Apabila ada pertambahan ahli keluarga, pastinya ramai yang seronok dan teruja lebih-lebih lagi pertambahan keluarga itu dari bayi yang sangat comel.
Namun dalam keterujaan menerima bayi baru, mungkin ada yang terasa terpinggir dan rasa tidak disayangi. Lebih-lebih lagi jika si sulung masih kecil dan memerlukan perhatian ibu ayahnya.
LAHIR JE ANAK KEDUA, ANAK SULUNG LAH YG PERLU DIBERI KEUTAMAAN
Teringat saya tentang pengalaman tak berapa nak indah ketika saya melahirkan anak kedua saya.
Sejujurnya, saya belajar banyak sgt tentang parenting melalui KESILAPAN KESILAPAN saya. Sebab tu saya suka sharing2 dengan kalian semua supaya kita semua tak melakukan kesilapan yg sama. Huhu
Masa saya mengandungkan Aleya, anak kedua saya, saya langsung tak bagitahu Amna yg dia bakal dapat adik. Err pernah la jugak bagitau sekali dua camtu tapi sekadar bagitau camtu je la entah la dia faham ke tidak.
Time tu, saya masih houseman lagi. Dugaan houseman (cehh alasan kan haha) dan sebagainya membuatkan saya memang tak terfikir pun yg sebenarnya dari dalam kandungan lagi kita sepatutnya dah mula guide dan educate anak sulung kita yg dia akn menjadi seorang abang/ kakak dan sebagainya
Macamtulah punya noob nya saya dulu 🥴 Jadi, apa KESANNYA pada Amna?
Lahir je Aleya, bila bawak Aleya balik rumah, Amna mula pukul dan cakar adik dia.
Pantang nampak adik tidur, tau tau je dah bercalar. Bayangkan lah, dah la umur tak sampai seminggu pun lagi dah kena robek dgn kakak
Saya agak tertekan ketika itu. Time tu takda ilmu parenting bagai ni. Amna asyik kena marah je. Kesiannyaa lah hai bila teringat balik 😰
Time tu saya just fikir “ Oh Amna tak ready lagi kut ni “
Walhal, saya sendiri pun tak pernah readykan dia.
Bila adik dah mula merangkak, relationship diorang masih sama. Amna buat hal dia, adik buat hal adik dan of course adik lebih banyak berkepit dgn saya.
Masuk je usia Amna 3 tahun setengah, time tu saya dah mula ada kesedaran sket. Time tu dah start fikir tadika, dah kenal Kinderkaizen 😅 dan dah kenal ramai ikon parenting
Saya tertarik dengan satu quote dari Puan Adlil Rajiah. Katanya, bila lahir je anak yg kedua atau ketiga mahupun keempat, yg SULUNG lah yg paling perlu diberi keutamaan!
Saya pelik sungguh time tu. Biar betul! Lama saya nak hadam statement tu.
Dari situ lah titik tolak permulaan saya mula membaca tentang parenting ni.
Okay teori dah hadam. Praktikal pulak sekarang. So apa saya buat?
Ada satu malam tu, saya nekad. Saya rasa saya kena cuba buat anak sulung saya rasa disayangi dan dihargai WALAUPUN dia dah ada adik.
Saya kena harmonikan suasana diorang dua ni takdelah asyik nak bergaduh je kan.
Dan saya faham semua ni adalah PROSES yg akan memakan masa
So saya terus bagitau suami, saya nak masa kejap dlm setengah jam. Nak bawak Amna keluar jalan jap. Bonding time omputeh kata. Husband izinkan.
Bila saya ajak Amna, Amna mula tu mcm serba salah tau mimik muka dia, or mungkin dia pelik kut ummi dia ni buang tebiat ke apa ni 😂
Dalam kereta saya tak tengok fon langsung, saya borak borak dgn Amna, saya bagitau betapa saya sayaanggg sangat kat Amna betapa saya bangga Amna jadi seorang kakak yg baik dan sebagainya.
Semua benda benda positif, saya sebut SEIKHLAS HATI depan Amna. Memang moment dlm kereta tu, masih saya ingat dgn jelas sampai sekarang 😘
Kemudian saya bawak Amna gi supermarket TF kasi dia main mainan yg 50 sen pastu pusing2 ada lagu tu. Punya lah excited muka dia time tu Allahu….
Lepastu saya tanya dia nak apa.
Katanya nak makan aiskrim.
Saya bawak pergi beli aiskrim rainbow favourite dia.
Then kitorang makan sama sama dlm kereta sebab dah nak balik dah.
Tapi masa otw balik tu, yg buat saya terharu dan terkesan sampailah sekarang ni pun dok terngiang ngiang lagi moment tu, Amna cakap kat saya time tgh traffic light merah sambil makan aiskrim dia tu,
“ Ummi, thank you Ummi “
Kenapa? Saya tanya.
“ Thank you sebab bawak Amna jalan, tak marah Amna, and bagi je Amna main apa Amna nak. Amna happy sangat lah Ummi. Happy sangat sangat “ kata Amna sambil dok habiskan aiskrim dia.
Memang itulah kata kata dia sebijik sebijik saya tulis tu 😭
Saya sedih gila rasa time tu!
Saya bawak dia tak sampai setengah jam pun rasanya tapi dia punya hargai tu haihh.
Rasa mcm ya Allah apa lah aku dah buat kat anak sulung aku ni.
Apalah yg dia rasa ek bila dia dpt adik, pastu dia lah yg dok tolong kita buang pampers adik, tlg angkat beg la, tlg macam macam pastu kita pun sampai TAKDA MASA utk dia
Itulah titik tolak saya untuk sentiasa allocate masa berdua je dengan Amna. (Terutama time adik2 dia tidur) Tak perlu lama pun. Dalam 10-15 minit memadai.
Ada 3 benda simple yg saya selalu konsisten buat utk BELI JIWA anak sulung saya ni:
1) Saya akan dukung Amna sambil pusingkan dan terbangkan dia macam Spiderman tu (sebab dia suka sgt sy buat camtu cuma yela, skrg dia dah besar dah jarang dah buat, benda ni kite selalu buat kat budak kecik je kn, tapi saya still buat kat dia sebab dia HAPPY sgt bila saya dukung dia mcm tu)
2) Saya akan geletek dia. Kdg kdg saya perasan saya dah jarang geletek dia. Yelah, dah makin besar kan. Bila geletek Amna, memang mood dia terus super duper happy sebab dia sorang je kena geletek. Rasa macam special gitu.
3) Saya akan pretend dia mcm baby.
Cth lepas mandi, time nak pakai baju tu sy akan dukung dia sambil dia baring tu sambil cakap,
“ alaa baby ummi ni alaa baby manje manje ummi ni meh nak sapu lotion meh”
pastu pakaikan baju dia sambil buat mcm gaya gaya baby. Urut urut sikit. Kadang2 saya saje ambik minyak telon Ayyash utk urut perut dia 😅
Selalunya Amna akan malu malu and gelak gelak je sebab dia tahu saya nak main2 je ngan dia, but point saya is, saya just nak INSTALL MEMORY dia yg dia pernah jadi baby pada saya dan selamanya my baby!
Alaaa type ni pun dah nak nangis dah 😭
Begitulah..
Bila EMOSI anak sulung terjaga, senang untuk dia menunjukkan tingkah laku yg baik baik untuk adik adik dia ikut.
InsyaAllah semoga tips ni bermanfaat buat kalian yg turut mempunyai anak sulung.
Selalu selalulah kita curik masa utk spend time BERDUA saja dgn diorang.
Tak semestinya wajib bawak keluar, tak semestinya dgn material, tapi cukup dengan MASA YANG BERKUALITI kita guna ketika bersama mereka ❤️
Semoga bermanfaat! Doakan saya juga ya 🤗
Mak anak 3 yg masih struggle
Kredit: Mastura Ismail
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!