon dan kulit bayi.
Vitamin C dan vitamin E berfungsi sebagai sebatian antioxida yang terbaik. Mereka bertindak melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas yang berbahaya dan menghalang proses pengoksidaan yang bahaya dalam tubuh. Sebagai antioxidant, vitamin E dan vitamin C bertindak secara sinergi atau bergandingan dalam melawan proses pengoksidaan yang sangat bahaya pada tubuh.
Gandingan keduanya juga sangat baik dalam melawan serangan radikal bebas yang banyak berlaku dalam tubuh.
Ini bermakna vitamin E juga perlu dalam meningkatkan sistem daya tahan dan mengelakkan penyakit. Oleh itu saya sangat mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E adalah satu kerana mereka gandingan antioksida yang terbaik.
Banyak kajian membuktikan proses pengoksidaan ketika hamil akan menyebabkan masalah pre eclampsia, meninngkatkan perkembangan fizikal bayi dalam rahim dan menyebabkan kebocoran selaput bayi secara pramatang. Proses pengoksidaan yang keterlaluan juga menyebabkan pelbagai masalah pada bayi yang dilahirkan secara pramatang seperti masalah paru-paru, kerosakan usus yang teruk (disebut sebagai necrotizing enterocolitis) dan banyak lagi. Ini membuktikan proses pengoksidaan yang tidak tekawal berbahaya kepada wanita yang hamil dan bayi dalam rahim.
Ramai saintis mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E ketika hamil untuk dapat mengelakkan komplikasi ketika hamil, walaupun belum banyak kajian yang dilakukan terhadap teori ini. Oleh kerana pengambilan vitamin C dan vitamin E bukanlah sesuatu yang berbahaya ketika hamil, maka tidak salah bagi mereka yang ingin mengamalkannya. Ambil dalam dos yang betul bagi mendapat manfaat vitamin-vitamin ini dan bagi mengelakkan kemudaratannya (walaupun ia jarang berlaku).
Pengambilan vitamin C yan dicadangkan oleh American Pregnancy Association adalah 200-500mg. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut dalam air. Namun pengambilan vitamin C melebihi 2000mg mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan.
Pengambilan vitamin E pula antara 30-50mg sehari. Setakat ini belum ada lagi kajian terperinci kemudaratan pengambilan vitamin E, kecuali jika diambil dalam dos yang besar iaitu 400mg dalam sehari.
Nasihat saya bagi wanita hamil, dalam usaha kita mendapatkan manfaat dari vitamin yang kita amalkan, saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin. Ini membantu kita mendapat manfaat dan mengelakkan kemudaratan dari ubat atau vitamin yang kita ambil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melalui tempoh sembilan bulan hamil sememangnya merupakan detik perjalanan terindah bagi semua ibu. Walaupun sukar namun ada manisnya untuk dikenang. Kaki bengkak, lenguh sana sini dan rasa malas untuk bergerak menjadi kenangan sepanjang hamil.
Tak terkecuali penyanyi Tiada Dirimu, Shila Amzah yang kini menanti dalam debar. Memasuki tempoh kehamilan lapan bulan setengah membuatkan Shila semakin tidak kuat untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Menerusi instagramnya, penyanyi bersuara lantang ini berkongsi masalah kaki bengkak yang dialaminya. Tidak kurang juga kenaikan berat badan sebanyak 10kg.
Malah kongsi Shila lagi yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya pada 13 Ogos lalu, bayi di dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat malah semangat.
When you’re 8 and half months pregnant, tapi still nak pakai kasut tinggi, tu yang bengkak tu ? Nasib baik Haris urut malam tadi. Terus okay hehe.
Semua orang baju terikat cantik but mine ada baki kain pario tu sikit je sebab my perut dah besau nau nau ?
Went to see the doctor yesterday, alhamdulillah baby sihat and semangat? Maybe tak dapat tunggu betul-betul due date sebab takut baby besar yang akan menyebabkan… ?
Dan semalam juga finally timbang berat dah naik 10kg! Hopefully boleh maintain berat gini-gini je la sampai betul-betul beranak nanti. Korang naik berapa kg time pregnant? Sha seram ni.
Semoga beberapa minggu yang masih berbaki ini menjadi detik terindah buat Shila dan suaminya Haris Idraki Elias.
Setelah lama mendiamkan diri, pengacara versatil Jihan Muse berkongsi perkembangan terbarunya yang kini sedang menanti kelahiran anak kedua tak lama lagi.
Dijangka bakal bersalin bulan ini, isteri kepada Ungku Hariz turut memohon doa yang baik-baik daripada peminatnya.
Jihan pada masa turut memuat naik beberapa foto kandidnya sekeluarga di instagram.
“Kejap macam nak keluar, kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda (bonda). Betul-betul anak nombor dua. Doakan ya,” tulisnya dengan hashtag #lastcheckup dan #kujipham.
Terdahulu, sebelum ini Jihan berkongsi perasaan keterujaannya dan bersyukur apabila kali ini dia diberikan rezeki zuriat selepas anak pertamanya Ungku Arsalan Haq sudah mencecah usia empat tahun.
Jihan, 39, mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016.
Menerusi ruangan komen pada hantaran berkenaan, rakan artis dan peminat mendoakan agar urusan Jihan sekeluarga dipermudahkan.
“Berseri- seri jihan😍
“MasyaAllah.. Lama tak tengok Jihan 😍😍.. Cantik berseri-seri, semoga dipermudahkan segala urusan jihan ye ❤️❤️
“Semoga dipermudah urusan bersalin sis..dan kedua-dua ibu dan anak selamat & sihat”
“Ya la berseri-seri, lama tak nampak. Inshaa ALLAH akan dipermudahkan semuanya, semoga selamat kedua mommy dan baby”
“Ni macam nak dapat puteri jer…sebab emaknya makin berseri-seri❤️”