Siapa yang tidak kasihannya anak-anak yang berada lama di rumah. Pengumuman pembukaan sekolah pada Oktober ini sememangnya paling menggembirakan ibu bapa. Walau terselit rasa bimbang namun inilah yang terbaik buat anak kita.
Selebriti yang juga ibu kepada lima orang cahaya mata, Yatt Hamzah mengakui kebimbangannya tetap ada bila mana menghantar anaknya ke sekolah. Namun dia merasakan inilah yang terbaik malah lebih baik anak di sekolah berbanding membawa anak ke luar ke tempat lain.
Menerusi Instagramnya, Yatt berkongsi rasa kegembiraannya melihat anak kecilnya, Iqlima yang sudah pun memulakan sesi persekolahan pada Isnin lalu. Gembira kerana anak kecilnya itu sudah dapat kembali ke sekolah seperti biasa.
“Kesian Iqlima, rindu sekolah, rindu kawan-kawan dan guru-gurunya sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Dia mengadu mimpi pergi sekolah jumpa kawan-kawan masa awal bulan lepas September.
Menitis air mata Bondanya masa tu juga lantas berdoa agar sekolah cepat dibuka. Dan Alhamdulillah doa dimakbulkan. Hari ini dia sudah boleh ke sekolah,” kongsi Yatt bercerita.
Lebih risau bawa anak keluar bercuti
Bagi Yatt dia berserah segalanya kepada Allah untuk melindungi anaknya sepanjang di sekolah dan keputusan menghantar anak ke sekolah itu pastinya lebih baik dari membawa anak ke tempat-tempat lain yang tidak mematuhi SOP.
“Namun ramai pula tanya tak takut ke anak dah ke sekolah dengan kes Covid19 masih tinggi? Tak risau ke anak-anak kena jangkitan nanti?
“Jawapan Bonda, lebih takut dan risau bawa anak-anak ke shopping mall, tempat-tempat peranginan untuk bercuti dan makan di restoran. Di tempat-tempat ni masih sangat ramai yang tak jaga SOP maka kebarangkalian untuk dijangkiti sangat tinggi berbanding di sekolah anak-anak saya,” tulisnya lagi.
Malah Yatt turut bersyukur disekolah anaknya itu amat menitik beratkan disiplin dan menjaga SOP dengan ketat. Jadi ia semakin menguatkan.
“Alhamdulillah sekolah Tahfiz As Sofa sangat menitik beratkan dispilin dan menjaga SOP dengan ketat. So Bonda tak risau in shaa Allah all my daughters are in good hands.
“Terima kasih guru-guru dan pihak pengurusan sekolah untuk Hari Pertama yang menceriakan bagi anak-anak kami.
“Semoga anak-anak akan dapat terus ke sekolah tanpa halangan yang memudaratkan mereka lagi. Semoga anak-anak ini dididik dengan baik di sekolah agar menjadi anak-anak yang Soleh Solehah, Musleh dan Alim. Ameen YA Rabb,” kongsinya lagi.
Menarik: Kadang Jaga Pantang Makan Sampai 2 Tahun, Kuat Berpantang, Petua Ozlynn Wati Kekal Slim
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)