Setiap anak adalah anugerah Tuhan. Tidak kisahlah sama ada si kecil itu melalui kelahiran normal atau kelahiran bayi pramatang.

Namun, jika sudah ditakdirkan anda mempunyai anak yang lahir tidak cukup umur, ibu ayah perlu persiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya.

Lahir Di Usia 29 Minggu, Berat Sikit Dari Sekilo Gula, Kulit Gelap Kini Marsya Membesar Dengan Sihat

Tak perlu nak rasa rendah diri kerana setiap rezeki yang diberikan pada kita adalah yang terbaik dan Allah tahu kita mampu melaluinya.

Mungkin perkongsian dari Puan Ruqayyah Farhani yang pernah melalui fasa kelahiran bayi pramatang tiga tahun lalu boleh menjadi penguat semangat kepada ibu-ibu lain yang melalui pengalaman sama.

Lahir Di Usia 29 Minggu, Berat Sikit Dari Sekilo Gula, Kulit Gelap Kini Marsya Membesar Dengan Sihat

“Hitamnya anak kau”,

“Eh kenapa anak kau kecik?”

IKLAN

“Peliknya anak dia, mak ayah putih. Anak hitam.”

Lahir Di Usia 29 Minggu, Berat Sikit Dari Sekilo Gula, Kulit Gelap Kini Marsya Membesar Dengan Sihat

Tiga ayat ini sangat biasa kami dengari bila orang tengok anak kita. Orang pandang jijik, pelik, pandang serong. Sangat tak mudah untuk ibu ayah yang punyai “anak prem”, atau pramatang ini. Fizikal mental dan emosi takkan sama dengan ibu ayah lain yang punyai anak yang lahir-lahir sangat chubby montel comel sihat walafiat dan boleh berpantang bersama baby dengan sangat bahagia di rumah.

Lahir Di Usia 29 Minggu, Berat Sikit Dari Sekilo Gula, Kulit Gelap Kini Marsya Membesar Dengan Sihat

IKLAN

Situasi kita takkan pernah sama. Anak yang dilahirkan tak cukup bulan ini perlu stay dalam jagaan NICU selama berbulan-bulan di hospital. Makin pendek bilangan minggu ketika bayi dilahirkan, semakin lama lah tempoh yang perlu baby tinggal di hospital. 29 minggu Marsya dan Maryam dilahirkan dahulu dengan bacaan berat 1.2kg dan 1.3kg sahaja, cukup membuatkan hati aku tersentuh ketika pertama kali aku memasuki bilik NICU untuk melihat mereka.

Lahir Di Usia 29 Minggu, Berat Sikit Dari Sekilo Gula, Kulit Gelap Kini Marsya Membesar Dengan Sihat

Tempoh dua bulan lebih Marsya di NICU, pasti ‘terbakar’ kulitnya, menjadi hitam kerana terlalu lama berada di bawah mesin lampu. Makin ringan bayi dilahirkan, makin lama perlu ditahan. Ramai saja yang claim “anak aku prem”, 36 minggu berat 2.3kg. Tetap tidak akan sama situasinya dengan mereka yang melahirkan bayi 1.5kg ke bawah. Ada kawan aku anaknya lahir 500 gram sahaja, berkat kuasa Tuhan anaknya membesar dengan riang sehingga kini. Syukur.

Lahir Di Usia 29 Minggu, Berat Sikit Dari Sekilo Gula, Kulit Gelap Kini Marsya Membesar Dengan Sihat

IKLAN

Penulisan aku ini sebagai pujukan buat ibu-ibu yang sedih dan terasa dengan kata-kata orang. Bagi aku, jangan terus bersedih sebaliknya terus fahamkan mereka situasi anak pramatang ini. Betul kita tak dapat nak berpantang bersama bayi di rumah, betul kita tak dapat nak menjalani menjaga bayi kita sendiri serta tidur bersama, menyusu dan sebagainya. Tetapi kita sebenarnya hebat daripada orang lain sebab kita adalah insan yang terpilih oleh Allah untuk diuji! Ujian tanda sayang.

Lahir Di Usia 29 Minggu, Berat Sikit Dari Sekilo Gula, Kulit Gelap Kini Marsya Membesar Dengan Sihat

Tiada istilah berpantang bagi mereka yang ada anak pramatang lahir di bawah 1.8kg. Ujian kita takkan pernah sama. Tapi nikmat kesabaran terlalu indah untuk diungkapkan dalam membesarkan anak-anak ini. Kenangan bunyi mesin setiap kali menjejakkan kaki ke NICU itu masih segar sehingga kini.

Syukur, anak membesar seiring bersama anak-anak yang lain biarpun sedikit lambat dari segi perubahan warna kulit. Hanya yang merasai sahaja yang faham.

Peace no war.

Ruqayyah Farhani,
Geng ibu-ibu anak pramatang Malaysia.
1.2kg & 1.3kg. Berat sikit dari sekilo gula.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI