Lahir 3.4kg Tanpa Jahitan & Tali Pusat Terbelit. Nyawa Dihujung Tanduk, Bayi Keluar Biru

Share

Gerak hati ibu setelah merasakan kurang pergerakan menyelamatkan nyawa si kecil. Puncanya tali pusat membelit leher sehingga dua kali.

Perkongsian Puan Erni Abdul Rahman ini boleh dijadikan pengajaran dan panduan kepada ibu-ibu lain. Selamat melahirkan anak kelimanya yang dinamakan Anas Bin Musa pada 6 Ogos lalu, ibu ini turut berkongsi tip yang diamalkan yang mempermudahkan proses bersalin. Bayi seberat 3.44kg ini lahir tanpa sebarang koyakan atau jahitan!

Pengalaman hampir caesar sebab tali pusat terbelit dua kali dileher baby. Segeralah ke hospital kalau baby kurang gerak. Tarikh jangkaan bersalin sepatutnya pada 9 Ogos, start 2 minggu sebelum hari-hari ada mild contraction. Baru tahu sebab apa. Baby terlalu ketat nak usaha cari jalan.

Artikel berkaitan:[Tali Pusat Lilit Leher Bayi Tak Bahaya. Hanya Segelintir Berisiko Lemas Atau Kurang Oksigen]

4 Ogos 2019
Baby start hampir give up. Baby dah stop mengeras dan sangat lemah gerakannya. Nak dapat pukul 3 petang baru ade 2 gerakan. Itupun sangat2 perlahan. Mummy tak senang duduk. Mummy plan nak ke hospital hanya untuk check up tetapi lepas doktor cek sudah bukaan 1cm dan buat CTG pon baby masih tak gerak. Doktor goncang-goncang perut mummy banyak kali untuk baby aktif. Baby respond perlahan sekali dua je. Doktor tahan suruh admit ward kena bersalin paksa secara induce.

6 Ogos 2019
Seawal jam 7 doktor terus masukan ubat dan perlu tunggu 6 jam untuk lihat tindak balas. Masa tu ade 3 org termasuk mummy induce pada waktu yg sama. Selang 2 jam, 2 ibu yang lain dah rase contraction.

Mummy masih takde rase apa-apa. Buat CTG, doktor cakap no contraction at all. Jam 1 petang cek bukaan ade pertambahan 2cm lagi. 3cm tapi no contraction. Doktor terus hantar ke labour Rom utk pecahkan ketuban.

PECAHKAN KETUBAN

Jam 3 petang, doktor pecahkan ketuban. 5pm baru ade mild contraction 10 minit sekali. 7pm baru dapat 4cm dengan mild contraction selama 4jam. Doktor teruskan induce drip utk kerapkn contraction. Setengah jam kemudian terus strong contraction 3 minutes sekali.

Sampai jam 9. But tak ada bukaan baru. Still 4cm. Mummy agak frust kat situ. Doktor suruh bersabar banyak. Doktor nampak mummy dah tak tertahan sakit contraction. Doktor cucuk ubat tahan sakit.

Jam 9 malam, bukaan 4cm dan baru lepas cucuk ubat tahan sakit di punggung. Doktor kata suruh tidur. Sebab bukaan baru 4cm. Maybe lambat lagi. Dalam masa 10 minit jantung baby terus drop. Drop and drop. Alarm berbunyi. Mummy dah tak dapat buka mata kesan dari ubat tahan sakit yang terlalu mengantuk dan pening.

DALAM MASA 10 MINIT BUKAAN 4CM KE 10CM

Semua benda nampak 3, 4, berbaris baris. Kelam kabut doktor-doktor masuk keliling mummy. Doktor kelam kabut jantung baby drop. But kuasa Allah, dalam mase 10 minit tadi bukaan dari 4cm terus ke 10cm.

DOKTOR BAGI SEMANGAT TERAN

Doktor bagi semangat untuk teran. Doktor kena standby emergency caesar dalam mase yang sama. 5 minit mummy fokus teran terus teran. Curi nafas then teran lagi. Kepala baby dah Kuar. Rupanya tali pusat lilit 2 kali pada leher baby punca baby stress tak nak turun. Akhirnya baby keluar jam 9.16pm.

BAYI KELUAR KULIT MEMBIRU

Baby keluar je tak sempat skin to skin. Baby agak biru. Doktor bawa segera untuk rawatan sementara mummy disiapkan bersihkan diri. Alhamdulilah tak perlu jahitan. Takde sedikit pon koyak. Jam 11 malam baru doktor pulangkan baby. Syukur baby ok. Takde apa-apa masalah. Daddy azankan.

Anas bin Musa
6/8/19
9.16pm
3.44kg
Boy

BERSENAM & SQUAT MUDAHKAN BERSALIN

Erni turut berkongsi tip yang dilakukannya sepanjang kehamilan untuk memastikan proses kelahiran berjalan lancar. Paling ketara ialah bukaan pintu rahim yang pantas dari 4 hingga 10cm dalam masa 10 minit sahaja.

Walau pun kelahiran bayi ini agak besar namun tiada koyakan terjadi dan ibu ini tidak memerlukan sebarang jahitan.

Erni tidak lokek bercerita tentang persediaan yang dilakukannya sepanjang kehamilan iaitu;

“Saya amalkan senaman semasa hamil dan briskwalk pusing taman seminggu sekali.

“Selalu juga saya lakukan squat dan mencangkung untuk menguatkan rahim. Alhamdulillah kelahiran anak saya dipermudahkan,” katanya kepada Pa&Ma.

Sumber: Erni Abdul Rahman

Artikel berkaitan: [“Saya, Awak Boleh Tunggu, Baby Tak Boleh Tunggu.” Fetal Distress, Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy]

Published by
Azma ML