Lahir Awal 4 Minggu, Vivy Yusof Selamat Bersalin Anak Ke-4. Comel Idris Ali Shah!

Share

Usahawan selebriti terkenal, Datin Vivy Yusof telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 November 2021, beberapa minggu awal dari tarikh jangkaan yang sepatutnya pada bulan Disember. Kehadiran bayi lelaki ini melengkapkan kehidupan keluarga Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Menerusi perkongsian Vivy di instagramnya, mereka telah sepakat menamakan anak keempat, Idris Ali Shah. Dengan kehadiran bayi lelaki ini bermakna pasangan ini mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Dah dapat dua pasang!

Sebagai tanda kesyukuran atas doa orang ramai selama ini, Vivy dan Fadza bersepakat untuk berkongsi wajah comel Idris Ali Shah. Walaupun anak keempat, keterujaan itu tetap sama seperti baru menimang anak sulung.

Sementara itu, di instagram Fadza, kelahiran anak keempat ini diharapkan pemberi rahmat dan rezeki buat mereka sekeluarga selepas ini.

Alhamdulillah, Baby Boy! Bayi lelaki inilah yang mengejutkan mummy dan daddy pada pukul 2 pagi. Awal 4 minggu sebelum tarikh sebenar bersalin untuk bersama abang dan kakak-kakaknya.

Bukan itu saja, Fadza juga sempat bergurau dan berharap baby Idris Ali Shah tak mewarisi sikap mummy yang memang jenis nak cepat je.

Apa pun, mereka suami isteri tetap gembira dan bersyukur semuanya selamat dan dipermudahkan kelahiran. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatNya. Selamat datang ahli keluarga baru, Idris Ali Shah!

Perkongsian itu juga turut mendapat ucapan tahniah dari rakan-rakan dan juga peminatnya. Rata-ratanya mengucapkan syukur dan mendoakan yang baik-baik buat mummy dan Idris Ali Shah.

Selamat berpantang!

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 34, dan Fadza telah mempunyai tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Sebelum ini, pasangan usahawan tersebut begitu mengharapkan mereka dapat menimang anak lelaki bagi melengkapkan keluarga mereka dengan sepasang anak lelaki dan sepasang anak perempuan. Malah, Vivy dan Fadza turut berseloroh sekiranya anak keempat ini lelaki bermakna ia adalah bongsu.

Kredit: IG Vivy Yusof & Fadza

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy